Memaparkan catatan dengan label Memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Memori. Papar semua catatan

4 Dis 2020

Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3 Bukan Lagi Di RTM



Drama Gerak Khas The Finale, Poster Drama Gerak Khas The Finale, Pelakon - Pelakon Drama Gerak Khas The Finale, Info Drama Gerak Khas The Finale, Drama Gerak Khas RTM, Drama Gerak Khas The Finale Kini Di TV3,

Drama Gerak Khas bukan lagi asing di kalangan penonton drama Malaysia, antara drama yang paling lama bersiaran di Malaysia bermula April 1999 sehingga sekarang. Lebih menarik bila drama Gerak Khas diberikan pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009. Malah siri Gerak Khas ini juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005. Antara barisan pelakon asal yang pernah membintangi siri Gerak Khas ini adalah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, AC Mizal dan Abby Abadi. Kini ia turut dibintangi oleh Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi, Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Erra Fazira dan ramai lagi. 




Keluargaku juga antara penggemar drama Gerak Khas ini sejak zaman - zaman Ac Mizal ngan Abby Abadi dulu hehehe. Teringin gak nak tengok Dato Ac Mizal muncul sekejap jadi cameo ke dalam drama Gerak Khas The Finale ni, tapi rasa macam tak ada je. 
Kini setelah lebih 21 tahun bersiaran di RTM, Gerak Khas The Finale akan mula ditayangkan di TV3 pula mulai 4 Disember 2020, iaitu setiap Jumaat dan Sabtu jam 10.30 malam. 
Drama yang memaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya itu sehingga kini masih menjadi ikutan para pencinta drama tempatan. Jom tengok Official Trailer Drama Gerak Khas The Finale di bawah ini okey..
Read More

28 Sep 2018

Cash Out Google Adsense For The First Time




Google Adsense, Cash Out, Earnings, Menjana Pendapatan Dengan Blog, 2018, Lulus Google Adsense, Cash Out Google Adsense For The First Time,
Cash Out Google Adsense For The First Time

Blog Dari Hati Miss Mulan ini lulus Google Adsense pada 26 Oktober 2017 setelah beberapa kali gagal hehehe. Jenuh juga masa nak lulus dulu, contohnya kena reject sebab entry pendek - pendek belaka, kemudian kena reject sebab letak poster drama or movie, bila semua perubahan aku dah buat, barulah Google Adsense aku diluluskan. Setelah berbulan - bulan mengumpul duit, akhirnya pada 21 September 2018 duit Google Adsense dah masuk dalam akaun bank mak aku hehe.




Alhamdulilah dapatlah dalam RM400 lebih dan pada 25 September 2018 barulah aku betul - betul keluarkan duit google adsense itu dari bank dan aku gunakan duit itu untuk beli barang - barang keperluan harian. Memang rasa seronok gitu bila dapat duit dari hasil berbloging ini, walaupun kena kumpul berbulan - bulan tapi akhirnya merasa jugalah duit google adsense ini kan, maklumlah blog ni suam - suam kuku je, hasil pendapatan blogger lain lebih masyuk lagi dari aku. Apa pun semuanya rezeki, Alhamdulilah..
Read More

21 Dis 2017

Ayam Goreng McD Spicy

Ayam Goreng McD Spicy, McDonald's, Burger Spicy Chicken McDeluxe, Fast Food, My Favorite Food, McDelivery, Makanan, 2017,
Ayam Goreng McD Spicy

Teringat masa zaman aku sekolah menengah dulu, especially masa tingkatan enam dulu, dari sekolah untuk pulang ke rumah, kena naik bas awam. Kalau bas awam tu masuk ke dalam kawasan rumah aku, senanglah sikit, tak payah nak jalan jauh. Tapi selalunya aku dan kawan aku akan naik bas awam yang lain, sebab lebih cepat sampai, cuma kena jalan jauh sikitlah. Selalunya masa jalan kaki, lepas turun dari bas itu, kami akan singgah ke pusat beli belah yang berdekatan di rumah aku sebagai jalan pintas, sambil dapat merasa penghawa dingin dan sejukkan badan sikit. Dulu di tepi pusat beli - belah tersebut akan ada restoran McDonald's  jadi senanglah kalau teringin nak makan McD boleh jalan kaki untuk ke McDonald's itu. Tak lama kemudian Restoran McDonald's itu tutup terus, diikuti dengan pusat membeli - belah itu juga. Pusat Beli - Belah itu telah bertukar lokasi yang lebih strategik dan lebih jauh dari rumah aku. Jadi nak beli barang sekarang lebih susah sebab semua tempat jauh - jauh. Kalau ada motor senanglah sikit, tapi kalau jalan kaki, memang sakit kakilah jawabnya.



Restoran McDonald's pun lagilah jauh dekat Tesco sana tu, jadi payahlah nak ke Restoran McDonald's itu seperti dulu - dulu. Tapi nasiblah sekarang ini dah ada McDelivery, jadi kalau kadang - kadang teringin nak makan apa - apa menu dekat McDonald'd itu, cuma perlu order online saja. Dalam banyak - banyak menu dekat McD itu, aku paling suka Ayam Goreng McD yang rasa spicy itu, sedap betul, selalunya kalau order, aku akan order 4 ayam. Kalau ada duit lebih, order 5 teruslah hahaha. Tapi biasalah kalau order online ini harganya lebih mahal sikit, berbanding kalau korang makan di restoran McD itu, sebab campur sekali dengan GST dan kos penghantaran. Selalunya kalau aku teringin, barulah order, kadang - kadang aku order 2 ayam goreng McD beserta dengan 1 Burger saja, ada banyak pilihan burger, tapi selalunya aku pilih Burger Spicy Chicken McDeluxe saja. 
Ayam Goreng McD Spicy, McDonald's, Burger Spicy Chicken McDeluxe, Fast Food, My Favorite Food, McDelivery, Makanan, 2017,
Pernah sekali tu, aku teringin nak makan Ayam Goreng McD Spicy yang panas - panas itu, tapi waktu itu hujan renyai - renyai. Jadi kalau korang nak order juga, korang kena tunggu lama sikitlah, tak silap aku, aku order dalam pukul 7.45 malam dan aku kena buat pesanan awal dan dua jam lepas itu baru ianya akan dihantar. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 11.45 baru diorang nak hantar pesanan aku itu hahaha. Kemudian orang yang nak hantar pesanan aku itu telefon aku dalam 2 kali juga sebab tak jumpa rumah hahaha. Tapi nasib akhirnya jumpa dan nasib ayam itu panas - panas lagi. Dalam pukul 12.10 am baru dapat makan Ayam Goreng tersebut. Jadi kesimpulannya, kalau korang order waktu sedang hujan kenalah sabar menunggu ye hehehe. Apa pun i love Ayam Goreng McD Spicy, hope nanti - nanti McDonalds boleh bagi diskaun ke, apa ke untuk sesiapa yang rajin order guna McDelivery itu.

Read More

30 Okt 2017

Sinopsis 12/24 Karol Bagh Hindi Drama

Sinopsis Drama Hindi - 12/24 Karol Bagh, Drama Hindustan, Hindi Drama, 2009 - 2010, Pelakon Drama Hindi 12/24 Karol Bagh, Smriti Kalra, Neil Bhatt, Hunar Hali, Wasim Mushtaq, Akshay Dogra, Sargun Mehta, Ending Drama 12/24 Karol Bagh, Suspen, Best,
Sinopsis 12/24 Karol Bagh Hindi Drama

Hari ini aku terfikir untuk bercerita dan berkongsi tentang satu drama hindi yang aku suka yang bertajuk 12/24 Karol Bagh, yang pernah disiarkan di Channel Zee TV sekitar tahun 2009 hingga tahun 2010. Memang dah lama drama ini, tapi sampai sekarang aku masih ingat jalan cerita drama 12/24 Karol Bagh ini. Selain itu drama ini juga antara drama hindi yang berjaya aku tonton hingga tamat episodnya ketika disiarkan di TV. Ini ditambah lagi terdapat plot twist dalam drama ini serta ianya bergenre kekeluargaan, cinta dan dendam. 12/24 Karol Bagh ini bermaksud alamat rumah keluarga Sethi dan jalan cerita drama ini turut berkisarkan tentang keluarga Sethi. Pelakon - pelakon Drama 12/24 Karol Bagh ini terdiri daripada Smriti Kalra, Neil Bhatt, Hunar Hali, Wasim Mushtaq, Akshay Dogra, Sargun Mehta dan ramai lagi. Ending drama 12/24 Karol Bagh ini agak tergantung, dan aku teringin nak tahu apa yang jadi seterusnya pada watak Mili Sethi yang perangai berubah 100 peratus dari baik kepada jahat. Drama ini mempunyai 253 episod dan setiap episod hanya berdurasi 30 minit saja, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Drama Hindi - 12/24 Karol Bagh

Rajinder Sethi dan isterinya Manju mempunyai 4 orang anak, yang sulung sekali bernama Simran / Simi yang bekerja sebagai seorang guru dan masih belum berkahwin. Anak kedua mereka bernama Anuj yang bekerja di Bank, Anuj sudah mempunyai girlfriend tetapi menunggu kakaknya untuk berkahwin dulu sebelum dirinya. Manakala anak ketiga dan keempat mereka adalah perempuan yang bernama Neetu dan bongsu sekali bernama Mili. Neetu pula seorang yang happy go lucky dan matlamat hidupnya adalah ingin berkahwin dengan orang kaya berbeza dengan Mili yang lebih berani, bijak dan realistik dalam hidupnya. Mili juga sangat rapat dengan kakak - kakaknya dan sentiasa menjadi pendengar setia serta sering menyelesaikan semua masalah kakak - kakaknya itu. Konflik dalam keluarga Sethi bermula apabila anak sulung mereka iaitu Simi sukar untuk mendapat jodoh. Hal ini dirumitkan lagi apabila Girlfriend Anuj mendesak Anuj untuk mereka berkahwin cepat dan akhirnya Anuj berkahwin terlebih dahulu daripada Simi. Ketika tarikh perkahwinan Simi telah ditetapkan, Simi pula jatuh cinta pada studentnya yang bernama Abhinav Tarneja. Awalnya Simi telah menolak cinta Abhinav namun Abhinav tidak mudah putus asa untuk mendapatkan cinta Simi. Lebih rumit kakak Abhinav adalah adik ipar kepada Simi, dan percintaan Simi dan Abhinav ditentang oleh kedua - dua buah keluarga.

Usia Abhinav sebaya dengan adik bongsu Simi iaitu Mili, disebabkan itu mereka juga rapat seperti kawan dan Mili juga gembira kalau Simi dapat berkahwin dengan Abhinav. Akhirnya Simi mengikut kata hatinya dan memutuskan tidak mahu berkahwin dengan orang lain. Setelah melalui pelbagai kesukaran, Abhinav dan Simi berkahwin juga akhirnya, walaupun bapa Simi tidak setuju dengan keputusan Simi. Neetu pula mendapati dirinya mengandung anak luar nikah dan cuba menyembunyikan hal ini dari keluarganya. Namun setelah rahsianya terbongkar, Family Neetu cepat - cepat mengahwinkan Neetu dengan seorang anak orang kaya yang OKU (Orang Kurang Upaya) yang bernama Nakul. Neetu terpaksa berkahwin dengan Nakul, tetapi Nakul kelihatan gembira dan suka pada Neetu. Ketika Mili bergaduh dengan bakal suami tak jadi Simi, Mili telah diculik dan Abhinav berjaya menyelamatkannya dari situasi bahaya itu. Disebabkan hal ini, tanpa Mili sedari dia telah jatuh cinta pada Abhinav yang kini merupakan abang iparnya. Lama kelamaan Mili semakin menyintai Abhinav dan tidak dapat menyembunyikan perasaannya itu serta sentiasa mencari peluang untuk bercakap serta berdua - duaan dengan Abhinav. Perangai Mili yang sentiasa tersenyum dan asyik memandang Abhinav disedari oleh kakaknya Simi lalu menegur Mili.

Mili mula tidak puas hati apabila dia tidak dapat mendekati Abhinav kerana hal ini telah disedari Simi. Bagi Abhinav pula, Simi hanya salah faham, dia dan Mili adalah sekadar kawan baik saja. Malah Abhinav sendiri langsung tidak menyedari tentang cinta mili pada dirinya. Simi menjadi semakin cemburu dan pelik dengan perangai Mili namun Mili berjaya mendapat kepercayaan kakaknya dan Simi tidak lagi cemburu mahu pun syak pada Mili. Akhirnya Mili mula menjadi lebih berani dan meluahkan rasa cintanya pada abang iparnya itu. Abhinav sangat terkejut dengan pengakuan Mili dan mula menjauhkan dirinya pada Mili. Namun Mili tetap berterusan menggodanya dan mengganggunya dengan pelbagai cara, lalu Abhinav bertindak memberitahu tentang hal sebenar pada isterinya Simi. Namun Simi langsung tidak mempercayai kata - kata suaminya kerana Simi yakin Mili tak akan berbuat begitu. Mili akhirnya merancang sesuatu untuk memisahkan Simi dan Abhinav / Abhi serta membuatkan mereka bergaduh besar. Dalam masa yang sama Abhi dan Simi turut menggesa Mili supaya berkahwin, disebabkan terpaksa dan ingin menutup rahsianya Mili terpaksa berkahwin. Namun selepas berkahwin pun, Mili tetap mengejar dan menggangu Abhi. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Abhi dan Simi akan terus bahagia?..

Apa pun sorry kalau sinopsis diatas ini tidak begitu tepat, sebab aku pun ingat - ingat lupa juga hehehe. Aku suka dengan karakter Mili yang boleh berubah sedemikian rupa dari adik yang baik kepada jahat. 
Read More

27 Okt 2017

Name Card Masa Dulu Dan Sekarang

Name Card, Kad Nama, Business Card, Name Card Masa Dulu VS Sekarang, Name Card Blogger, Blogger, Kenangan Zaman Sekorang, Kenangan, Memori, Kawan, Sahabat,
Name Card Masa Dulu VS Name Card Masa Sekarang

As a blogger memang perlu ada name card sendiri, tambah - tambah kalau blogger tu jenis yang rajin pergi event, jumpa orang sana sini, jadi perlulah ada name card sendiri. Aku sendiri belum ada name card lagi dan bercadang akan buat nanti. Nak buat name card atau kad nama ini mudah saja, korang boleh tempah saja name card ini dari mereka yang menyediakan perkhidmatan design dan printing, Malah ada blogger yang mengambil tempahan untuk name card ini, nak lebih mudah, korang boleh buat sendiri saja name card itu. Kalau korang bertuah, korang boleh dapatkan name card ini secara percuma, kalau korang join dan menang mana - mana giveaway yang dianjurkan oleh para blogger lain, yang mana hadiahnya adalah name card. Aku sendiri pernah menang name card free dulu tapi lepas whatsapp pihak sponsor tu dan bagi segala detail serta pilih design name card yang kita nak, sampai ke sudah tak dapat name card tersebut. Paling kelakar blogger lain yang menang sekali tu dah dapat name card tersebut, tapi aku sampai ke sudah tak dapat. Sakit hati juga, tapi akhirnya aku fikir positif sajalah, tak ada rezeki aku. Aku juga cuba bersangka baik, mungkin pihak sponsor itu terpadam mesej aku secara tidak sengaja, jadi mereka tak dapat nak menghubungi aku semula.

Name Card selalunya ada banyak design, tapi kebiasaan designnya selalunya kemas dan ringkas. Bila dah bercerita pasal name card ini, teringat pula masa zaman aku sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, yang mana name card ini juga memang popular di kalangan pelajar ketika itu. Paling best, korang boleh pilih banyak design yang cantik - cantik, ada corak pemandangan, corak bangunan, mahu pun muka atau gambar artis popular. Siap ada katalog lagi, bila dah tunjukkan katalog name card itu dekat kawan - kawan tu, korang ambil order pula dan juga duit kemudian isi borang yang disediakan dan pos borang tersebut serta duit pada syarikat yang buat name card tu. Selalunya para pelajar akan selitkan sekali wang tunai dengan borang dalam sampul surat yang sama, sekaligus mengambil risiko yang wang tersebut boleh hilang. Aku sendiri pun pernah buat macam itu beberapa kali, kalau nasib baik, name card yang ditempah itu akan kita dapat, tapi kalau nasib tak baik memang sampai ke sudah tak dapat apa. Masa zaman sekolah dulu, pelajar sekolah lagi, jadi malas nak guna bank untuk pergi transfer duit mahu pun tukar wang tunai dalam bentuk cek / kiriman wang dan sebagainya.  

Jadi bila name card yang aku order itu tak dapat - dapat sampai ke sudah, maka aku kena bertanggungjawab untuk membayar semula duit - duit kawan aku yang telah tempah dengan aku. Ada kawan - kawan aku yang memahami tu akan halalkan, i love you my friend hehe, tapi seboleh mungkin aku akan membayar semua duit - duit kawan aku itu. Walaupun aku tak menggunakan duit kawan - kawan aku tu untuk kegunaan sendiri, tapi duit mereka harus di ganti. Apa pun itu kalau kes tak dapat name card yang di order. Tapi kalau kad nama yang kita order tu sampai pada kita, memang seronoklah sangat sebab kad nama tu mesti cantik, sampai rasa sayang pula nak bagi pada kawan - kawan lain atau bertukar - tukar kad nama dengan kawan - kawan yang lain. Tak silap aku, semua kad nama aku itu aku letakkan dalam name card holder untuk buat koleksi siap dekat name card itu ada gambar pelakon - pelakon Bollywood lagi. Tapi sekarang ini, entah ke mana name card tu semua pergi, kalau kemas - kemas rumah dan jumpa balik semula name card tu, pasti aku akan terkenang memori dan kenangan pasal kad nama ini. Apa pun itu kisah aku tentang name card masa zaman aku sekolah dan juga ketika aku menjadi blogger ini.

Gambar diatas credit to Pixabay..
Read More

22 Mei 2017

Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

 Bila Pensyarah Ingat Nama Aku
Bila Pensyarah Ingat Nama Aku

Bila Pensyarah ingat nama aku memang kadangkala seronok juga tapi kadangkala tak berapa best pun ya juga. Walaubagaimanapun tidaklah sampai sengsara pun kalau pensyarah ingat nama kita itu. Malah kadang - kadang rasa seronok pula, bila pensyarah hafal dan ingat nama kita berbanding student lain, popular pun ya juga hehehe. Ini ditambah lagi apabila aku mempunyai nama yang unik dan mungkin sedikit pelik, maka makin senanglah pensyarah aku itu ingat nama aku. Walaubagaimanapun ada juga pensyarah yang tak ingat nama student dia pun, mungkin sebab kelas dia ada ramai student, maka susahlah dia nak ingat nama semua pelajarnya kan. Antara kelebihan yang aku dapat bila pensyarah tidak ingat nama aku adalah aku boleh ponteng kelas bila - bila masa yang aku nak sebab pensyarah tidak akan tahu, tapi anda yang lain jangan pula ikut perangai aku ini okey hehe. Selain itu aku juga tidak perlu risau akan ditanya apa - apa soalan dalam di dalam kelas kerana pensyarah tidak ingat nama aku. Tapi kalau pensyarah itu ingat nama aku memang aku kena rajin datang kuliah / kelaslah kan, sebab dia pasti tahu kalau aku tak datang. Selain itu, aku juga akan jadi sedikit terkenal dan popular di kalangan student lain kerana mereka juga akan ingat dan kenal aku, kerana pensyarah selalu sebut dan mention nama aku dalam kelas.

Kebiasaannya jika pensyarah hanya mengendalikan kuliah saja, pensyarah tersebut mungkin kurang mengingati nama - nama pelajar mereka, kerana bilangan pelajar yang mengikuti kuliah mereka sememangnya agak ramai. Tapi ianya sedikit berbeza jika pensyarah tersebut turut mengendalikan kelas tutorial juga, kerana kelas tutorial biasanya mempunyai bilangan pelajar yang lebih sedikit dan pensyarah akan lebih mudah mengingati nama - nama student mereka dengan mengendalikan kelas tutorial juga. Aku ingat lagi pada salah seorang pengajar yang mengendalikan kelas tutorial untuk subjek minor aku, dia ini buta tapi mempunyai daya pendengaran yang tajam, dia boleh mengecam kau siapa dengan hanya mendengar suara saja, selain itu dia juga sangat peramah. Seterusnya adalah pensyarah yang aku suka kelasnya, tapi disebabkan dia ingat nama aku berbanding student lain membuatkan aku terlebih fokus dalam kelasnya hehehee. Pensyarah itu suka betul mention nama aku dalam kelasnya, kadang - kadang dia sebut nama aku sebab nak tanya jam pukul berapa, atau pun jika dia tanya soalan pada student lain dan suara student itu agak perlahan dan dia tidak dengar. Maka dia akan tanya pada aku pula, apa yang student itu cakap hehe. Lepas itu, kalau dia tak nampak aku dalam kelas mesti dia akan tanya pada student lain kenapa aku tak datang.

Paling yang aku ingat masa last day kelas dia itu, dimana ketika itu kami semua perlu ada group masing - masing dan seterusnya buat presentation di depan kelas menggunakan laptop, projektor dan sebagainya. Group aku dah selesai lama dah, so aku dan kawan aku putuskan untuk duduk di bahagian atas sekali dalam dewan kuliah itu. Ketika group lain tengah buat presentation itu, kawan aku ada berborak sedikit dengan kawan lain yang duduk di bahagian depannya. Ketika ini mungkin pensyarah itu nampak tapi tak tahu nama kawan aku itu untuk menegurnya, maka dia gunakan nama akulah kan, dia sebut nama aku and the geng, please pay attention atau pun please keep quiet. Terkejut aku masa ini bila nama aku disebut - sebut pula, dan semua student disitu pusing ke belakang untuk melihat aku hahaha, malu pula sebab aku tak bersembang dengan kawan aku pun, tapi aku pula yang terkena hehe. Kawan - kawan aku masa ini terus senyap dan bergurau konon - kononya berpura - pura tak kenal aku. Kelakar pula bila teringat kenangan ini. Seterusnya aku ingat lagi yang aku dan kawan aku akan mengelakkan diri dari terserempak dengan seorang lagi pensyarah aku ini, sebab kalau terserempak, pastilah dia akan tanya tentang result peperiksaan kami untuk subjek dia itu. Subjek yang dia ajar sangat susah okey, bahan rujukan tak banyak, kalau ada pun semuanya dalam bahasa Inggeris. Jadi kebanyakkan student memang bergantung dengan buku tulisan pensyarah ini saja. Jadi result peperiksaan pun tidaklah cemerlang, setakat dapat B+ saja. Kalau dapat A, seronoklah sikit nak beritahu pada pensyarah kan.

Bila tulis entry ini, rasa rindu pula dengan semua pensyarah - pensyarah aku itu, setiap pensyarah ada keunikkan dan gelagat mereka yang tersendiri.
Read More

7 Mei 2017

Memori Dan Kenakalan Ketika Di Tingkatan 6

Memori Dan Kenakalan Ketika Di Tingkatan 6, Kenangan Di Form 6, Sahabat, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Gambar diedit menggunakan Photoscape,
Memori Dan Kenakalan Ketika Di Tingkatan 6

Kadangkala teringat pula apa yang jadi ketika aku berada di tingkatan enam dulu hehehehe. Sekarang ini tingkatan 6 dah tak sama macam dulu, sekarang ini tingkatan 6 dah macam ala - ala Universiti. Berbanding tingkatan enam dulu masih ala - ala budak sekolah lagi, siap harus pergi ke perhimpunan sekolah, beratur, pakaian pun mesti pakai pakaian sekolah cuma bezanya form 6 dengan tingkatan 1 hingga 5 adalah pelajar tingkatan 6 tak perlu pakai lencana sekolah yang berjahit itu. Tapi cuma perlu pakai lencana yang perlu pinkkan di tudung saja. Manakala bagi pelajar lelaki tingkatan 6 dulu harus pakai seluar panjang berwarna putih. Jadi itu sajalah yang membezakan pelajar tingkatan 6 dengan tingkatan lain di sekolah. Bila dekat sekolah memang pelajar tingkatan 6 adalah pelajar paling senior, selain itu semua peraturan sekolah harus diikut walaupun kau pelajar senior, contohnya tak boleh bawa handphone ke sekolah dan sebagainya. Walaubagaimanapun subjek di tingkatan 6 tidak banyak seperti pelajar - pelajar yang perlu ambil SPM, tapi walaupun subjeknya sikit tapi boleh tahan susah jugalah, nasiblah juga keputusan STPM aku agak cemerlang juga. Ketika di Form 6 dulu, ada 3 kelas saja untuk form 6 ini dan kelas aku yang paling besar dan paling ramai pelajar. Walaubagaimanapun apabila tiba subjek Bahasa Melayu, aku dan kawan - kawan lain kena tukar kelas pergi kelas sebelah untuk belajar, kerana kelas aku yang lebih besar itu digunakan untuk pelajar - pelajar yang ambil subjek ekonomi yang majoritinya lebih ramai dari yang ambil subjek Bahasa Melayu.

Kadang - kadang rasa rimas juga nak kena tukar kelas, setiap kali tiba waktu untuk subjek bahasa Melayu. Selain itu kebiasaannya pelajar perempuan lebih ramai dari pelajar lelaki ketika di tingkatan 6. Di kelas aku adalah dalam 5 hingga 6 pelajar lelaki, kalau secara keseluruhannya mungkin dalam 20 orang pelajar lelaki atau pun kurang dari jumlah itu. Ketika aku masuk Universiti pun, keadaannya masih sama, student lelaki tidak begitu ramai terutamanya di fakulti aku, tapi kalau dekat fakulti lain ramailah kan. Berbalik pada tingkatan 6 ini, aku teringat ketika pergi ke sekolah untuk ambil keputusan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Memang risau, takut dan cuak habis sebab tak dapat nak jangka macam manalah keputusan STPM aku nanti. Memang terfikir dan terbayang macam - macam sampai tak sanggup pula nak tahu keputusan STPM itu. Walaubagaimanapun ketika itu, kita boleh check keputusan STPM melalui SMS saja. Cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan hantar SMS tersebut dan kemudian kita akan menerima result STPM kita itu. Jadi aku pun try check result aku guna SMS terlebih dahulu dan ternyata keputusan STPM aku agak cemerlang dan mestilah happy kan. Kemudian baru aku dengan tenangnya pergi ambil slip result STPM aku dari cikgu pula hehe.

Kebiasaannya bila kita dah tahu result kita, mestilah kita tertanya - tanya juga tentang result kawan - kawan kita juga. Selalunya kalau kawan - kawan kita yang lain dapat result yang cemerlang dan okey memang mereka tidak kisah dan akan turut berkongsi keputusan mereka dengan aku juga. Sebenarnya aku dan kawan - kawan aku, boleh tahu semua result STPM kebanyakan pelajar tingkatan 6 tanpa perlu bertanyakan mereka sendiri hahaha. Terasa nakal dan jahat pula aku ketika itu kan sebab senang - senang saja check result orang lain tanpa meminta kebenaran mereka. Pada yang lain jangan tiru perangai aku ini ye. Sebenarnya pihak sekolah telah melekatkan senarai pelajar tingkatan 6 yang ambil MUET lengkap dengan nombor kad pengenalan semua pelajar di papan kenyataan. Maka aku dan kawan aku senyap - senyap pergi ke papan kenyataan itu dan menyalin nombor kad pengenalan kawan - kawan sekelas aku atau pun kawan - kawan di kelas lain untuk memudahkan kami untuk check result STPM mereka menerusi sms saja nanti hehehe. Jadi bila keputusan STPM dah keluar, aku dan kawan aku memang tahulah keputusan STPM kebanyakan pelajar lain. Tapi kami tidaklah check keputusan semua pelajar tingkatan 6 itu, cuma kawan - kawan tertentu saja dan juga result pelajar- pelajar lelaki.

Walaubagaimanapun cara aku dan kawan aku salin IC (Kad Pengenalan) kemudian check result kawan - kawan lain itu memang salah, tak patut check keputusan orang lain tanpa kebenaran kan, tapi itulah masa itu excited sangat nak tahu result kawan - kawan lain tanpa fikir baik atau buruk tindakan kami itu. Apa pun itu semua dah jadi kenangan ketika aku dan kawan - kawan aku berada di form 6. Sekarang ini kebanyakan kawan - kawan di form 6 dulu dah jadi isteri dan ibu dah sekarang ini. Anak pun dah dua tiga orang hehe. 
Read More

22 Dis 2016

Pengalaman Masuk Hospital

pengalaman, kenangan, memori, hospital, doktor, nurse, unit kecemasan, asthma, penat, lelah, ubat,
Pengalaman Masuk Hospital

Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni, aku sajalah nak tulis pengalaman aku masuk hosital dulu. Actually dari kecil lagi, memang aku dah ada asthma tapi tak adalah sampai masuk hospital cuma selalu ke hospital untuk check up pasal asthma ini dengan doktor. Aku pernah masuk hospital dua kali dan sebab masuk hospital sebab asthma jugalah, tapi selalunya kalau masuk hospital sebab asthma ni tak lama pun, dalam sehari dua jer dah boleh balik dan Alhamdulilah lepas tu akan sembuh dan kena rajin makan ubat ikut masa dan dose yang ditetapkan. First sekali masuk hospital tu adalah pada Disember 2012. Itu pun sebab aku di transfer dari klinik kesihatan ke hospital sebab asthma agak teruk. Sampai ke hospital maybe dalam 7 malam, memang lama betul tunggu, ingatkan bila dah habis rawatan kat Emergency Room tu bolehlah masuk wad terus, tapi kena lalui lagi satu peringkat untuk check up dekat satu bilik ini yang ada doktor dan nurse juga. Nampaknya memang berkurun lamalah kena tunggu sebab diorang masih check dan berbelah bagi sama ada nak suruh balik atau masukkan aku dalam wad, sebab masa tu, aku lebih rela masuk wad dari tunggu lebih lama kat situ, tambahan lagi aku dah tak larat nak batuk dah dan bila aku dah dimasukkan ke dalam wad, memang dah waktu malam pun. Ikutkan lepas ER itu masukkanlah aku terus ke wad ini tak, asyik kena tunggu dan tunggu, takut katil hospital tak cukup ke apa?. First time aku masuk wad memang aku seorang diri saja dekat situ, mak aku balik rumah dulu dan esok pagi dia datang semula. Lepas tu, nasiblah doktor - doktor dekat situ nampak friendly, paling frust sekali bila aku lupa bawa handphone, serius memang bosan sangat masuk hospital tanpa ada handphone, dahlah aku tak boleh tidur langsung sebab asyik batuk, kalau ada handphone sekali dengan ear phone itu bolehlah dengar lagu ke apa ke, betul tak?. Masa aku masuk hospital kali pertama ni, keadaan kesihatan mak aku masih okey, boleh jalan jauh semua, sekarang ini dia dah sakit kaki jadi susah nak jalan jauh. Lagi pun, kalau dekat hospital itu, memang kena jalan jauh. Masa first time masuk hospital ini, aku duduk dalam 2 hari saja, nasib sekejap saja.

Pada 19 Julai 2016 yang lalu, sekali lagi aku diserang asthma yang teruk dan akhirnya terpaksa panggil Ambulans, first time juga naik ambulans depan rumah. Dalam 4.30 pagi macam tu, Ambulans sampai, nasiblah masa itu tak ada orang dan sunyi sepi saja kawasan depan rumah tu, sebab malu juga kalau orang lain tengok. Keadaan dan situasi lebih kurang sama macam yang pertama kali itu, bezanya masa X-Ray itu entah macam mana benda yang ada dekat tangan aku tu tercabut dan buatkan darah dari tangan aku keluar banyak, sampai tudung aku pun kena darah, tudung aku masa tu pula warna putih, jadi darah lekat dekat tudung. Takut tengok darah sendiri. Perkara yang sama juga berlaku masa lepas buat rawatan astma dan lepas check up semua, aku dimasukkan dalam satu bilik ini dan masa ni aku tengok riak wajah doktor cina tu garang betul, dari gaya dia, macam nak halau aku balik dan tak nak bagi aku masuk wad, tapi ini tekaan aku sajalah. Masa tengok muka doktor ini, dia macam tak nak bagi aku masuk wad dan biar aku tunggu lama dekat situ, Aku cuak juga masa ni, sebab mak aku dah balik, sebab dia ingatkan aku terus masuk wad, cuba kalau doktor tu suruh aku balik juga masa tu, tak ke pening, dahlah masih penat, lepas itu aku nak ke mana pula, lagi pun mak aku pula tak ada handphone untuk aku telefon bagi tahu apa - apa, sebab dia balik rumah dulu dan akan datang kemudian. Nasiblah dalam pukul 10 pagi macam tu aku masuk wad, masa ini ada sorang doktor cina yang mcm garang sikit dan bahasa melayunya agak pelat dan agak kelakar bila aku dengar dia bercakap tapi gayanya memang serius dan sedikt tegas. Kali ni masuk hospital, aku ada ramai pelawat yang datang tengok aku dekat hospital ini yang terdiri dari pakcik, makcik aku dan juga sepupu. Apa pun alhamdulilah dalam 2 hari macam tu, aku dah keluar hospital. Walaupun masa keluar hospital itu, aku masih rasa penat sikit, tapi bila dah lama sikit dan aku rajin makan ubat, aku dah sihat, Alhamdulilah..

Lepas 2 kali masuk hospital sebab Asthma ini aku memang berazam nak jaga kesihatan, aku juga nak kuruskan badan sebab dah comel sangat ni. Doa - doakan aku ye, semoga aku terus sihat dan berjaya untuk kurus sedikit.

Gambar di atas credit to https://pixabay.com



Read More

24 Feb 2016

Kelebihan Masuk Tingkatan 6 (STPM)

Tingkatan 6, Form 6, Kelebihan Masuk Tingkatan Enam, Kelebihan Ambil STPM, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Universiti, Pra - U, Sekolah, Pengalaman, Kenangan,
Kelebihan Masuk Tingkatan 6 (STPM)

Aku dulu pun memang masuk Tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Dari pengalaman aku, memang best masuk tingkatan 6 / Form 6. Aku pun hairan kenapalah ramai pelajar sekarang dalam dilema sama ada nak masuk ke tidak form 6 itu. Macam aku dulu lepas SPM tak ada banyak pikir pun terus decide nak masuk form 6. Lagi pun aku masih nak menikmati zaman persekolahan lebih lama lagi berbanding yang lain, lagi pun zaman persekolahan inilah yang akan korang kenang sampai bila - bila, betul tak?. Alhamdulilah Result STPM aku pun okey dan lebih baik dari SPM aku, pointer pun boleh tahan. Lepas STPM terus dapat masuk Universiti Malaya (UM) dengan kos pilihan aku. Selain itu bila masuk Form 6 ini, aku lebih senang fokus pada pelajaran sebab mata pelajaran / subjek yang perlu diambil tak adalah sebanyak SPM dan walaupun subjeknya mungkin ada jugak susahnya tapi kalau ada kemahuan dan rajin mesti boleh berjaya. Kelebihan lain masuk Form 6 ini korang boleh tengok gambar dekat atas tu. Satu benda saja yang tak best bila masuk tingkatan enam ini, sebab korang masih kena berhimpun macam kanak - kanak dekat perhimpunan pagi dekat sekolah tu. Itu sajalah yang tak best, yang lain semuanya best, tapi sekarang ini Form 6 lebih baik dari dulu sebab dah ada sekolah khas untuk tingkatan enam dan korang dah tak perlu nak berpakaian sekolah, bercampur dengan budak sekolah semua. Ini bermakna tingkatan 6 sekarang dah macam ala - ala universiti, dari segi subjek mata pelajaran pun dibuat seperti ala - ala universiti. Bestnya, jadi nanti korang tak perlulah nak berada dalam dilema dah sebab form 6 sekarang dah banyak beza berbanding dulu dan lebih best.
Convocation Ceremony UM, Universiti Malaya, UM, Kenangan, Memori, STPM, Degree, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Buku, Student UM, Tesis,
Buku Istiadat Konvokesyen UM Milik Aku, tak sangka juga dari Form 6 ke Universiti Malaya. 

Read More

29 Ogo 2015

Pengalaman di KK4 - UM

Kenangan Di Universiti Malaya, Memori, Pengalaman, Student, Study, KK4, Kolej Kediaman Ke -4, UM, Kawan, Sastera, Subjek, Minggu Haluansiswa, Fakulti, Roommate,
Kenangan dan Pengalaman di KK4 (Kolej Kediaman Ke-4) -Universiti Malaya

Terjumpa gambar di atas ini di Facebook, inilah rupa bilik untuk pelajar - pelajar baru yang akan memasuki Universiti Malaya (UM) nanti. Aku juga adalah bekas pelajar dan menetap di KK4 ketika aku berada di tahun pertama pengajian. Tahun kedua aku dah duduk di luar sebab memang susah nak terus stay di kolej kalau korang tak betul - betul aktif dengan aktiviti yang dianjurkan di kolej. Selain itu, aku juga rindu dengan bilik aku dulu yang mana berada di tingkat yang sama dengan dewan santapan itu dan tingkap bilik aku tu pula betul - betul mengadap pokok besar dekat depan kolej itu. Manakala meja study pula aku ambil yang ditengah -tengah dan katil pula aku pilih yang dua tingkat tapi aku duduk yang bahagian bawah. First day di KK4 itu merupakan first day aku berjauhan dengan family sebab aku berasal dari negeri lain dan merantau ke Kuala Lumpur tu.

Aku ingat lagi first day nak mendaftar dekat KK4 UM tu, bertolak dari rumah pada tengah malam dan aku pergi naik Van sekali dengan mak dan bapa aku, beserta pak long aku, mak long dan anak lelaki bongsunyer, aku ingat lagi diorang semualah yang tolong bawakan barang - barang aku yang banyak tu naik bukit KK4 tu. Roommate aku dua - dua budak Matriks, aku pula budak under STPM, kiranya aku tua setahun dari mereka berdua, dan roommate aku ini seorang budak Akaun, seorang lagi budak Sains, aku pula Sastera. Minggu haluansiswa agak menyeksakan juga bagi aku, bayangkanlah habis semua aktiviti pukul 2 pagi, lepas itu, pukul 4 pagi dah kena bangun dah. Memang ramai juga yang sakit - sakit masa ini, aku pula terbalik, lepas minggu haluansiswa baru aku sakit, siap balik kampung dulu dengan homesick lagi, nasiblah minggu itu baru minggu add n drop subjek yang kita nak ambil.

Di KK4 ini jugalah aku bertemu dengan 2 kawan aku yang akan ambil subjek sama dengan aku dan merupakan housemate aku jugak nanti, iaitu seorang dari Kelantan dan seorang lagi dari Selangor. Di KK4 Kiteorang bertiga berbeza bilik dan tingkat tapi kami semua mmg sentiasa satu group. Di fakulti pula, entah macam mana group kami ada pertambahan ahli kumpulan menjadi 5 orang yang mana dua orang lagi dari kolej kediaman kedua dan ketiga iaitu KK2 dan KK3, yang mana mereka berdua berasal dari Pahang dan Terengganu. Jadi kami memang sentiasa berlima terutamanya kalau melibatkan kerja - kerja berkumpulan, assignment dan sebagainya. Kami juga sentiasa pastikan mengambil kelas tutorial yang sama. Berbalik pada KK4, Aku ini jenis yang suke lepak dan duduk dalam bilik saja, malas nak keluar pergi study dekat dewan atau dekat mana -mana. Selain itu aku juga rindukan Nasi Goreng Cendawan yang dijual dekat kedai makan di bahagian bawah tu, selalu kalau roommate aku keluar pergi dating atau keluar pergi mana - mana, aku akan minta dia tolong belikan aku nasi goreng cendawan yang dijual di kedai makan dekat bawah tu. Kadang - kadang masa balik dari kuliah pun aku akan singgah beli juga, tapi itu pun kalau ada kawan yang temankan aku pergi beli disitu. Sebab kalau seorang diri nak pergi beli, memang rasa segan pula, sebab ramai juga budak - budak lelaki lepak di situ. Rasanya makcik yang menjual makanan dekat situ pun dah boleh teka apa yang aku akan pesan.

Berpuasa masa di kolej kediaman juga best. Sayangnya gambar - gambar masa majlis berbuka puasa di KK4 dah hilang dalam kamera tu, sebab salah setting atau pun sebab masalah lain. Masa dalam bilik memang 24 jam online internet, chatting tu payah cakaplah kan sebab waktu itu memang famous dengan Friendster dan Yahoo Messenger, Facebook masih belum begitu famous lagi masa tu. Aku ingat lagi kawan aku yang duduk di hujung bilik itu selalu datang bilik aku dan kami sering bersembang dan chatting sekali di internet, kadang - kadang kami makan bersama - sama di bilik aku, seronok kalau makan beramai - ramai ni, rasa meriah dan seronok berborak sambil makan. Roommate kawan aku tu pula satu negeri dengan aku dan merupakan roomate aku masa dekat rumah sewa nanti. Apa pun duduk di KK4 ini best juga sebab fakulti agak dekat, cuma jalan kaki dah sampai, tak payah nak tunggu bas berjam - jam lamanya, Kalau nak pergi library malam - malam pun senang. Bila duduk luar ini, kena terkejar-kejar dengan bas Rapid, nasiblah bas UM pun lalu di tempat aku ini, jadi senanglah sikit sebab banyak pilihan. Paling aku tak suka, adalah ketika hujan lebat di Universiti Malaya (UM), memang payah nak balik rumah sewa sebab bas lambat, bas tak ada, sebab UM akan jem teruk kalau hujan lebat. Roommate aku, pernah jalan kaki dari UM ke rumah sewa kami yang terletak dekat Pantai Dalam. Jauh betul dia berjalan tu, kalau aku yang berjalan sejauh itu, memang sakit kaki seminggulah jawabnya.

Aku juga teringatkan kenangan aku dan roommate aku di KK4, ketika aku tengah sibuk menaip dalam laptop untuk menyiapkan assignment aku, roommate aku yang merupakan budak Sains itu seronok nak tolong aku menaip, sebab biasalah budak sastera punya assignment memang panjang - panjang karangannya berbanding budak sains. Apa pun banyak kenangan manis di KK4 tu, Ikutkan banyak lagi nak cerita, tapi biarlah yang lain jadi rahsia Apapun pengalaman  di UM dan KK4 memang tak dapat dilupakan..

Gambar diatas credit to https://commons.wikimedia.org

Read More

5 Sep 2014

Koleksi Buku Kegemaran Aku

Koleksi Buku Kegemaran Aku

Dulu masa kecil aku suka beli dan baca Komik Doraemon, aku ada banyak koleksi komik Doraemon itu, sampai sekarang ada lagi komik - komik itu, tapi aku tak pernah baca dah. Komik - komik itu semua masih tersimpan dalam almari yang tak pernah aku buka, tak tahulah apa yang jadi dengan komik - komik itu semua entah - entah dah kena gigit dengan tikus agaknya. Selain komik Doraemon, aku juga ada beli dan mempunyai banyak koleksi komik Anak - Anak Sidek. Bila dah besar, tak silap aku masa aku form 4, aku suruh mak aku belikan novel untuk aku sebagai hadiah sebab aku dapat nombor satu dalam kelas. Novel itu masa tu harganya dalam RM55.00 sebab tebal, sekarang ini harganya mungkin dah murah sedikit berbanding dulu. Novel yang paling aku suka adalah novel tulisan Ahadiat Akashah yg bertajuk Hikayat Cinderella. Aku ini memang jenis yang suka baca novel tebal - tebal ni.
Book, Read, Literature, Book Pages, Paper, Spring, koleksi, buku, hobi, membaca, kegemaran, kesukaan, novel, komik, buku sejarah, novelis ahadiat akashah, novel hikayat cinderella, komik doraemon, komik anak - anak sidek,
Banyak novel - novel tulisan Ahadiat Akashah yang aku baca dan novel itu ada dalam koleksi simpanan aku contohnya macam Lagenda Budak Setan 1,2 & 3, Pilot Cafe, Dilema Salina, Untuk 3 Hari, dan banyak lagi. Jadi tu semua antara buku kegemaran aku. Selain novel - novel tersebut, ada banyak lagi novel tulisan novelis lain yang aku ada. Dulu aku memang kerap beli novel di Popular Book, tapi sekarang ini aku dah jarang beli novel. Selain Novel, aku juga gemar baca buku - buku tentang sejarah. Dari sekolah lagi aku memang suka subjek Sejarah dan suka baca buku mengenai sejarah, jadi buku - buku berunsurkan sejarah memang antara kegemaran aku. Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh kita dapat bila baca buku Sejarah ni. 

Gambar diatas ini credit to https://pixabay.com
Read More


My Random Post