20 Mac 2022

Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati



Drama Hati Yang Dikhianati Astro Prima, Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati, Ending Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Drama Hati Yang Dikhianati, Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati,
Episod Akhir dan Ending Drama Hati Yang Dikhianati 

Drama Hati Yang Dikhianati sudah habis episodnya, secara keseluruhannya drama Hati Yang Dikhianati ini mempunyai 146 episod dan merupakan antara drama yang terpanjang di Malaysia, selepas drama Cinta Ibadah (175 episod) serta drama Memori Cinta Suraya (137 episod). Iqram Dinzly turut berlakon dalam drama Memori Cintra Suraya itu serta drama Hati Yang Dikhianati. Lebih menarik bila drama ini turut mencatat rekod baru di dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam yang paling panjang sejak penubuhan slot Tiara Astro Prima. Walaupun penggambaran drama terpaksa dihentikan seketika akibat perlaksanaan PKP 3.0, namun drama ini berjaya disambung semula dengan jayanya, jalan ceritanya juga menjadi semakin best dengan kehadiran Elizad Shariffudin yang memegang watak sebagai Tasya serta Iqram Dinzly sebagai Azran dalam episod 100 keatas. 

Memang enjoy layan drama ini. Manakala ending drama Hati Yang Dikhianati ini mestilah happy ending, bila Ilyas dengan Lisa juga akhirnya. Walaupun percintaan mereka ni banyak liku, banyak dugaan, akhirnya bersama juga. Tapi bagi aku, aku lagi suka kalau Ilyas dan Lisa ni move on saja. Biar Ilyas terus dengan Tasya dan Lisa pula dengan Samir. Selepas ini drama ini akan diganti dengan drama Dendam Seorang Isteri lakonan Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal dan Aidit Noh yang merupakan drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife. Sebelum ini drama Filipina Temptation Of Wife lakonan Marian Rivera dah pernah disiarkan di Malaysia pada tahun 2012. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama Hati Yang Dikhianati di bawah ini okey..




Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati 
(Slot Tiara Astro Prima)

Azran mahukan harta Dato Ghafar sepenuhnya namun Samir berasa marah dengan permintaan melampau Azran itu. Samir kemudian ingin memberitahu kebenaran pada pihak polis mengenai Azran yang membunuh ibu bapanya. Azran menculik Lisa kerana menyangka Lisa adalah teman wanita pada Samir. Kemudian Samir, Ilyas dan Iskandar bekerjasama untuk mencari Lisa. Maria menjadi dalang kegagalan rancangan Azran, Maria dan Azran kemudian mengalami kemalangan dan mati. Ilyas ditembak oleh Azran ketika cuba menyelamatkan Lisa. Manakala Syaz pula terbuka hati untuk rujuk semula dengan Imran. 3 tahun kemudian Lisa dah tamat belajar dan berkumpul beramai - ramai di rumahnya. Ilyas dah bercerai dengan Tasya dan kemudian menghilangkan diri. Ending drama ini berakhir dengan Lisa berjumpa dengan Ilyas semula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post