Review Drama Korea - Welcome To Waikiki / Eulachacha Waikiki
Bagi peminat drama Korea pastinya ramai dah menonton drama Eulachacha Waikiki / Welcome To Waikiki ini. Drama ini memang sangat popular disebabkan jalan ceritanya yang menarik dan kelakar habis. Malah drama ini sepatutnya hanya 16 episod saja tapi dipanjangkan menjadi 20 episod disebabkan popularitinya. Antara pelakon drama Eulachacha Waikiki ini adalah Kim Jung Hyun, Jung In Sun, Lee Yi Kyung, Go Won Hae, Song Seung Won, Lee Joo Woo, Kang Kyeong Jun dan ramai lagi. Para pelakon drama ini turut popular dan diminati ramai selepas drama ini, lebih tak sangka bila 2 pelakon utama drama ini iaitu Jung In Sun dan Lee Yi Kyung memang bercinta ketika shooting drama ini. Malah sebelum berlakon dalam drama ini, mereka berdua dah pernah bergandingan dalam Drama Mirror Of The Witch (2016), tapi dalam drama tersebut, mereka hanya pelakon pembantu saja, sebab hero dan heroin drama tersebut adalah Yoon Si Yoon dan Kim Sae Ron, walaubagaimanapun sekarang ini Jung In Sun dan Lee Yi Kyung dah putus pun. Berbalik pada drama ini memang aku tak nafikan drama ini memang kelakar, awalnya drama ni lawak biasa - biasa saja tapi makin lama ianya jadi makin lawak pula sampai berjaya buat aku ketawa gila - gila. Especially untuk episod 15, sebab episod tu memang lawak gila, siap boleh gelak sampai keluar air mata gitu hahaha.
Aku memang suka barisan pelakon drama Korea Welcome To Waikiki ini, semuanya best belaka. Misalnya aku memang suka tengok lakonan Kim Jung Hyun yang memegang watak Kang Dong Goo itu. Ikutkan aku dah suka lakonannya sejak dari drama Rebel lagi, tapi tak lama kemudian rasa kasihan pula pada dia sebab berdepan dengan kontroversi masa press conference drama terbarunya iaitu Time. Terbaru dengar cerita dia terpaksa menarik diri dari drama Korea Time tu disebabkan masalah kesihatannya, hal ini disebabkan dia terlalu mendalami dan menjiwai wataknya dalam drama tersebut sehingga akhirnya memudaratkan diri. Selain itu aku agak terkejut juga dengan transformasi Song Seung Won yang sebelum ini terkenal dengan wataknya yang sweet, baik dan gentleman dalam drama Age Of Youth dan kini berubah menjadi nerd dan innocent dalam drama Eulachacha Waikiki ini. Selain itu baby Sol Yi yang merupakan anak pada Han Yoo Ah lakonan Jung In Sun itu sangat comel okey, suka tengok gelagat dia dan reaksinya yang cute tu. Rasanya banyak scene - scene kelakar datang dari watak Lee Joon Ki lakonan Lee Yi Kyung. Antara scene favorite aku adalah ketika Lee Joon Ki sedaya upaya cuba untuk merahsiakan percintaannya dengan Kang Seo Jin dari pengetahuan kawan baiknya yang merangkap abang pada Kang Seo Jin iaitu Kang Dong Goo.
Macam - macam dia kena lakukan sebab takut kantoi dengan Kang Dong Goo hahaha, manakala Kang Dong Goo pula memang sentiasa alert dan memerhatikan gerak - gerinya dengan adiknya itu. Selain itu Lee Joon Ki ini juga suka bergurau dan kelakar, dia tak boleh nak serius, kalau dia tak buat kelakar atau mengusik seseorang, dia akan jadi stress dan kemurungan hahaha. Selain itu drama ini ada ramai guest artist / cameo yang membuat special appearance dalam drama ini, antaranya adalah Park Sung Woong, Han Ji Sang, Lee Deok Hwa, Jo Woo Ri, Kim Jin Woo, Shin Hyun Soo dan ramai lagi. Di episod 16 drama Welcome to Waikiki ini, Shin Hyun Soo jadi cameo dan berlakon sekali dengan Song Seung Won, so bila nampak diorang berdua ni, terus buat aku teringat dengan Drama Age Of Youth, sebab mereka berdua turut berlakon dalam drama tersebut, kiranya macam reunion kembali bila diorang muncul sekali dalam drama ini. Lagu tema / OST Eulachacha Waikiki ini juga menarik dan sedap - sedap belaka, terutamanya lagu Waikiki Wonderland itu, rancak dan sesuai betul dengan drama ini. Selain itu scene ketika Han Yoo Ah yang suka main permainan sembunyi - sembunyi tu ketika mabuk juga kelakar sebab dia tak dapat dikawal dan menyebabkan Kang Dong Goo terpaksa mengikatnya hahaha.
Dari episod awal lagi, aku memang tertanya - tanya siapa ayah baby Sol tu, sebab Han Yoo Ah tak nak bercerita tentang bapa pada anaknya itu. Di episod akhir iaitu episod 20 barulah terjawab segala persoalan tentang hal tersebut. Ending Drama Korea Welcome To Waikiki ini memang happy ending, bila mereka semua cuba mengejar cita - cita masing - masing. Tapi macam kesian pula pada Lee Joon Ki sebab dari popular dah jadi kurang popular pula hahaha. Apa pun drama ini memang menghiburkan dan happening gitu dan aku bagi 8.9/10 untuk drama ini. Dengar cerita juga yang drama ini bakal disambung ke musim kedua, hope ada musim kedua nanti kan.
Klu komedi, mmg wajib tengok..
BalasPadammenarik :)
BalasPadamorg ckap cite ni lawak. ray masih belum sempat nak tgk
BalasPadamLambat beno admin review citer ni?tp xpe ape pun thanks for ur hard work.ak dah tgok citer ni..boleh la layan.recently ak bru hbis tgok drama r u human too dan jugak cross..best la 2 drama tu ak ske..cross ak suke sbb dia ade elemen2 medical jenayah pnyiasatan tu yg best..klau tumpu 100 peratus pd medical je mesti bosan..tp drama cross ni lain..dia campurkan genre thriller suspen gitu..ak dah tgok smpai ep 13..lg 3 epsod nk hbs...lpas ni nk lyan grand prince..asalnye ak mlas nk lyan grand prince tu sbb hero mcm lee jun ki..ak mnyampah kat leejunki tu smenjak lakonan citer moon lover scarlet heart ryeo yg bdoh tu..xske ak citer tu..hahaha..ape pun saeguk drama tahun 2018 ni hambar..pling hbis pun elok sikit grand prince la kot..
BalasPadamAk baru habis tgok citer the good witch làkonan lee dae hee..memang best la citer dia.ak bg rating 8 markah sbb lagu ost dia xsdap.hahaha.tp jlan citer best..hero dia ak xingat name tp mmg slalu mncul dlm drama..yg ak ingat dia blakon watak antagonis dlm drama lame dulu2 the succesful story of little bride girl...haha nostalgia btol drama tu...korang smue cube la tgok drama the good witch tu..best..episod 1 hingga 10 mcm bsan sikit..tp naik episod 11 hingga 20 booom naik best
BalasPadamWaikiki musim 2 akan mnyusul xlame lg.. Akan ade plakon baru.. Xtau la best ke x
BalasPadam