5 Mei 2021

Episod Akhir Drama Projek Anchor SPM (Astro Citra)



Episod Akhir Drama Projek Anchor SPM, Drama Projek Anchor SPM Full Episode, Drama Projek Anchor SPM Final Episode, Ending Drama Projek Anchor SPM,

Drama 8 episod Projek Anchor SPM sudah pun melabuhkan tirainya, memang menarik dan syok tengok drama ini. Drama Projek Anchor SPM yang dibintangi oleh Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya ini sudah pun tamat pada Isnin yang lalu. Pada episod 7 drama Projek Anchor SPM, semua pelajar STIA Batch SPM 2003 berjaya dengan rancangan mereka, namun untuk last paper SPM 2003 itu diorang semua telah kantoi, bila Hilmi pecah rahsia pada ketua pengawas peperiksaan iaitu puan Rokiah. Jadi bermulalah episod huru - hara di sekolah tersebut, Aida menjadi suspek utama manakala pengetua Awang perlu mencari pelajar mana yang akan dipersalahkan dan menjadi kambing hitam untuk mereka. Di episod ke 8 drama Projek Anchor SPM ini, semua pelajar mula risau jika Aida buka mulut dan pecah rahsia manakala bapa Aida terus menekan Aida untuk menceritakan hal sebenar begitu juga dengan pengetua Awang. Aizat pula buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. 




Para wartawan dan petugas media turut menyerbu sekolah tersebut untuk membuat liputan mengenai isu peniruan dalam peperiksaan itu. 
Aizat dan Hilmi bergaduh teruk. Setelah puas berfikir, Aida membuat satu keputusan besar, namun Aizat cuba menghalang dan menceritakan hal sebenar. Pengetua Awang memberikan kenyataannya pada sidang media namun kata - katanya itu telah membangkitkan kemarahan semua pelajar. Apa yang berlaku seterusnya? Bagi aku ending drama Projek Anchor SPM ini kira okeylaa, ada pengajaran gitu, yang bergaduh dah berbaik. Cuma tertanya - tanya apa yang akan diorang semua lakukan lepas SPM tu, maybe semua kena ambil SPM sekali lagilah kot hehehe.
Episod Akhir Drama Projek Anchor SPM, Drama Projek Anchor SPM Full Episode, Drama Projek Anchor SPM Final Episode, Ending Drama Projek Anchor SPM,

Jom Baca Ini Juga  👉👉 Drama Yang Bakal Mati Ramadan Ini (Awesome TV)
⏩⏩ Drama Kelmarin Cinta Lakonan Shukri Yahaya, Reen Rahim dan Intan Ladyana (TV Okey)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post