16 Sep 2021

Drama I- Tanggang (Astro Citra)



Drama I- Tanggang, Drama Astro Citra, Drama I - Tanggang Mother Of All Lies (Astro Citra), I- Tanggang Cast, I- Tanggang Synopsis, Poster Drama I- Tanggang, Info dan Sinopsis Drama I- Tanggang, Pelakon - Pelakon Drama I- Tanggang,

Drama I- Tanggang Mother Of All Lies ni adalah drama terbaru di Astro Citra yang sudah bersiaran sejak 13 September 2021 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Menariknya, drama ini drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Antara pelakon drama I-Tanggang ini adalah Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak serta diterbitkan oleh KL Motion Pictures. Aku memang suka layan drama - drama terbitan KL Motion Pictures ni sebab semuanya memang best - best. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama I-Tanggang ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Sherie Merlis sebagai Erma
Faizal Hussein sebagai Rahmat
Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
Nadhir Nasar sebagai Syafiq
Emma Sofea sebagai Esra
Sofia Jane sebagai Dr Nini
Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
Yuyun Hikmah sebagai Syuhada




Sinopsis Drama I- Tanggang  (Astro Citra)

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan ‘group chat’ bernama I- Tanggang. 

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai ‘rider’ penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama I- Tanggang

💋 Gelap nyanyian Satwo
💋 Cahaya Malam nyanyian Satwo
💋 Bukan Mainan nyanyian Rashidi Ishak



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post