5 Mei 2018

Ending Season 8 The Walking Dead




The Walking Dead, Season 8, Season 9, Sinopsis Season 8 The Walking Dead, Ending Season 8 The Walking Dead, My Favorite, Drama Inggeris, English Series, 2018, Pelakon The Walking Dead, The Walking Dead Season 8 Cast, Andrew Lincoln, Norman Reedus, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Lennie James, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Ross Marquand, Jeffrey Dean Morgan, Austin Amelio, Tom Payne, Pollyanna McIntosh,
Sinopsis & Season 8 Finale The Walking Dead

Tamat sudah musim kelapan english series The Walking Dead ini, aku dah follow drama ini dari season 1 lagi. Dalam entry ini akan ada banyak spoiler okey tentang segalanya yang berlaku dalam musim kelapan ini. Dalam season 8 ini menyaksikan Team Rick menentang Team Negan (Saviors). Aku masih ingat lagi di awal season 7 telah menunjukkan Negan membunuh Glenn dan Abraham dengan amat kejam sekali sekaligus memaksa Rick (lakonan Andrew Lincoln) and the geng mengikut saja arahan Negan (lakonan Jeffrey Dean Morgan)  dan ahli kumpulannya yang diberi nama The Saviors. Akibat tidak tahan dengan kekejaman Saviors, Rick memutuskan untuk berperang habis - habisan dengan Negan dan Saviors. Bermula season 8 ini team Rick bergabung dengan komuniti lain iaitu dari Hilltop dan The Kingdom untuk berperang dengan Saviors. Di penghujung musim ke -8 barulah team Oceanside membuat keputusan untuk membantu team Rick menentang team Negan. Tanpa disangka anak lelaki Rick iaitu Carl (lakonan Chandler Riggs) mati dan Carl sempat menasihati ayahnya dalam surat yang ditinggalkannya. Manakala orang kanan Negan iaitu Simon telah membunuh semua anggota kumpulan The Scavengers, cuma ketuanya saja yang terselamat iaitu Jadis / Anne (lakonan Pollyanna McIntosh).



Ada beberapa persoalan yang belum terjawab dalam season 8 ini iaitu ketika Jadis berjaya kidnap Negan itu, Jadis ketika itu seolah - olah sedang menunggu orang - orang dalam helikopter itu, tapi kemudian helikopter itu berlalu pergi. Siapa pula yang ada helikopter tu? kumpulan baru ke? Rick awalnya agak kejam juga sebab membunuh musuh tanpa ada sedikit belas kasihan, namun akhinya berubah dengan memberi Negan peluang untuk hidup. Manakala Maggie pula tidak berpuas hati dengan tindakan Rick yang membiarkan Negan hidup dan berkomplot dengan Daryl (lakonan 
Norman Reedus) serta seorang lagi untuk melakukan sesuatu. Ini bermakna watak Maggie memang penting dalam season 9 nanti, sebab dia pun dah jadi macam perangai Rick dulu, tapi dari pembacaan aku watak maggie yang dilakonkan oleh Lauren Cohan itu kemungkinan besar boleh dimatikan dalam season 9 nanti disebabkan Lauren Cohan ada sedikit masalah dengan pihak produksi tentang soal pembayaran dan telah pun menerima tawaran watak utama dalam drama yang lain. Jadi kemungkinan besar dia akan muncul sekejap saja dalam season 9 nanti. Apa pun aku harap watak Maggie akan terus kekal dalam The Walking Dead nanti, sayangnya kalau Lauren Cohan dah tak berlakon dalam drama ini dah, lagi pun dia berlakon drama ini dah lama iaitu dari musim kedua lagi.

Para pelakon The Walking Dead telah pun start shooting untuk season 9 bermula minggu ini, dah banyak gambar dekat internet yang menunjukkan lokasi shooting, diorang naik kuda dan sebagainya dalam internet. Watak Morgan lakonan Lennie James tidak akan muncul dalam season 9 nanti sebab dia akan muncul dalam drama lain yang merupakan prequel pada Drama The Walking Dead ini iaitu Fear The Walking Dead. Berbalik pada ending season 8 The Walking Dead ini, watak Eugene (lakonan Josh McDermittboleh dikatakan penyelamat pada team Rick kerana telah sabotaj peluru yang dia buat untuk team Saviors itu, sekaligus menjadi penyumbang terbesar pada kemenangan team Rick. Awalnya aku benci juga dengan watak Eugene ini sebab dia ni lemah dan macam lalang gitu, tapi akhirnya dia telah buktikan yang dia tidak mengkhianati team Rick. Rick telah membawa Negan ke Alexandria dan memutuskan untuk membiarkan Negan hidup dalam penjara seumur hidupnya. Morgan pula memutuskan untuk membawa haluannya sendiri dan pergi berjumpa Jadis dan menyampaikan pesanan Rick pada Jadis supaya datang ke Alexandria kerana Rick telah menerimanya untuk masuk dalam kumpulannya itu. Manakala Daryl pula tidak jadi membunuh Dwight, sebaliknya memberi kebebasan pada Dwight dan menyuruh Dwight untuk pergi mencari Sherry, namun menghalang Dwight kembali ke tempat mereka semula.

Saki baki team Saviors pula telah move on dan memulakan hidup baru yang lebih tenang dan aman damai serta berbaik - baik dengan team Rick. Dalam season 9 nanti kemungkinan besar Rick akan berhadapan dengan konflik dalaman yang ditimbulkan oleh Maggie dan Daryl itu, yang mana mereka tidak puas hati Negan masih hidup. Kemungkinan besar juga akan ada musuh baru dalam season 9 nanti. Season 8 The Walking Dead ini mempunyai 16 episod dan season 9 akan mula disiarkan di penghujung tahun 2018 nanti. 

1 ulasan:



My Random Post