16 Mei 2018

Sinopsis Hantu Rumah Sakit Jiwa (Astro First)




 Filem Televisyen, FTV, Hantu Rumah Sakit Jiwa, 2018, Astro First, Sinopsis Hantu Rumah Sakit Jiwa, Plot Twist, Ending Hantu Rumah Sakit Jiwa, Hantu Rumah Sakit Jiwa Cast, Pelakon Filem TV Hantu Rumah Sakit Jiwa, Dato Fizz Fairuz, Saharul Ridzwan, Abam Bocey, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Emma Maembong, Sherry Al Hadad, Normah Damanhuri, Alif Hadi, Pengarah Michael Ang, Poster Hantu Rumah Sakit Jiwa, Artis Malaysia, Review, My Feeling, My Opinion,
Sinopsis Filem Televisyen (FTV) Hantu Rumah Sakit Jiwa (Astro First)

Filem Televisyen (FTV) Hantu Rumah Sakit Jiwa sudah mula ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 26 April yang lalu. Antara Pelakon Hantu Rumah Sakit Jiwa ini adalah Dato Fizz Fairuz, Saharul Ridzwan, Abam Bocey, Azhan Rani, Sharifah Sakinah, Emma Maembong, Sherry Al Hadad, Normah Damanhuri, Alif Hadi dan ramai lagi. Manakala pengarah bagi filem televisyen Hantu Rumah Sakit Jiwa ini adalah Michael Ang dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd, selain itu filem televisyen (FTV) ini bergenre komedi seram. Tak silap aku diorang dah shooting filem tv ni dah lama dah, tapi baru sekarang ditayangkan di Astro First. Antara tarikan utama Filem TV Hantu Rumah Sakit Jiwa ini adalah jalan cerita yang unik serta barisan pelakon yang best - best belaka. Aku paling suka lakonan Saharul Ridzwan sebab lakonannya boleh tahan juga bila berlakon filem tv yang bergenre seram komedi ini. Watak Sharifah Sakinah memang sesuai betul dengan personaliti dia hahaha, Sharifah Sakinah membawakan watak Rita Ora yang merupakan pesakit rumah sakit jiwa itu dan juga ketua kepada semua pesakit - pesakit mental disitu. Rita juga mampu melihat hantu 3 beradik yang turut berada disitu iaitu Johan (lakonan Dato Fizz Fairuz), Syafiq (lakonan Saharul Ridzwan) dan Zed (lakonan Abam Bocey).



Emma Maembong nampak comel dan qiut dalam Filem TV Rumah Sakit Jiwa ini, Emma Maembong melakonkan watak sebagai Nurse Mila dan dia merupakan satu - satunya nurse disitu yang mampu melihat hantu / roh 3 beradik tersebut. Ini ditambah lagi bila Nurse Mila juga adalah bekas pesakit mental yang telah sembuh dan kini menjadi nurse. Namun nurse Mila ini tidak tahu yang tiga beradik tersebut adalah hantu bukannya manusia. Sherry Al Hadad turut membawakan watak sebagai nurse juga iaitu sebagai nurse Molly. Berbeza dengan nurse Mila yang lemah - lembut dan sopan, nurse Molly lebih garang dan jahat. Part nurse Molly kena kacau dengan hantu Syafiq dan kemudian kelam - kabut nak resign tu lawak hehe. Azhan Rani melakonkan watak jahat dalam cerita ini, iaitu sebagai Razak yang merupakan bapa saudara pada Johan, Syafiq dan Zed. Walaubagaimanapun aku tak sangka pula ending Hantu Rumah Sakit Jiwa ini ada plot twist pula tu haha, endingnya memang tak dijangka dan akan buat korang nak tergelak dan memang sakit jiwa jugalah jadinya hahaha. Apa pun jom tengok sinopsis cerita ini dibawah ye.

Sinopsis Hantu Rumah Sakit Jiwa (Astro First)

Mengisahkan kehidupan tiga beradik yatim piatu iaitu Johan, Syafiq dan Zed yang tinggal bersama-sama di sebuah rumah peninggalan orang tua selepas ibu bapa mereka meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sejak pemergian ibu bapa mereka, bapa saudaranya Razak (Azhan Rani) yang selama ini tidak begitu mesra dengan Johan sekeluarga telah muncul dengan agenda tersirat. Razak berhajat untuk memiliki rumah kediaman tiga beradik itu. Ketiga-tiga beradik itu kemudian terbabit dalam satu kemalangan sewaktu melakukan aktiviti lasak, terjunan bungee yang sudah dirancang oleh Razak. Apabila mereka melakukan terjunan secara serentak, tiba-tiba tali mereka terputus dan membuatkan mereka jatuh terhempas ke dalam gaung yang menyebabkan mereka koma di hospital.

Apabila tersedar, mereka terkejut apabila melihat rumah mereka kini dijadikan pusat rawatan mental. Pada masa sama, ketiga-tiganya menjadi panik apabila menyedari bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat kewujudan mereka. Justeru, Johan dan adik-adiknya menganggap bahawa hanya pesakit mental sahaja boleh melihat mereka dan tidak bagi manusia normal. Keadaan ini secara tidak langsung memudahkan mereka bertiga menyusup masuk dan melakukan pengintipan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya terjadi sehinggalah mereka menemui motif di sebalik penukaran status rumah agam mereka kepada pusat rawatan mental.

2 ulasan:



My Random Post