18 Jul 2017

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta

 Sinopsis, Telemovie, Telefilem, Jula Juli Bintang Putus Cinta, Watak, Jula, Juli, Izham, Dani, Donita, Pelakon, Zizan Razak, Mira Filzah, Amerul Afendi, Adriana Adnan, Eleena Sui, Rashidah Jaafar, Komedi,
Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta

Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta adalah sambungan kepada telemovie sebelum ini iaitu Jula Juli Bintang Cinta. Telemovie ini diarahkan oleh Osman Ali dan masih mengekalkan pelakon yang sama seperti Zizan Razak, Mira Filzah, Adriana Adnan, Amerul Afendi dan ramai lagi. Dalam telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta ini ada beberapa watak baru diwujudkan seperti watak Mak Izham yang dilakonkan oleh Rashidah Jaafar serta watak Donita yang dilakonkan oleh pelakon cantik manis Eleena Sui. Telemovie ini sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 15 Julai yang lalu. Telemovie ini memfokuskan tentang hubungan cinta dan konflik dalam hubungan cinta watak - watak utama dalam cerita ini. Aku suka tengok sinematografi telemovie ini sebab cantik sangat, apa pun jom tengok sinopsis telemovie cerita ini dibawah, selamat membaca ya..

Sinopsis Telemovie Jula Juli Bintang Putus Cinta

Mengisahkan Jula dan Juli yang semakin selesa dan gembira dapat bekerja di Hotel Ombak Villa, mereka juga turut mendapat ramai kawan baru. Hubungan cinta antara Jula dan Dani serta Juli dan Izham juga berjalan lancar. Konflik mula berlaku apabila mak Izham ingin bertemu dengan bakal menantunya Juli serta menginginkan seorang menantu yang pandai memasak. Juli yang tidak tahu memasak mula berasa risau dengan penerimaan mak Izham padanya, malah pertemuan pertama Juli dengan bakal mak mertuanya juga tidak seperti yang diharapkan kerana mak mertuanya sangat garang, tegas dan suka memaksa. Mak Izham sengaja ingin menguji kepakaran Juli dalam memasak dan akhirnya dia memutuskan Juli tidak sesuai dengan anaknya Izham. Juli kemudiannya belajar memasak dari rakan sekerjanya. Kemudian Juli cuba untuk memasak pada bakal mak mertuanya itu namun dirinya dilayan agak teruk oleh mak Izham dan membuatkan Juli merajuk dan ingin memutuskan hubungan dengan Izham.

Manakala hubungan cinta antara Jula dan Dani berjalan lancar pada awalnya namun semuanya berubah dengan kemunculan Donita yang merupakan anak majikannya. Donita rupanya telah mengenali Dani sejak dari dulu. Donita juga menganggap Dani adalah kekasihnya, manakala Dani mula tersepit antara Jula dan Donita, Dani tidak sanggup nak berterus terang tentang hubungan cintanya dengan Jula kerana dia bimbang akan disingkirkan dari Hotel Ombak Villa. Dani cuba melayan Donita dengan baik dan hal ini membuatkan Jula menjadi cemburu melihat kemesraan Dani dan Donita. Manakala Donita pula dapat mengagak yang Dani ada hubungan cinta dengan Jula dan mula menyiasat hal itu. Setelah mengetahui hal yang sebenar, Donita bersemuka dengan Jula dan mula memarahi Jula dan Jula pula merasa dirinya ditipu oleh Dani dan ingin memutuskan hubungan dengan Dani. Selepas itu, Izham dan Dani bersungguh - sungguh cuba memujuk Jula dan Juli, manakala Jula dan Juli pula berasa rimas dengan kelakuan Izham dan Dani, lalu bertindak mengikut dan lari ke kampung Kak Ton.

Tak lama lepas itu, Dani dan Izham mengetahui yang Jula dan Juli telah lari ke kampung kak Ton dan memutuskan untuk pergi ke kampung kak Ton itu untuk memujuk Jula dan Juli. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Apa pun ending telemovie ini memang happy ending dan mungkin akan ada sambungannya nanti. Cuma satu saja yang aku pelik dengan sikap mak Izham ini, awalnya dia nampak macam tak suka betul dengan Juli, tapi di akhir cerita senang - senang saja dia berubah pula jadi baik dan boleh terima Juli jadi menantunya pula?. Apa pun memang seronok menonton telemovie ini.

Gambar diatas credit to Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post