Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 4 Hingga Episod 9
Nampaknya Drama Bahagia
Bukan Bidaan ini semakin diminati ramai, maklumlah semua pelakonnya juga best – best kan dan berpengalaman gitu. Barisan pelakon drama Bahagia
Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Nampaknya dalam episod 4 hingga episod 9 ini, emosi Hana makin
stabil, ini ditambah dengan kehadiran Nik dalam kehidupannya. Bukan main cepat
Nik masuk meminang Hana ini hehehe tapi Nik juga ada simpan satu rahsia dari
Hana, kesian dengan Hana nanti, apa pun dalam entry ini aku nak share sinopsis
drama Bahagia Bukan Bidaan untuk episod 4 hingga episod 9, jadi selamat
membaca ye…
Azlan (Zamarul Hisham)mula berasa susah dan kelam kabut dalam menguruskan perniagaannya sejak Hana (Nora Danish) tak ada, pelbagai masalah timbul kerana tidak ada pekerja lain yang sebagus Hana. Selain itu Hana juga bersetuju menyerahkan semua hartanya pada Azlan dengan harapan dapat berjumpa dengan anak - anaknya semula. Azlan tidak menyangka Hana sanggup berbuat demikian tapi masih enggan membenarkan Hana berjumpa dengan anak - anaknya. Kawan baik Hana iaitu Murni (Wan Sharmila) berasa geram dengan sikap Hana yang terlampau baik dan masih mengikut cakap Azlan. Atas desakan Murni, akhirnya Hana pergi ke rumah bekas ibu mertuanya untuk berjumpa dengan anak - anaknya. Mak Azlan melayan Hana dengan baik dan turut menasihatinya supaya tidak mengikut cakap Azlan dan turut membenar Hana berjumpa dengan anak - anaknya itu pada bila - bila masa pun. Walaupun Hana dah serahkan semua hartanya, Azlan masih tidak mengizinkan Hana berjumpa dengan anak - anak, selagi mereka tak rujuk semula. Hana kemudian memutuskan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan lebih mengenal ALLAH. Tak lama kemudian, Azlan pergi berjumpa dengan mak Aina untuk meminta izin bernikah dengan Aina (Ika Nabella), tapi mak Aina tidak merestui hubungan mereka. Mak Aina juga menegaskan tidak akan datang ke majlis pernikahan mereka itu nanti.
Tak lama kemudian, Hana pergi interview kerja jawatan pengurus restoran kepunyaan Nik Zachary (Adi Putra) dan partnernya. Namun Azlan tiba - tiba datang ke restoran tersebut dan membuatkan Nik sengaja menyamar sebagai bakal suami Hana dan menyebabkan Azlan berlalu pergi. Kemudian Hana pula memarahi Nik Zachary itu. Azlan turut menegur cara Aina mengendalikan restoran kerana tiada keuntungan malah makin rugi pula. Rupa - rupanya Aina ada skandal dengan lelaki lain iaitu Talha (Arja Lee) yang juga merupakan kawan pada Hana. Sebenarnya Aina mencintai Talha bukannya Azlan, dia mendekati Azlan sebab hartanya dan Talha juga turut memujuk Aina untuk meneruskan pernikahannya dengan Azlan. Selain itu Azlan nekad untuk memujuk Hana untuk rujuk semula dan bertindak berjumpa paksu untuk meminta maaf dan meminta pertolongan paksu untuk memujuk Hana kembali padanya. Walaubagaimanapun paksu menyuruh Azlan supaya memberi Hana masa untuk mencari kebahagiaanya sendiri. Hana sering keluar bersama bosnya Nik Zachary atas urusan kerja manakala Nik pula sentiasa mencari peluang untuk mengorat dan memikat Hana. Nik meminta Hana supaya mengenalinya lebih dalam manakala Hana pula tidak mempedulikan Nik. Selain itu Azlan dan Aina telah berjumpa dengan Nik dan partnernya atas urusan perniagaan.
Azlan cemburu melihat hubungan Hana dan Nik, namun masih meneruskan niatnya untuk bernikah dengan Aina, malah Azlan telah membawa Aina berjumpa dengan maknya serta anak - anaknya. Walaubagaimanapun kelihatan anak - anak Azlan tidak menyukai Aina, makin lama Azlan makin merindui Hana dan takut akan kehilangan Hana buat selamanya. Jadi Azlan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah paksu lagi untuk memujuk Hana, namun dirinya gagal kerana Hana tak nak rujuk semula dan akhirnya mereka berdua bergaduh besar di depan rumah paksu. Nik, Murni dan Talha turut berada disitu dan Murni makin geram dengan sikap Azlan dan menamparnya dan hal tersebut membuatkan Azlan bertambah marah. Paksu kemudiannya memarahi Azlan dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan akhirnya Azlan terpaksa pergi dari situ. Hana makin tak tahan dengan gangguan Azlan, manakala Nik pula membuat kejutan untuk meminang Hana. Hana akhirnya menerima pinangan Nik supaya Azlan berhenti dari menganggunya. Tapi Hana belum mencintai Nik lagi, namun kelihatan Nik sangat yakin yang Hana akan jatuh cinta padanya tak lama lagi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?...
Tak berpeluang nak tgk lagi..sbb malam jarang tgk tv skrg ni...:)
BalasPadamsalam ziarah & follow sini..
BalasPadamheheh kite pun follow cite ni..mmg sakit ati abis la dengan azlan & Aina (version Husna) tu. Tak sabar nak tengok ending dia...eehhe
terbaek :)
BalasPadam