Memaparkan catatan dengan label Drama Bahagia Bukan Bidaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Bahagia Bukan Bidaan. Papar semua catatan

5 Okt 2018

Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)




Drama Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Ending Drama Bahagia Bukan Bidaan, Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15), Sinopsis Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Sherry Ibrahim, Mak Wan, Arja Lee, Watak Dalam Drama Bahagia Bukan Bidaan, Hana, Nik, Talha, Azlan, Aina, Murni, Kartini, Poster, Episod 15 Drama Bahagia Bukan Bidaan, 2018,
Episod Akhir Drama Bahagia Bukan Bidaan (Episod 15)

Episod 15 drama Bahagia Bukan Bidaan ini adalah merupakan episod terakhir drama ini yang disiarkan pada 3 Oktober yang lalu di TV3. Barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Dato Adi Putra, Zamarul Hisyam, Ika Nabella, Arja Lee, Wan Sharmila dan ramai lagi. Dalam episod 13 dan 14 drama ini, macam - macam yang berlaku contohnya Nik (lakonan Adi Putra) yang baru kematian isteri pertamanya dan menjadi sedih, manakala Hana (lakonan Nora Danish) pula sudah mula mencintai Nik dan akhirnya mereka bernikah. Aina (lakonan Ika Nabella) pula berdepan masalah dalam menguruskan syarikat serta suaminya Azlan (lakonan Zamarul Hisyam) dan akhirnya Aina mati kena langgar lari, manakala Azlan pula kahwin satu lagi dengan wanita yang bernama Kartini lakonan Sherry Ibrahim tanpa pengetahuan Aina. Manakala Talha (Arja Lee) pula adalah bekas pesakit kemurungan dan sudah berhenti menjadi doktor dan merupakan mastermind yang merancang perpisahan Hana dan Azlan dengan melibatkan Aina.




Manakala episod akhir drama ini bermula dengan Hana yang berasa risau kerana yakin ada orang lain yang selalu ikut dirinya ke mana saja dia pergi. Manakala Nik pergi berjumpa dengan Talha dan Talha mengaku dan berterus - terang pada Nik mengenai dirinya, malah Talha juga berjanji pada Nik akan membantu Nik mencari siapa orang yang selalu follow Hana itu. Kemudian Nik memberitahu perkara sebenar mengenai Talha pada isterinya Hana dan kelihatan Hana sangat terkejut dengan berita itu. Hana kemudian berasa marah serta takut dengan Talha dan tak mahu berjumpa dengan Talha lagi. Berbeza dengan Murni (lakonan Wan Sharmila) yang merasakan Talha tidak berbahaya seperti yang dikatakan oleh Hana dan menyuruh Hana supaya memberi peluang kedua pada Talha untuk berubah dan move on dengan hidupnya. Hana akhirnya bersetuju berjumpa dengan Talha dan Talha kemudiannya memohon maaf pada Hana seikhlas hatinya dan akhirnya Hana memaafkannya dan mereka berbaik. Selepas selesai berjumpa dengan Talha, Hana kemudian didekati oleh seorang lelaki yang ingin menculiknya, rupa - rupanya lelaki tersebut adalah Azlan,

Talha yang menyaksikan kejadian itu sempat menolong Hana dan memukul Azlan lalu Azlan jatuh tangga lalu lumpuh. Nik cuba menasihati dan mengajak Hana untuk pergi melawat Azlan tapi Hana enggan ada kaitan dengan Azlan lagi. Selepas itu Nik selalu melawat Azlan di hospital dan berborak dengannya, malah Azlan juga sudah mula insaf dan sedar apa yang dilakukannya selama ini salah dan meminta maaf pada Nik. Talha juga turut berjumpa dengan Azlan dan menjelaskan segalanya serta memohon maaf pada Azlan namun Azlan mula marah dan menghalaunya keluar dari situ. Setelah dinasihati dan disedarkan oleh Nik, Hana akhirnya pergi melawat Azlan dan Azlan turut memohon maaf pada Hana atas kesalahannya selama ini. Apa pun ending drama Bahagia Bukan Bidaan ini memang happy endinglah kan, bila Nik dan Hana hidup bahagia gitu hehe. Drama Mawar Murni akan menggantikan drama Bahagia Bukan Bidaan ini.
Read More

26 Sep 2018

Episod 4 Hingga 9 Drama Bahagia Bukan Bidaan




Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan, Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 4 Hingga Episod 9, 2018, Kisah Orang Ketiga, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sherry Ibrahim, Watak, Hana, Azlan, Aina, Nik, Murni, Talha,
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 4 Hingga Episod 9

Nampaknya Drama Bahagia Bukan Bidaan ini semakin diminati ramai, maklumlah semua pelakonnya juga best best kan dan berpengalaman gitu. Barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini terdiri daripada Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Nampaknya dalam episod 4 hingga episod 9 ini, emosi Hana makin stabil, ini ditambah dengan kehadiran Nik dalam kehidupannya. Bukan main cepat Nik masuk meminang Hana ini hehehe tapi Nik juga ada simpan satu rahsia dari Hana, kesian dengan Hana nanti, apa pun dalam entry ini aku nak share sinopsis drama Bahagia Bukan Bidaan untuk episod 4 hingga episod 9, jadi selamat membaca ye



Azlan (Zamarul Hisham)mula berasa susah dan kelam kabut dalam menguruskan perniagaannya sejak Hana (Nora Danish) tak ada, pelbagai masalah timbul kerana tidak ada pekerja lain yang sebagus Hana. Selain itu Hana juga bersetuju menyerahkan semua hartanya pada Azlan dengan harapan dapat berjumpa dengan anak - anaknya semula. Azlan tidak menyangka Hana sanggup berbuat demikian tapi masih enggan membenarkan Hana berjumpa dengan anak - anaknya. Kawan baik Hana iaitu Murni (Wan Sharmila) berasa geram dengan sikap Hana yang terlampau baik dan masih mengikut cakap Azlan. Atas desakan Murni, akhirnya Hana pergi ke rumah bekas ibu mertuanya untuk berjumpa dengan anak - anaknya. Mak Azlan melayan Hana dengan baik dan turut menasihatinya supaya tidak mengikut cakap Azlan dan turut membenar Hana berjumpa dengan anak - anaknya itu pada bila - bila masa pun. Walaupun Hana dah serahkan semua hartanya, Azlan masih tidak mengizinkan Hana berjumpa dengan anak - anak, selagi mereka tak rujuk semula. Hana kemudian memutuskan untuk berubah ke arah yang lebih baik dan lebih mengenal ALLAH. Tak lama kemudian, Azlan pergi berjumpa dengan mak Aina untuk meminta izin bernikah dengan Aina (Ika Nabella), tapi mak Aina tidak merestui hubungan mereka. Mak Aina juga menegaskan tidak akan datang ke majlis pernikahan mereka itu nanti.




Tak lama kemudian, Hana pergi interview kerja jawatan pengurus restoran kepunyaan Nik Zachary (Adi Putra) dan partnernya. Namun Azlan tiba - tiba datang ke restoran tersebut dan membuatkan Nik sengaja menyamar sebagai bakal suami Hana dan menyebabkan Azlan berlalu pergi. Kemudian Hana pula memarahi Nik Zachary itu. Azlan turut menegur cara Aina mengendalikan restoran kerana tiada keuntungan malah makin rugi pula. Rupa - rupanya Aina ada skandal dengan lelaki lain iaitu Talha (Arja Lee) yang juga merupakan kawan pada Hana. Sebenarnya Aina mencintai Talha bukannya Azlan, dia mendekati Azlan sebab hartanya dan Talha juga turut memujuk Aina untuk meneruskan pernikahannya dengan Azlan. Selain itu Azlan nekad untuk memujuk Hana untuk rujuk semula dan bertindak berjumpa paksu untuk meminta maaf dan meminta pertolongan paksu untuk memujuk Hana kembali padanya. Walaubagaimanapun paksu menyuruh Azlan supaya memberi Hana masa untuk mencari kebahagiaanya sendiri. Hana sering keluar bersama bosnya Nik Zachary atas urusan kerja manakala Nik pula sentiasa mencari peluang untuk mengorat dan memikat Hana. Nik meminta Hana supaya mengenalinya lebih dalam manakala Hana pula tidak mempedulikan Nik. Selain itu Azlan dan Aina telah berjumpa dengan Nik dan partnernya atas urusan perniagaan.

Azlan cemburu melihat hubungan Hana dan Nik, namun masih meneruskan niatnya untuk bernikah dengan Aina, malah Azlan telah membawa Aina berjumpa dengan maknya serta anak - anaknya. Walaubagaimanapun kelihatan anak - anak Azlan tidak menyukai Aina, makin lama Azlan makin merindui Hana dan takut akan kehilangan Hana buat selamanya. Jadi Azlan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah paksu lagi untuk memujuk Hana, namun dirinya gagal kerana Hana tak nak rujuk semula dan akhirnya mereka berdua bergaduh besar di depan rumah paksu. Nik, Murni dan Talha turut berada disitu dan Murni makin geram dengan sikap Azlan dan menamparnya dan hal tersebut membuatkan Azlan bertambah marah. Paksu kemudiannya memarahi Azlan dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut dan akhirnya Azlan terpaksa pergi dari situ. Hana makin tak tahan dengan gangguan Azlan, manakala Nik pula membuat kejutan untuk meminang Hana. Hana akhirnya menerima pinangan Nik supaya Azlan berhenti dari menganggunya. Tapi Hana belum mencintai Nik lagi, namun kelihatan Nik sangat yakin yang Hana akan jatuh cinta padanya tak lama lagi. Apa yang bakal berlaku seterusnya?...
Read More

8 Sep 2018

Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga 3




Bahagia Bukan Bidaan, Drama Adaptasi Novel, Slot Samarinda, TV3, Drama Bahagia Bukan Bidaan, Novel Bahagia Bukan Bidaan, Sinopsis Bahagia Bukan Bidaan, Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga Episod 3, 2018, Kisah Orang Ketiga, Cast, Pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan, Nora Danish, Adi Putra, Zamarul Hisham, Ika Nabella, Wan Sharmila, Jonathan Putra, Arja Lee, Mak Wan, Jesse Lim, Hakeem Sufian, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Sherry Ibrahim, Watak, Hana, Azlan, Aina, Nik, Murni, Talha,
Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga Episod 3

Drama Bahagia Bukan Bidaan telah pun disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 3 September 2018 yang lalu, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam. Manakala barisan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan ini semua best - best, pelakon berpengalaman gitu, plus ada Nora Danish gitu, lama betul tak tengok Nora Danish berlakon dalam drama bersiri betul tak hehe, malah watak Ain Farhana / Hana itu memang sesuai betul dengan Nora Danish ini. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Bahagia Bukan Bidaan karya Hessa Widad. Apa pun dalam entry ini aku nak share sinopsis drama ini untuk episod 1 Hingga episod 3 di bawah ini, jadi selamat membaca ye.

Watak Pelakon Dalam Drama Bahagia Bukan Bidaan
Nora Danish sebagai Hana (Ain Farhana)
Adi Putra sebagai Nik Zachary
Zamarul Hisham sebagai Azlan

Ika Nabella sebagai Aina

Wan Sharmila sebagai Murni

Arja Lee sebagai Talha
Lisdawati sebagai Maksu
Fauzi Nawawi sebagai Paksu





Sinopsis Drama Bahagia Bukan Bidaan Episod 1 Hingga Episod 3

Mengisahkan Ain Farhana (Hana) yang telah berkahwin selama 16 tahun dengan Azlan dan mereka dikurniakan 2 anak, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Hana seorang wanita yang serba boleh, dia boleh menguruskan rumahtangganya dengan baik, walaupun sibuk bekerja di pejabat dan juga di Cafe. Hana boleh diibaratkan sebagai seorang isteri yang sempurna namun dia selalu makan hati dengan sikap suaminya Azlan yang kaki perempuan dan kerap curang. Sudah berkali - kali Azlan curang tapi Hana masih bersabar dan beri peluang pada Azlan untuk berubah. Namun kesabaran Hana sudah sampai ke kemuncaknya apabila Azlan ada affair dengan eksekutif di syarikat mereka iaitu Aina, ini kerana Hana telah menganggap Aina seperti adiknya sendiri dan sentiasa membantu Aina dan keluarganya sejak dulu lagi. Tidak dapat menerima kecurangan Azlan dan Aina itu, Hana telah mengamuk dan mendesak Azlan untuk menceraikannya di depan Aina. Azlan yang tiada niat nak menceraikan Hana tercabar dengan desakan Hana lalu menceraikannya tapi akhirnya dia menyesal dengan tindakannya itu.

Azlan cuba memujuk Hana untuk rujuk kembali namun Hana nekad nak bercerai membuatkan Azlan mengugut Hana untuk tidak membenarkan Hana berjumpa dengan anak - anak mereka. Hana kemudian tinggal di rumah paksu dan maksunya, manakala anak - anak Azlan dan Hana dijaga oleh mak Azlan. Mak Azlan juga turut marah dengan perangai anaknya yang tidak berubah dan mensia - siakan isteri sebaik Hana. Kawan baik Hana iaitu Murni sentiasa disisi Hana untuk memberi semangat serta menjaga Hana yang masih mengalami kemurungan. Hana sedih kerana sudah lama tidak dapat berjumpa dengan anak - anaknya itu. Dalam masa yang sama Nik Zachary yang juga sepupu pada suami Murni telah lama jatuh hati pada Hana. Dia juga mengetahui serba sedikit mengenai kisah hidup Hana daripada suami Murni, malah dia juga tahu yang Hana juga baru saja bercerai. Nik cuba mendekati Hana dan Murni yang ketika itu berada di kedai Mamak dan cuba berborak dengan mereka, namun Hana tidak begitu memperdulikannya. Malah Hana makin menyampah dengan Nik kerana tahu niat sebenar Nik yang ingin berkenalan dengannya.

Dalam masa yang sama Talha yang merupakan kawan lama pada Murni dan Hana cuba membantu Hana yang ketika itu berada dalam kemurungan. Lama kelamaan kelihatan Hana sudah berubah menjadi sedikit ceria berbanding dulu. Manakala mak Aina pula berasa kecewa dengan sikap Aina yang sanggup merampas suami Hana yang sudah banyak berjasa pada keluarga mereka. Malah mak Aina juga malu kerana orang disekeliling mereka selalu bergosip dan mengumpat Aina. Manakala Azlan pula mula berasa susah untuk menguruskan perniagaannya bila Hana sudah tidak membantunya lagi. Setelah apa yang terjadi, Azlan masih mahu bernikah dengan Aina dan menyuruh Aina untuk memujuk ibunya lagi. Aina pula berasa senang bila Azlan dan Hana sudah berpisah dan meneruskan rancangannya untuk berkahwin dengan Azlan.

Read More


My Random Post