4 Jan 2021

Telefilem Angkara Dendam Lakonan Amerul Affendi dan Elizad Sharifuddin (Astro Citra)



Telefilem Angkara Dendam, Telemovie Angkara Dendam, Poster Telefilem Angkara Dendam, Pelakon - Pelakon Telefilem Angkara Dendam,

Telefilem Angkara Dendam sudah pun disiarkan pada hari Sabtu yang lalu, iaitu 2 Januari 2021 di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Angkara Dendam ini adalah  Amerul Affendi, Elizad Sharifuddin, Marisa Yasmin, Sahronizam Noor, Lan Siro, Jeri Ariffin dan ramai lagi. Selain itu 
Telemovie Angkara Dendam ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem Angkara Dendam ini kan, siapa yang dah tengok?. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Angkara Dendam Lakonan Amerul Affendi dan Elizad Sharifuddin (Astro Citra)

Din dan Is adalah saudara kembar, namun disebabkan bapa mereka terlalu percayakan cakap seorang bomoh untuk membolehkan dirinya terus kaya. Bapa mereka sanggup mengikut cakap bomoh itu untuk menghilangkan Din dari hidup mereka. Bapa mereka mengupah Lesti yang merupakan orang gaji mereka untuk membawa Din jauh dari keluarga mereka, kerana Din dianggap pembawa malang dalam keluarga. Din dibesarkan oleh Lesti, namun hidupnya penuh sengsara kerana diseksa oleh Lesti sehingga Din menyimpan dendam pada Lesti dan seluruh keluarga kandungnya itu. Is kembar Din sentiasa cuba mencari Din namun gagal, Is tak pernah melupakan Din namun berbeza dengan Din yang cemburu melihat kehidupan Is yang bahagia. Hubungan Is dengan ayahnya juga dingin. Din kemudian membunuh Lesti dan kemudian cuba menculik Is, seterusnya menyamar menjadi Is dan pulang ke rumah ibu bapa mereka. Manja pula kekasih Is yang baik dengan ibu Is, Manja berasa pelik dengan cara percakapan Is. Lalu Manja yakin yang Is adalah Din yang datang untuk membunuh keluarganya. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post