17 Jan 2016

Ending Oh My Ganu 2 - Cikgu Ayu Pilih Zizang

ending, telemovie, telefilem, Oh My English, Siri TV, Oh My Ganu 2, pelakon, zain saidin, zizan razak, tiz zaqyah, akmal, izara aishah, lawak, ending, team henry, team Zizang,
Ending Oh My Ganu 2 - Cikgu Ayu Pilih Zizang

Selain drama bersiri, Oh My English juga rajin menghasilkan telemovie yang menarik, walaupun pelakonnya bertukar - tukar namun ianya masih menghiburkan. Nampaknya Siri Oh My English iaitu Telemovie Oh My Ganu 2 berakhir dengan Ending yang tidak dijangka, uniknya kali ini, apabila ianya melibatkan penonton, dimana penonton boleh memilih ending mana yang diorang nak, sama ada ending yang memihak pada Cikgu Henry atau pun Zizan. Menarik juga bila diorang menghasilkan 2 ending, walaupun ending untuk cikgu ayu dan Zizan agak tidak masuk akal juga tapi tetap kelakar. Pada awalnya cikgu Ayu dan cikgu Henry tengah sibuk membuat persiapan kahwin, lepas itu, entah macam mana, cikgu ayu mengalami kemalangan dan masuk hospital, kemudian boleh pula cikgu Ayu hilang ingatan. Masa inilah Zizan tiba - tiba muncul dan berusaha untuk mengorat Cikgu Ayu buat kesekian kalinya. Student cikgu Henry dan Ayu telah melakukan pelbagai cara untuk membuatkan cikgu Ayu memilih untuk berkahwin dengan Henry namun masih gagal. Penonton telah membuat undian dan memilih ending yang memihak pada Team Zizang dan akhirnya dia menjadi pilihan cikgu Ayu, walaupun majlis akad nikah diorang jadi huru hara, siap zizan nak nikahkan tok kadi dengan Ayu.

Masa scene akad nikah tu juga, Ayu nampak macam sakit kepala, jadi aku ingat kemungkinan ingatan cikgu Ayu akan kembali dan pulih seperti sediakala. Rupanya tiada apa yang berlaku sebab Ayu masih akan bernikah dengan Zizan. Kemudian ada orang datang bawa Zizan naik van rupanya zizang sakit mental, jadi aku ingatkan Ayu kemudiannya akan pilih Henrylah kan, tapi tidak, sebab Ayu setia dengan Zizan. Last sekali ramai pula anak - anak diorang, begitulah ending Telemovie Oh My Ganu 2 ini. Ramai juga tak puas hati dengan endingnya sebab macam tak logik pun ade juga, tapi nak buat macam mana kan, sebab penonton juga yang pilih endingnya itu. Dua scene yang aku suka adalah masa scene akad nikah dengan scene Zizan dan Izzue Islam pakai tudung tu, sangat comel dan lawak.

1 ulasan:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    BalasPadam

My Random Post