1 Mac 2019

Drama Jodoh - Jodoh Annisa Lakonan Izara Aishah




Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah New Drama, Cast, Pelakon Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,

Drama 100 episod Jodoh - Jodoh Annisa sudah pun bersiaran di Slot Tiara, Astro Prima sejak 19 Februari yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang dan ulangannya pada pukul 12 tengah malam. Drama Jodoh - Jodoh Annisa ini dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Selafaz Cinta lakonan Saharul Ridzwan dan Syatilla Melvin yang telah tamat episodnya. Lagu tema / OST Jodoh - Jodoh Annisa ini bertajuk Sambil dan dinyanyikan oleh Amira Othman dan Irfan Haris. Aku suka bila diorang sentuh isu - isu gender dalam drama ini contohnya ketika Annisa bekerja di pelabuhan tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini serta watak - watak pelakon dalam drama Jodoh - Jodoh Annisa di bawah ini ye..




Watak Pelakon
Izara Aishah sebagai Annisa
Aaron Aziz sebagai Nizam
Amar Baharin sebagai Rizal
Shah Iskandar sebagai Syafiq
Afiq Muiz sebagai Ishak
Raja Afiq sebagai Roy
Fizz Fairuz sebagai Rykarl
Hilal Azman sebagai Tuan Azhar
Rosnah Johari sebagai Hayati
Shiqin Kamal sebagai Rita
Fikhree Bakar seagai Haris
Adam Corrie sebagai Jackie
Daniella Sya sebagai Ballin
Fatin Afeefa sebagai Shiela
Ekin Kamarudin sebagai Liza
Khalis Dean Zaqwan sebagai Adam
Aryanna Alyssa Dezek sebagai Sophia
Jodoh - Jodoh Annisa, Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah New Drama, Cast, Pelakon Drama Jodoh - Jodoh Annisa, Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Raja Afiq, Afiq Muiz, Shah Iskandar, Fatin Afeefa, Rosnah Johari, Liza Abdullah, Shiqin Kamal, Fizz Fairuz, Fikhree Bakar, Syeera Aziz, Daniella Sya, Adam Corrie, Badrul Muhayat, Hilal Azman, Ekin Kamarudin,
Sinopsis Drama Jodoh - Jodoh Annisa (Slot Tiara Astro Prima)

Mengisahkan Annisa yang bakal berkahwin dengan calon pilihan ayahnya iaitu Nizam. Namun di hari pernikahan mereka, Annisa tiba - tiba membatalkan perkahwinan mereka setelah mengetahui perkara sebenar. Hal tersebut turut menyebabkan ayah Annisa pengsan dan dimasukkan ke dalam hospital. Mak dan abang Annisa menyalahkan dirinya yang menjadi punca Dato Azhar sakit. Ketika ayah mereka sakit, Rykarl iaitu abang Annisa menggunakan peluang dan kesempatan ini untuk mengambil alih urusan syarikat. Dia juga bertindak mengugut semua ahli lembaga pengarah F3 untuk bekerjasama dengannya dan bersetuju untuk menjadikannya CEO Syarikat F3. Rykarl juga cuba menghalang Annisa dari campur tangan dalam syarikat F3, dia juga turut menghasut ibu mereka untuk membenci Annisa dan akhirnya Rykarl menghalau Annisa dari rumah dan menyekat akaun bank Annisa. Lebih parah lagi Rykarl juga turut menghalang Annisa dari berjumpa ayah mereka di hospital. Mujurlah Doktor Ishak membantunya untuk curi - curi masuk ke bilik VVIP hospital untuk melawat ayahnya yang masih tidak sedarkan diri itu. Annisa kemudiannya menumpang di rumah kawan baiknya Sheila, Annisa kemudiannya cuba untuk mulakan hidup baru dengan mencari kerja.

Annisa memutuskan untuk bermula dari bawah dan bekerja sebagai sales promoter di syarikat jualan perabot. Prestasi kerja Annisa sangat baik dan disukai oleh majikannya, namun ketika Annisa sudah dinaikkan pangkat, dia mula membuat keputusan drastik untuk berhenti kerja dan ingin bekerja di pelabuhan pula. Ketika bekerja di pelabuhan, Annisa terpaksa melakukan kerja - kerja berat, malah dia juga sering dibuli dan dipandang rendah oleh pekerja lelaki di situ. Pelbagai kesukaran yang perlu dilalui Annisa di situ, hal ini diburukkan lagi dengan Rykarl yang cuba melakukan sesuatu untuk buat Annisa diberhentikan kerja. Atas usaha keras Annisa dia berjaya naik pangkat dan turut bekerjasama dengan Rizal (Amar Baharin). Annisa kemudian membuat keputusan untuk berkahwin dengan sahabat baiknya iaitu Syafiq (Shah Iskandar). Disebabkan Annisa selalu sibuk dengan urusan kerjanya, Syafiq mula rasa sunyi dan berkenalan dengan perempuan lain. Syafiq juga cemburu melihat hubungan baik Annisa dengan Rizal dan syak mereka saling menyintai. Annisa akhirnya mengetahui yang Syafiq curang dan ada perempuan lain. Namun Annisa menyalahkan dirinya yang menjadi punca Syafiq bertindak demikian. Annisa dan Syafiq akhirnya bercerai. Nizam (Aaron Aziz) sentiasa mencari peluang untuk mendekati Annisa. Nizam juga sentiasa bergaduh dengan Rizal. Manakala Rykarl pula telah berubah menjadi baik setelah dikhianati Haris (Fikhree Bakar). Rykarl berazam untuk melindungi ibunya dan Annisa dari sebarang bahaya. Apa yang berlaku seterusnya? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post