10 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Kad Raya Dalam Kolong, Autisme, Kisah Sedih, Astro Citra, Telemovie Raya, Pengajaran, Pelakon, Ungku Ismail Aziz, Elaine Daly, Nik Adam Mika, Liza Rafar, Azad Jasmin, Zazly Baginda, Yusri Saleh,
Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

8 Julai 2017 yang lalu, aku sempat menonton telemovie yang bertajuk Kad Raya Dalam Kolong yang disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD. Jalan cerita telemovie ini unik, menarik dan sedih, malah para pelakon yang berlakon dalam telemovie Kad Raya Dalam Kolong ini juga best - best belaka antaranya seperti Ungku Ismail Aziz, Elaine Daly, Nik Adam Mika, Liza Rafar, Azad Jasmin, Zazly Baginda, Yusri Saleh dan ramai lagi. Dah lama juga tak nampak Liza Rafar berlakon, masa aku kecil dulu, selalu juga aku tengok Liza Rafar ini berlakon, masa zaman - zaman drama spektra di RTM dulu. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Khir Rahman dan merupakan terbitan Pandang Timur Sdn Bhd. Bagi sesiapa yang terlepas nak tengok telemovie ini, bolehlah tunggu ulangannya nanti di TV. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini dibawah ye.

Sinopsis Telemovie Kad Raya Dalam Kolong

Mengisahkan tentang Nadi yang merupakan kanak - kanak lelaki yang autisme, dia juga merupakan anak tunggal dalam keluarganya, Nadi sangat suka pada kad raya yang dibeli dan ditulis oleh ayahnya. Selepas ayah Nadi meninggal dunia, Ibu Nadi iaitu Hanan mengalami kesukaran untuk membesarkan nadi seorang diri. Ini ditambah lagi dengan perangai orang kampung yang selalu mengutuk dan menghina Nadi. Malah bapa saudara Nadi iaitu Awang juga sangat membenci Nadi, kerana Nadi tidak seperti kanak - kanak normal yang lain, baginya Nadi adalah gila dan tak patut berada dalam kampung tersebut. Hanya Cikgu Asri saja yang memahami dan baik dengan Nadi, dia sentiasa menasihati ibu Nadi supaya bersabar. Hanan yang geram dengan perangai orang kampung membuat keputusan untuk mengurung Nadi dalam kolong di bawah rumah. Hanan mengatakan Kolong itu adalah tempat yang selamat buat Nadi. Nadi juga selesa dan suka tinggal di Kolong itu, sehinggalah pada suatu hari, di pagi hari raya, ibu Nadi meninggal dunia lalu menyebabkan Nadi kini anak yatim piatu.

Nadi kemudiannya dipelihara oleh keluarga angkat yang kaya dan meninggalkan kampung itu, rumah Nadi di kampung itu dijaga dengan baik oleh cikgu Asri. Nadi membesar dengan baik di bawah jagaan keluarga angkatnya, malah Nadi juga dah normal seperti orang lain, dia juga dah berkahwin dengan Salina dan kini Salina dah mengandung. Walaubagaimanapun Nadi mempunyai hobi pelik, dimana dirinya suka mengurung diri di dalam stor di rumah mereka berjam - jam lamanya. Hal ini membuatkan Salina pelik dengan perangai suaminya itu. Tak lama kemudian Nadi mula teringat kembali pada rumahnya di kampung dan pulang ke sana bersama Salina. Nadi gembira dapat bertemu semula dengan Cikgu Asri dan kemudiannya memori silamnya kembali menghantui dirinya. Perangai Nadi menjadi semakin pelik dan dirinya menghabiskan masanya dengan duduk di dalam kolong tersebut. Hal ini membimbangkan Salina dan Salina mengambil keputusan untuk beredar dari kampung itu dengan ayahnya sekaligus meninggalkan Nadi sendirian di Kolong itu.

Awang mendapat tahu yang anak saudaranya itu telah kembali ke kampung dan kebenciannya pada Nadi makin menjadi - jadi. Dia melayan Nadi dengan teruk sekali sehingga sanggup untuk membakar Nadi yang berada dalam Kolong tersebut. Apa yang bakal berlaku seterusnya? dapatkah Nadi selamat? dan adakah Awang akan insaf? bagaimana pula dengan Salina?. Apa pun telemovie ini memang happy ending dan banyak pengajaran yang boleh kita dapat. 

2 ulasan:

  1. alahai apela penerimaan orang sekeliling kerja nak ngutuk je.. kasila moral support orang tu nak besarkan anak.. cabaran kot..

    BalasPadam



My Random Post