29 Mac 2022

Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80 Slot Tiara Astro Prima



Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,

Drama Dendam Seorang Isteri adalah sebuah drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife, drama ini merupakan drama terbaru di slot Tiara Astro Prima. Drama Dendam Seorang Isteri ini mula disiarkan pada 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Hati Yang Dikhianati yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini adalah Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja, Roy Azman, Ziema Din, GM Fauzan, Zarynn Min, Sefik Khair, Amylea Azizan, Sharmaine Farouk, Kween Keela, Isaac Iman dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Drama Temptation Of Wife ni aku cuma pernah tengok versi Filipina, versi original iaitu versi Korea aku tak pernah tengoklah. Apa pun memang nampak best drama ni, tambah - tambah bila ada Fasha Sandha dan Nad Zainal kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dendam Seorang Isteri ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fasha Sandha sebagai Amira
  • Wan Raja sebagai Harris
  • Nad Zainal sebagai Kirana
  • Aidit Noh sebagai Naufal
  • GM Fauzan sebagai Sulaiman
  • Dian P. Ramlee sebagai Ain
  • Sefik Khair sebagai Syafiq
  • Roy Azman sebagai Dato Mustapha
  • Ziema Din sebagai Datin Mona
  • Zarynn Min sebagai Aunty Baby
  • Sharmaine Farouk sebagai Diana
  • Amylea Azizan sebagai Neelisa
  • Kween Keela sebagai Hilda
  • Isaac Iman sebagai Haziq




Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri Lakonan Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja Di Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. 
Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,
Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 
Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!

Lagu Tema / OST Drama Dendam Seorang Isteri

👄👄 Kesumat nyanyian Rian Shain
👄👄 Seperti Dia nyanyian Amylea Azizan

Tonton Online Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode

5 episod terawal drama Dendam Seorang Isteri ini boleh ditonton di Youtube Astro Gempak. Episod seterusnya boleh ditonton di Astro Go..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post