30 Sep 2018

Telemovie Pengantin Lari Culik Artis (Astro Citra)




Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie,Telefilem, Telefilem Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Slot Citra Exclusive, Astro Citra, Poster, 2018, Sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Cast, Pelakon Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Nabila Razali, Syafiq Kyle, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana,
Sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis 

Telefilem Pengantin Lari Culik Artis akan disiarkan di slot Citra Exclusive pada 29 September 2018, jam 9 malam, di Astro Citra dan Mustika HD. Antara pelakon telemovie Pengantin Lari Culik Artis ini adalah Nabila Razali, Syafiq Kyle, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie ini adalah Aidilfitri Mohamed Yunos dan diterbitkan oleh TSAR Asia Sdn Bhd. Kalau tengok dari tajuk telemovie ini saja dah nampak kelakar dan best gitu, plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka. Jadi jom tengok sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis ini di bawah ye. Selamat membaca okey..




Telemovie Pengantin Lari Culik Artis (Astro Citra)

Mengisahkan Fammy yang merupakan peminat fanatik Jay Johan yang merupakan seorang artis popular. Fammy memang obses dengan Jay Johan sehingga membuatkan ayahnya berasa kurang senang dengan sikap Fammy itu. Akhirnya ayahnya membuat keputusan drastik untuk menikahkan Fammy dengan anak kawan baiknya. Namun Fammy tidak mahu berkahwin, kemudian ayahnya memberi pilihan pada Fammy, iaitu sekiranya Jay Johan tidak masuk meminangnya, maka Fammy harus menikah dengan anak kawan baiknya itu. Tercabar dengan cabaran yang diberikan ayahnya itu membuatkan Fammy nekad untuk berbuat sesuatu agar dapat berkahwin dengan artis pujaannya itu iaitu Jay Johan. Manakala Jay Johan pula tertekan dengan sikap pihak pengurusannya yang ingin mengatur hidupnya. 
Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie,Telefilem, Telefilem Pengantin Lari Culik Artis, Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Slot Citra Exclusive, Astro Citra, Poster, 2018, Sinopsis Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Cast, Pelakon Telemovie Pengantin Lari Culik Artis, Nabila Razali, Syafiq Kyle, Muzayyin, Norman Hakim, Bell Ngasri, Eyka Farhana,
Malah dia dipaksa untuk berpura - pura bercinta dengan seorang artis wanita yang dibencinya. Fammy kemudiannya memakai baju pengantin dan mencuri Campervan milik ayahnya itu dan pergi ke tempat Jay Johan berada. Manakala Jay Johan pula ingin melarikan diri dari peminat serta pengurusnya lalu secara tak sengaja menaiki campervan yang di bawa Fammy itu. Jay Johan menyangka Campervan itu telah disewa oleh pengurusnya untuk dirinya dan turut menyangka Fammy adalah driver Camper Van tersebut. Jay Johan kemudian menyuruh Fammy untuk memandu van tersebut, manakala Fammy yang masih terkejut melihat Jay Johan yang tiba - tiba muncul hanya mengikut arahan Jay Johan. Apa yang bakal berlaku seterusnya?.

Lagu Tema / OST Pengantin Lari Culik Artis
➔ The Lipstik - Teruna dan Dara

Tiada ulasan:

Catat Komen



My Random Post