1 Dis 2020

Drama Wasiat Dari Jordan Episod 1 Hingga 26 (TV Okey) Lakonan Aprena Manrose



Drama Wasiat Dari Jordan, TV Okey, Info Drama Wasiat Dari Jordan, Sinopsis Drama Wasiat Dari Jordan, Poster Drama Wasiat Dari Jordan, Pelakon - Pelakon Drama Wasiat Dari Jordan,  Aprena Manrose, Hazman Al-Idrus, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Drama Baru Aprena Manrose, Biodata Aprena Manrose,

Info dan Sinopsis Drama Wasiat Dari Jordan Episod 1 Hingga 26 (TV Okey) Lakonan Aprena Manrose dan Hazman Al - Idrus

Drama Wasiat Dari Jordan adalah drama terbaru di TV Okey yang disiarkan bagi menggantikan drama Dia Bidadari Dari Syurga yang telah tamat episodnya. Drama Wasiat Dari Jordan ini mempunyai 26 episod dan disiarkan setiap hari, jam 10 malam di (RTM) TV Okey iaitu di saluran Astro 146 / myfreeview 110. Antara pelakon drama Wasiat Dari Jordan ini adalah Aprena Manrose, Hazman Al-Idrus, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Nisa Rissa, Shajiry, Fara Nadiah, Alif Muhaimin, Alif Hadi, Zalfa Zin, Khayrisyah Kemal dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan diterbitkan oleh Qaisworks Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis lengkap drama Wasiat Dari Jordan di bawah ini ye..

Aprena Manrose sebagai Sumayah
Hazman Al-Idrus sebagai Hamzah
Badrul Muhayat sebagai Dato Nasir
Nisa Rissa sebagai Datin Khadijah
Fara Nadiah sebagai Fatimah
Alif Muhaimin sebagai Mukhlis
Alif Hadi sebagai Ghufran
Zalfa Zin sebagai Hajar




Sinopsis Penuh Drama Wasiat Dari Jordan (TV Okey)

Mengisahkan tentang watak Dato’ Nasir, seorang ahli korporat berjaya, memiliki segalanya dalam hidup bahagia seperti keluarga lain. Namun segalanya berubah bila suatu hari doktor mengesahkan dia menghidap kanser. Ketika itu isterinya Khadijah terjumpa sekeping draf wasiat yang telah mengubah sikap isteri dan anak-anaknya. Pada masa sama hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan Dato’ Nasir mempunyai keluarga lain dan menuduhnya mengkhianati mereka selama ini. Bermulalah cabaran, dugaan dan pelbagai usaha Dato’ Nasir menghadapi tentangan isteri dan anak-anaknya terutama Hamzah, satu-satunya anak lelakinya. Hamzah membawa diri ke Jordan dan Dato’ Nasir pula kini meminta Sumayah (anak tirinya) untuk memujuk Hamzah pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan segala kekusutan dalam keluarga besar mereka. Hamzah yang mula jatuh hati dengan Sumayah bersetuju untuk balik ke Malaysia dan berhasrat untuk memulakan perhubungan lebih serius dengan Sumayah. Namun Hamzah sekali lagi rasa tertipu setelah menyangka Sumayah adalah adik kandungnya setelah terjumpa foto ayahnya dengan keluarga Sumayah. Berjayakah Sumayah memujuk Hamzah pulang ke Malaysia untuk kali kedua? Apa yang berlaku seterusnya?..

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik. Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

    Tonton Drama Wasiat Dari Jordan Full Episode (Episod 1 Hingga Episod 26)

    👉👉 https://myklik.rtm.gov.my/program/2-11715-735254


    Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Telefilem Tersimpang Ke Alam Bunian (Astro Citra) Lakonan Farid Kamil

    ⏩ Tonton Drama Beri Sedikit Waktu Episod 1 Hingga 15 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3

    Tiada ulasan:

    Catat Komen



    My Random Post