20 Sep 2021

Drama The Hotel Episod 1 Hingga 24 Lakonan Mira Filzah (Astro Ria)



Drama The Hotel, Drama The Hotel Slot MegaDrama Astro Ria, Drama The Hotel Full Episode, Poster Drama The Hotel, Info dan Sinopsis Drama The Hotel, Pelakon - Pelakon Drama The Hotel, Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis,

Drama The Hotel adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hawa yang telah tamat episodnya. Drama The Hotel ini mempunyai 24 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 15 September 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama The Hotel ini adalah Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, syok gak layan drama ni, sekali sekala tengok Mira Filzah bawa watak psiko gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama The Hotel ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

MK K-Clique sebagai Sean 
Mira Filzah sebagai Raisa
Sean Lee sebagai Umar 
Natasha Elyzza sebagai Umaira
Farah Ahmad sebagai Sharifah Hanisa
Eina Azman sebagai Julia
Yasmin Hani sebagai Maya 
Daler Yusuf sebagai Razul Ilyas
Nabil Aqil sebagai Arman
Azhar Amir, sebagai Syed Jamaluddin
Asha Merican sebagai Marsha
Ku Faridah sebagai Miss Ros
Alif Hadi sebagai Tengku Arif
Amir Nafis sebagai Tengku Adam

Sinopsis Drama The Hotel Lakonan Mira Filzah, MK K-Clique dan Sean Lee Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini. Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah. Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Lagu Tema / OST Drama The Hotel

💣 Sebelum nyanyian K-Clique

Tonton Drama The Hotel (Astro Ria) Full Episode

Jika terlepas menonton drama ini di Astro Ria, korang boleh menonton drama ini secara online di aplikasi Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu lebih fleksibel.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama I- Tanggang (Astro Citra)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post