8 Sep 2018

Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga 3




Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan, Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga Episod 3, 2018, Kisah Orang Ketiga, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sherry Ibrahim, Watak, Hana, Azlan, Aina, Nik, Murni, Talha,
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga Episod 3

Drama Bahagia Bukan Bidaan telah pun disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 3 September 2018 yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Manakala barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini semua best - best, pelakon berpengalaman gitu, plus ada Nora Danish gitu, lama betul tak tengok Nora Danish berlakon dalam drama bersiri betul tak hehe, malah watak Ain Farhana / Hana itu memang sesuai betul dengan Nora Danish ini. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad. Apa pun dalam entry ini aku nak share sinopsis drama ini untuk episod 1 Hingga episod 3 di bawah ini, jadi selamat membaca ye.

Watak Pelakon Dalam Drama Bahagia Bukan Bidaan
Nora Danish sebagai Hana (Ain Farhana)
Adi Putra sebagai Nik Zachary
Zamarul Hisham sebagai Azlan

Ika Nabella sebagai Aina

Wan Sharmila sebagai Murni

Arja Lee sebagai Talha
Lisdawati sebagai Maksu
Fauzi Nawawi sebagai Paksu





Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga Episod 3

Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang telah berkahwin selama 16 tahun dengan Azlan dan mereka dikurniakan 2 anak, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Hana seorang wanita yang serba boleh, dia boleh menguruskan rumahtangganya dengan baik, walaupun sibuk bekerja di pejabat dan juga di Cafe. Hana boleh diibaratkan sebagai seorang isteri yang sempurna namun dia selalu makan hati dengan sikap suaminya Azlan yang kaki perempuan dan kerap curang. Sudah berkali - kali Azlan curang tapi Hana masih bersabar dan beri peluang pada Azlan untuk berubah. Namun kesabaran Hana sudah sampai ke kemuncaknya apabila Azlan ada affair dengan eksekutif di syarikat mereka iaitu Aina, ini kerana Hana telah menganggap Aina seperti adiknya sendiri dan sentiasa membantu Aina dan keluarganya sejak dulu lagi. Tidak dapat menerima kecurangan Azlan dan Aina itu, Hana telah mengamuk dan mendesak Azlan untuk menceraikannya di depan Aina. Azlan yang tiada niat nak menceraikan Hana tercabar dengan desakan Hana lalu menceraikannya tapi akhirnya dia menyesal dengan tindakannya itu.

Azlan cuba memujuk Hana untuk rujuk kembali namun Hana nekad nak bercerai membuatkan Azlan mengugut Hana untuk tidak membenarkan Hana berjumpa dengan anak - anak mereka. Hana kemudian tinggal di rumah paksu dan maksunya, manakala anak - anak Azlan dan Hana dijaga oleh mak Azlan. Mak Azlan juga turut marah dengan perangai anaknya yang tidak berubah dan mensia - siakan isteri sebaik Hana. Kawan baik Hana iaitu Murni sentiasa disisi Hana untuk memberi semangat serta menjaga Hana yang masih mengalami kemurungan. Hana sedih kerana sudah lama tidak dapat berjumpa dengan anak - anaknya itu. Dalam masa yang sama Nik Zachary yang juga sepupu pada suami Murni telah lama jatuh hati pada Hana. Dia juga mengetahui serba sedikit mengenai kisah hidup Hana daripada suami Murni, malah dia juga tahu yang Hana juga baru saja bercerai. Nik cuba mendekati Hana dan Murni yang ketika itu berada di kedai Mamak dan cuba berborak dengan mereka, namun Hana tidak begitu memperdulikannya. Malah Hana makin menyampah dengan Nik kerana tahu niat sebenar Nik yang ingin berkenalan dengannya.

Dalam masa yang sama Talha yang merupakan kawan lama pada Murni dan Hana cuba membantu Hana yang ketika itu berada dalam kemurungan. Lama kelamaan kelihatan Hana sudah berubah menjadi sedikit ceria berbanding dulu. Manakala mak Aina pula berasa kecewa dengan sikap Aina yang sanggup merampas suami Hana yang sudah banyak berjasa pada keluarga mereka. Malah mak Aina juga malu kerana orang disekeliling mereka selalu bergosip dan mengumpat Aina. Manakala Azlan pula mula berasa susah untuk menguruskan perniagaannya bila Hana sudah tidak membantunya lagi. Setelah apa yang terjadi, Azlan masih mahu bernikah dengan Aina dan menyuruh Aina untuk memujuk ibunya lagi. Aina pula berasa senang bila Azlan dan Hana sudah berpisah dan meneruskan rancangannya untuk berkahwin dengan Azlan.

1 ulasan:

  1. i no longer have the time to watch this dramas. hmmm

    BalasPadam



My Random Post