16 Jul 2017

No Season 2 For BrainDead

English Drama, English Series, Drama Siri, Drama TV, BrainDead, Alien Bugs, Politik, Sains Fiksyen, Komedi, Best, Lawak, Pelakon, Mary Elizabeth Winstead, Danny Pino, Tony Shalhoub, Aaron Tveit, Nikki M. James, Johny Ray Gill, Jan Maxwell, Charlie Semine,
No Season 2 For BrainDead

Hari itu aku secara tak sengaja aku tertengok english Series BrainDead di channel AXN Asia, lepas tengok satu episod, aku terus suka dengan jalan ceritanya yang unik habis. Lepas itu, tiap - tiap hari aku tunggu ulangannya di channel yang sama, tapi tak ada, kemungkinan besar ulangan BrainDead ini seminggu sekali saja. Disebabkan aku tak sabar nak tunggu episod seterusnya, maka aku cuba untuk menonton drama siri ini di internet saja. Drama ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat, antaranya adalah Mary Elizabeth Winstead, Danny Pino, Tony Shalhoub, Aaron Tveit, Nikki M. James, Johny Ray Gill, Jan Maxwell, Charlie Semine dan ramai lagi. Aku tak nafikan yang aku memang enjoy menonton english drama ini sebab jalan ceritanya menggabungkan unsur - unsur politik, sains fiksyen dan juga komedi. Pernah beberapa kali aku ketawa besar bila menonton scene - scene kelakar dalam drama BrainDead ini. Ikutkan aku susah nak ketawa kalau benda tu tak berapa lawak, ini ditambah lagi dengan lakonan cemerlang semua watak - watak dalam english drama ini. Opening Scene setiap episod drama ini juga unik apabila singer song writer iaitu Jonathan Coulton akan menyanyikan lagu ost drama ini, yang mana liriknya, adalah recap dan sinopsis episod - episod yang terdahulu. 

Drama siri BrainDead ini mempunyai 13 episod dan mula disiarkan pada 13 Jun 2016 hingga 11 September 2016. Malangnya pada 17 Oktober 2016, drama ini telah ditamatkan pada musim pertama saja tanpa disambung ke musim - musim yang seterusnya. Sepatutnya drama ini ada 4 season tapi diorang tak jadi sambung ke season 2 dan seterusnya, sayangnya sebab drama ini best dan unik. Secara keseluruhannya, drama ini mengisahkan tentang Laurel Healy yang merupakan seorang pembuat filem dokumentari bebas yang bekerja di bawah abangnya iaitu Luke Healy yang merupakan seorang Senator dalam beberapa bulan, bagi mendapatkan dana untuk menyiapkan dokumentarinya yang tergendala disebabkan masalah kewangan. Ketika berkhidmat dengan abangnya itu, Laurel secara tak sengaja mengetahui tentang satu konspirasi pelik mengenai serangga dari angkasa lepas yang boleh memakan otak manusia kemudian mengawal segala tindakan dan pemikiran manusia yang dijangkitinya. Hasilnya manusia yang dijangkiti oleh serangga tersebut akan bertindak agresif, radikal dan sekaligus berminat dalam politik. Dalam situasi tertentu, serangga tersebut boleh membuatkan otak manusia yang dijangkitinya meletup. Laurel menghadapi dilema untuk memberitahu orang - orang terdekatnya kerana bimbang dianggap gila.
English Drama, English Series, Drama Siri, Drama TV, BrainDead, Alien Bugs, Politik, Sains Fiksyen, Komedi, Best, Lawak, Pelakon, Mary Elizabeth Winstead, Danny Pino, Tony Shalhoub, Aaron Tveit, Nikki M. James, Johny Ray Gill, Jan Maxwell, Charlie Semine,
Naiblah Laurel mempunyai 2 kawan baru iaitu Doktor Rochelle Daudier dan Gustav Triplett / Dr. Bob yang turut mempunyai pendapat dan teori yang sama mengenai isu serangga yang memakan otak manusia itu. Mereka bertiga cuba mencari punca serta cara penyelesaian bagi masalah tersebut, ada banyak perkara lucu dan kelakar yang terjadi dalam usaha mereka memahami dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah itu. Antara scene - scene lawak dalam drama BrainDead ini yang berjaya buat aku ketawa adalah scene ketika Gustav dan Rochelle mengetahui cara bagaimana mereka yang dijangkiti serangga tersebut berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Scene paling best ketika semua ahli politik kena mengundi untuk satu isu itu dan proses pengundian dilakukan dengan cara sangat kelakar okey, aku asyik ketawa bila tengok scene ini. Kemudian aku juga sukakan babak ketika Boyfriend Laurel iaitu Gareth Ritter menjadi takut, risau dan merasakan dirinya telah menjadi kurang waras apabila melihat sendiri majikannya iaitu Senator Red Wheatus bercakap seorang diri sambil mengeluarkan serangga alien itu dari telinganya sebelum memasukkan kembali serangga tersebut di telinganya. Selepas itu Gareth terus berjumpa dengan Laurel dan menceritakan apa yang dia nampak, Laurel kemudiannya membawa Gareth berjumpa dengan Rochelle, Gustav dan juga seorang pakar. 

Mereka berbincang tentang kemungkinan serangga yang berada di dalam telingga Senator Red Wheatus itu adalah Queen kepada serangga - serangga lain dan perlu dihapuskan secepat mungkin. Aku sangat sukakan reaksi Gareth yang merasakan dirinya dah tak waras dan sangat terkesan dengan isu serangga alien ini, apabila dia dah nampak sendiri berbanding sebelum ini, dia tak begitu percayakan cerita Laurel mengenai serangga tersebut. Bila dah nampak sendiri, barulah dia rasa hampir nak gila dan asyik google pasal serangga ini selama sehari suntuk. Selain itu babak ketika Laurel, Rochelle dan Gustav yang cuba menangkap dan membunuh serangga alien tersebut di pejabat Senator Red Wheatus itu juga sangat kelakar. Malangnya mereka hanya dapat mencederakan serangga alien tersebut saja dan tidak dapat membunuhnya lagi. Selain itu reaksi abang Laurel iaitu Luke Healy apabila mengetahui kebenaran tentang kisah serangga alien itu juga sangat best, akhirnya dia sedar yang cerita adiknya itu sememangnya betul. Scene ketika Senator Red Wheatus yang cuba nak menembak senator Luke itu juga kelakar apabila dia gagal, kerana Luke Healy asyik berjalan mundar - mandir dan menyukarkan Senator Red untuk menembaknya.

Selain scene - scene kelakar, ada juga scene - scene sedih dalam drama ini, apabila ayah Laurel dan Luke turut dijangkiti oleh serangga alien ini dan membuatkan Laurel sedih kerana ayahnya itu dah berbeza. Walaubagaimanapun, di episod akhir drama ini nanti, Laurel akhirnya mengetahui satu cara untuk membuatkan serangga tersebut keluar dari telinga ayahnya itu dan dia berjaya. Ending BrainDead ini memang happy ending cuma ianya tiada musim kedua, aku memang berharap kalau ada musim kedua buat english series BrainDead ini, tapi lain pula yang jadi apabila season 2 tak ada. Agaknya kalau ada sambungannya drama ini, apa yang akan terjadi?, mesti lagi menarik jalan ceritanya. Tapi nak buat macam mana, tiada musim kedua buat BrainDead ini, apa pun aku bagi 9 Bintang dari 10 Bintang buat english drama ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post