31 Dis 2020

Drama Slot Samarinda Bougainvillea Episod 1 Hingga Episod 15 (Full Episode) TV3



Drama Bougainvillea, Poster Drama Bougainvillea, Watak Pelakon, Info dan Sinopsis Drama Bougainvillea, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Intan Ladyana, Drama Slot Samarinda TV3,

Drama Bougainvillea adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Misteri Mona lakonan Janna Nick dan Redza Rosli yang telah tamat episodnya. Drama Bougainvillea ini mempunyai 15 episod dan sudah mula bersiaran di TV3 sejak 28 Disember yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Bougainvillea ini adalah Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, barisan pelakon pun semua mantap - mantap. Lama tak tengok drama lakonan Beto Kusyairy ni, jadi nanti haruslah tengok kan. Lagu tema / OST drama Bougainvillea ini bertajuk Boneka nyanyian Ernie Zakri. So jom tengok watak - watak pelakon drama Bougainvillea ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 

Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie 
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief




Sinopsis Penuh Drama Bougainvillea Lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana Di TV3

Mengisahkan kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan. Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka. Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian. Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.
Drama Bougainvillea, Poster Drama Bougainvillea, Watak Pelakon, Info dan Sinopsis Drama Bougainvillea, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Intan Ladyana, Drama Slot Samarinda TV3,
Rasanya ni kali pertama kot tengok Nora Danish pegang watak antagonis gitu, best - best, semua pelakon dalam drama ini aku suka hehe. Bagi sesiapa yang terlepas menonton drama ini, kalian boleh tonton percuma dan eksklusif di https://www.iq.com/ sebaik sahaja selesai tayangan di TV. Korang boleh juga tonton di aplikasi iQiyi. Apa pun korang jangan risau aku akan update linknya dalam entry ini okey, so stay tune.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post