7 Jan 2021

Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa dan Syazuwan Hassan (TV Okey)



Drama Mencari Kiblat Cinta, Novel Mencari Kiblat Cinta, Baca Online Novel Mencari Kiblat Cinta, Info dan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta, Poster Drama Mencari Kiblat Cinta, OST Drama Mencari Kiblat Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Mencari Kiblat Cinta, Drama Baru Syazuwan Hassan, Drama Baru Husna Mustaffa,

Drama Mencari Kiblat Cinta adalah drama terbaru di TV Okey yang disiarkan bagi menggantikan drama Setiaku Di Sini. Kiranya drama ini macam drama pembukaan tahun 2021 di TV Okey gitu, drama Mencari Kiblat Cinta akan disiarkan mulai 7 Januari 2021 ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV Okey dan mempunyai 26 episod. Antara pelakon drama Mencari Kiblat Cinta ini adalah Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Zila Bakarin, Raden Zaharatul, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Shahriza Mahmud dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Mencari Kiblat Cinta karya Anita Aruszi dan diarahkan oleh Jo Yusof  serta diterbitkan oleh NS Star Sdn Bhd. Manakala Lagu tema / OST Drama Mencari Kiblat Cinta ini bertajuk Semalam nyanyian Aina Abdul. First time aku tengok Husna Mustaffa ni berlakon masa dalam drama Hati Yang tersakiti tu, dia jadi setiausaha Remy Ishak dalam drama tu hehe. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mencari Kiblat Cinta ini beserta sinopsisnys sekali.
Drama Mencari Kiblat Cinta, Novel Mencari Kiblat Cinta, Baca Online Novel Mencari Kiblat Cinta, Info dan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta, Poster Drama Mencari Kiblat Cinta, OST Drama Mencari Kiblat Cinta, Pelakon - Pelakon Drama Mencari Kiblat Cinta, Drama Baru Syazuwan Hassan, Drama Baru Husna Mustaffa,
Husna Mustaffa sebagai Danira
Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman
Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif
Dayana Roza sebagai Wirda
Fifi Laura Olivia sebagai Melly
Edika Yusof sebagai Tengku Amar
Zila Bakarin sebagai Tengku Saida
Raden Zaharatul sebagai Yana
Azerin Zainal sebagai Joshua
Falla Zully sebagai Evelyn
Ali Reza sebagai Tengku Firdaus
Inas Sofea sebagai Najla
Anne Ngasri sebagai Karmila
Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan
Naszeli Ngasri sebagai Harris
Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn
Shahriza Mahmud sebagai Musliha 
Nadia Kesuma sebagai Zahara




Sinopsis Penuh Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee 
(TV Okey)

Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff, lelaki traumatik dengan kenangan kosong. Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.
Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.
Drama Mencari Kiblat Cinta, Novel Mencari Kiblat Cinta, Baca Online Novel Mencari Kiblat Cinta, Info dan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta,
Kalau korang nak baca online versi novel Mencari Kiblat Cinta karya Anita Aruszi, korang boleh klik link dibawah ye..

1 ulasan:

  1. Menarik ni :)

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam



My Random Post