28 Sep 2018

Cash Out Google Adsense For The First Time




Google Adsense, Cash Out, Earnings, Menjana Pendapatan Dengan Blog, 2018, Lulus Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The First Time,
Cash Out Google Adsense For The First Time

Blog Dari Hati Miss Mulan ini lulus Google Adsense pada 26 Oktober 2017 setelah beberapa kali gagal hehehe. Jenuh juga masa nak lulus dulu, contohnya kena reject sebab entry pendek - pendek belaka, kemudian kena reject sebab letak poster drama or movie, bila semua perubahan aku dah buat, barulah Google Adsense aku diluluskan. Setelah berbulan - bulan mengumpul duit, akhirnya pada 21 September 2018 duit Google Adsense dah masuk dalam akaun bank mak aku hehe.




Alhamdulilah dapatlah dalam RM400 lebih dan pada 25 September 2018 barulah aku betul - betul keluarkan duit google adsense itu dari bank dan aku gunakan duit itu untuk beli barang - barang keperluan harian. Memang rasa seronok gitu bila dapat duit dari hasil berbloging ini, walaupun kena kumpul berbulan - bulan tapi akhirnya merasa jugalah duit google adsense ini kan, maklumlah blog ni suam - suam kuku je, hasil pendapatan blogger lain lebih masyuk lagi dari aku. Apa pun semuanya rezeki, Alhamdulilah..

3 ulasan:

  1. oo patut sy punya pun tak lulus2 je. rupanya byk benda dia tak nak eh. sy punya entry pun sllu pendek2 je.. haha.. mcmner sbnrnya gugel adsense ni eh sis..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena banyakkan pembacaan pasal google adsense ni, sampai faham pastu barulah kita dapat ikut kehendaknya dan akhirnya lulus. Boleh search kat internet pasal google adsense ni, ramai blogger yang kongsi tips bagaimana nak lulus google adsense ni dan ikutlah semua tips2 tu :)

      Padam



My Random Post