13 Mei 2018

Sinopsis Telemovie Terima Kasih Cikgu (Cerekarama TV3)




Telemovie Terima Kasih Cikgu, Telefilem, Telemovie Istimewa Hari Guru, Cerekarama, TV3, 2018, Pengajaran, Guru, Pelakon Telemovie Terima Kasih Cikgu, Hasnul Rahmat, Fahrin Ahmad, Raja Ilya, Mohd Faizal Mohd Shauki, Zalfa Zin, Natasha Yasina, Jimmy Leong, Mohd Hadi Putra, Sinopsis Terima Kasih Cikgu, Poster, Sad Ending,
Sinopsis Telefilem Terima Kasih Cikgu (Cerekarama TV3)

Telemovie Terima Kasih Cikgu telah pun disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 12 Mei yang lalu, telemovie ini disiarkan istimewa sempena hari guru. Antara Pelakon Telemovie Terima Kasih Cikgu ini adalah Hasnul Rahmat, Fahrin Ahmad, Raja Ilya, Mohd Faizal Mohd Shauki, Zalfa Zin, Natasha Yasina, Jimmy Leong, Mohd Hadi Putra dan ramai lagi. Sedih juga jalan cerita telefilem Terima Kasih Cikgu ini, kagum dengan anak murid cikgu Azman yang semuanya dah berjaya, pastu baik hati pula, sanggup membantu cikgu mereka itu yang berada dalam kesusahan. Ending Telefilem Terima Kasih Cikgu ini agak sedih juga huhu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye.




Sinopsis Telemovie Terima Kasih Cikgu - Cerekarama TV3

Mengisahkan Amar, seorang doktor yang ditugaskan di sebuah hospital. Suatu hari, Amar bertemu dengan bekas gurunya, Cikgu Azman. Selepas bersara, Cikgu Azman disahkan menghidap penyakit kanser. Amar cuba merawat gurunya sebaik mungkin, dalam masa yang sama cikgu Azman terkejut dengan berita yang dibawa oleh menantunya, dimana arwah anaknya Farid berhutang dalam jumlah yang banyak. Cikgu Azman menyerahkan segala harta bendanya termasuk rumahnya kepada menantunya untuk menyelesaikan segala hutang arwah anaknya itu. Amar berasa kasihan dengan cikgunya itu dan berusaha untuk membantunya, malah Amar juga sanggup membawa balik dan menjaga cikgu Azman di rumahnya selepas cikgunya itu selamat dibedah. Amar turut memberitahu dan meminta bantuan rakan - rakannya yang juga anak murid cikgu Azman. Mereka semua datang menjenguk cikgu Azman dan membantu apa yang patut. Malah mereka juga berusaha untuk menunaikan segala hasrat cikgu mereka itu. Apa yang berlaku seterusnya?.

2 ulasan:

  1. LZ sekeluarga tengok drama ni malam tadi.. Bertuah Cikgu Azman dapat anak murid yang sanggup menemaninya hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  2. sempena hari guru cerita ini banyak memberi pengajaran yang baik sesuai untuk dituntun semua peringkat umur. tak ramai murid yang boleh menjadi seperti amar. alakah baik jika semua murid dapat ambil iktibar dalam cerita ini.

    BalasPadam



My Random Post