2 Sep 2018

Movie Review - Happy Death Day




Happy Death Day, Filem, Movie, English Movie, Movie Review, 2017, Pelakon, Happy Death Day Cast, Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Rachel Matthews, Charles Aitken, Rob Mello, Suspen, Seram, Best, Happy Death Day Review, Happy Death Day 2, Prequel, Sinopsis Happy Death Day, My Opinion, My Favorite, 2018, Ending Happy Death Day,
Movie Review - Happy Death Day

Ikutkan dah lama dah tengok movie ni dan dah lama juga nak buat review movie ni tapi tak berkesempatan, baru sekarang dapat buat review simple tentang English Movie Happy Death Day ini. Khabarnya tak lama lagi akan ada Happy Death 2 yang merupakan prequel pada movie yang pertama ini. Antara pelakon movie Happy Death ini adalah Jessica Rothe, Israel Broussard, Ruby Modine, Rachel Matthews, Charles Aitken, Rob Mello dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Christopher B. Landon dan filem ini release pada Oktober 2017 yang lalu. Selain itu English Movie Happy Death Day ini mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang dibunuh ketika hari jadinya dan kemudian mula hidup di hari yang sama berulang kali. Hal ini menyebabkan pelajar berkenaan iaitu Theresa / Tree perlu mencari siapa pembunuhnya dan menghalang kematiannya. Setiap hari Tree akan hidup dan mati di hari yang sama berulang kali, macam - macam cara yang dia lakukan untuk cari pembunuhnya dan masa untuknya juga makin suntuk kerana dia makin lemah. 




Aku suka dengan jalan cerita movie ini yang suspen dan buat kita tertanya - tanya mengenai siapa pembunuh tree dan motif pembunuhan tu sendiri. Plot twist movie ini juga terbaik sebab tak sangka kan, ingatkan orang lain tapi suprise hahaha. Aku juga suka dengan perubahan sikap Tree yang awalnya pentingkan diri dan tak pedulikan perasaan orang lain mula berubah menjadi baik. Movie ini tak seram pun sebab lebih pada pembunuhan kan, selain itu mengikut dari pembacaan aku, sepatutnya ending movie ini lain dan original endingnya lebih sadis dan kejam tapi nasib baiklah ending tu tak jadi diguna pakai. Jadi ending Happy Death Day ini memang happy ending gitu, jadi memang best layan movie ini dan aku bagi 8.8/10 Bintang untuk movie ini.

1 ulasan:

  1. Boleh lyn movie ni nt.. 😁

    Jemput join 1st GA zati 😊
    https://z3tty.blogspot.com/2018/09/giveaway-zati-yang-pertama-semangat.html

    BalasPadam



My Random Post