7 Mei 2018

Review Pitch Perfect 3 - English Movie




Review Filem Pitch Perfect 3, English Movie, English Film, English Movie Pitch Perfect 3, Pitch Perfect 1, Pitch Perfect 2, Sinopsis Pitch Perfect 3, Pitch Perfect 3 Cast, Pelakon Filem Pitch Perfect 3, Anna Kendrick, Rebel Wilson, Brittany Snow, Anna Camp, Hailee Steinfeld, Hana Mae Lee, John Lithgow, OST, Ending, Poster Pitch Perfect 3, Happy Ending,
Review Filem Pitch Perfect 3

Today aku nak buat review ringkas tentang satu English movie yang bertajuk Pitch Perfect 3. Filem Pitch Perfect 3 ini merupakan filem terakhir dari siri Pitch Perfect ini yang release pada bulan Disember 2017 serta diarahkan oleh Trish Sie. Filem ini masih mengekalkan semua pelakon asal dari Pitch Perfech 1 dan juga 2. Antara pelakon filem Pitch Perfect 3 ini adalah Anna Kendrick, Rebel Wilson, Brittany Snow, Anna Camp, Hailee Steinfeld, Hana Mae Lee, John Lithgow dan ramai lagi. Aku memang dah tengok siri filem ini yang terdahulu, jadi mestilah aku nak tengok siri Pitch Perfect yang terakhir ini kan. Filem ini ada tarikannya yang tersendiri  dan aku suka tengok diorang menyanyi secara berkumpulan tanpa perlu menggunakan alat muzik pun hehe, plus lagu – lagu yang diorang nyanyikan juga best – best belaka. Ketika babak suspen pun, The Bellas slumber je nyanyi lagu Toxic (Britney Spears) tu hehe,  aku suka bila The Bellas reunion semula, walaupun masing – masing dah ada kehidupan sendiri kan.



Pitch Perfect 3 ini mengisahkan tentang kumpulan The Bellas yang masing – masing dah ada kerja sendiri tapi malangnya mereka semua benci dengan kerja mereka.  Tak lama kemudian Emily (lakonan Hailee Steinfeld) mengajak semua seniornya yang merupakan anggota kumpulan The Bellas untuk reunion dan membuat persembahan bersama sekali lagi.  Kesemua seniornya berasa teruja untuk berjumpa dan menyanyi semula, namun mula kecewa apabila mengetahui yang Emily mengajak semua seniornya datang untuk melihat persembahannya bersama kumpulan The Bellas Junior bukannya untuk membuat persembahan bersama. Emily meminta maaf pada semua seniornya itu dan mengatakan itu saja cara yang boleh dilakukannya untuk membuat mereka reunion semula. Tiba – tiba Aubrey (lakonan Anna Camp) mengajak semua the bellas untuk menyertai  satu pertandingan dan sekiranya mereka menang, mereka boleh buat persembahan pembukaan untuk DJ Khaled. Semua anggota The Bellas setuju untuk menyertai pertandingan tersebut dan teruja untuk menyanyi dan bertanding semula.

Pelbagai perkara yang terjadi ketika mereka berada dalam pertandingan tersebut.  Antara scene  yang aku suka adalah ketika Aubrey secara tak sengaja telah membakar suite DJ Khaled itu dan membuatkan keadaan jadi kecoh hahaha. Pastu scene diorang kena culik dengan bapa Fat Amy tu pun lawak gak siap sempat menyanyi lagu Toxic gitu. Aku juga suka scene ketika Beca tanpa ragu – ragu menolak pelawaan Dj Khaled itu kerana tak nak mengkhianati kawan – kawannya itu. Manaka The Bellas pula sangat sporting dan tak nak Beca sia – siakan bakatnya dan peluang yang ada. Siri filem Pitch Perfect ini memang selalunya ada mesej positif mengenai persahabatan. Tapi kalau nak bandingkan siri Pitch Perfect mana yang lagi best, sama ada yang pertama, kedua dan ketiga, aku akan pilih Pitch Perfect 1 dan 2. Pitch Perfect 3 ini mungkin tidak begitu best seperti siri yang terdahulunya tapi masih okey dan boleh layan. 

OST Filem ini memang best, manakala ending filem Pitch Perfect 3 ini memang happy ending gitu. Secara keseluruhannya aku bagi  6.6/10 untuk movie ini. 
Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah, Tips Lulus Temuduga Kerajaan, Ebook, Panduan Lulus Temuduga Kerajaan, Electronic Book, Ilmu, Info Berguna,

2 ulasan:



My Random Post