22 Dis 2016

Pengalaman Masuk Hospital

pengalaman, kenangan, memori, hospital, doktor, nurse, unit kecemasan, asthma, penat, lelah, ubat,
Pengalaman Masuk Hospital

Assalammualaikum..
Sempena dah hujung tahun ni, aku sajalah nak tulis pengalaman aku masuk hosital dulu. Actually dari kecil lagi, memang aku dah ada asthma tapi tak adalah sampai masuk hospital cuma selalu ke hospital untuk check up pasal asthma ini dengan doktor. Aku pernah masuk hospital dua kali dan sebab masuk hospital sebab asthma jugalah, tapi selalunya kalau masuk hospital sebab asthma ni tak lama pun, dalam sehari dua jer dah boleh balik dan Alhamdulilah lepas tu akan sembuh dan kena rajin makan ubat ikut masa dan dose yang ditetapkan. First sekali masuk hospital tu adalah pada Disember 2012. Itu pun sebab aku di transfer dari klinik kesihatan ke hospital sebab asthma agak teruk. Sampai ke hospital maybe dalam 7 malam, memang lama betul tunggu, ingatkan bila dah habis rawatan kat Emergency Room tu bolehlah masuk wad terus, tapi kena lalui lagi satu peringkat untuk check up dekat satu bilik ini yang ada doktor dan nurse juga. Nampaknya memang berkurun lamalah kena tunggu sebab diorang masih check dan berbelah bagi sama ada nak suruh balik atau masukkan aku dalam wad, sebab masa tu, aku lebih rela masuk wad dari tunggu lebih lama kat situ, tambahan lagi aku dah tak larat nak batuk dah dan bila aku dah dimasukkan ke dalam wad, memang dah waktu malam pun. Ikutkan lepas ER itu masukkanlah aku terus ke wad ini tak, asyik kena tunggu dan tunggu, takut katil hospital tak cukup ke apa?. First time aku masuk wad memang aku seorang diri saja dekat situ, mak aku balik rumah dulu dan esok pagi dia datang semula. Lepas tu, nasiblah doktor - doktor dekat situ nampak friendly, paling frust sekali bila aku lupa bawa handphone, serius memang bosan sangat masuk hospital tanpa ada handphone, dahlah aku tak boleh tidur langsung sebab asyik batuk, kalau ada handphone sekali dengan ear phone itu bolehlah dengar lagu ke apa ke, betul tak?. Masa aku masuk hospital kali pertama ni, keadaan kesihatan mak aku masih okey, boleh jalan jauh semua, sekarang ini dia dah sakit kaki jadi susah nak jalan jauh. Lagi pun, kalau dekat hospital itu, memang kena jalan jauh. Masa first time masuk hospital ini, aku duduk dalam 2 hari saja, nasib sekejap saja.

Pada 19 Julai 2016 yang lalu, sekali lagi aku diserang asthma yang teruk dan akhirnya terpaksa panggil Ambulans, first time juga naik ambulans depan rumah. Dalam 4.30 pagi macam tu, Ambulans sampai, nasiblah masa itu tak ada orang dan sunyi sepi saja kawasan depan rumah tu, sebab malu juga kalau orang lain tengok. Keadaan dan situasi lebih kurang sama macam yang pertama kali itu, bezanya masa X-Ray itu entah macam mana benda yang ada dekat tangan aku tu tercabut dan buatkan darah dari tangan aku keluar banyak, sampai tudung aku pun kena darah, tudung aku masa tu pula warna putih, jadi darah lekat dekat tudung. Takut tengok darah sendiri. Perkara yang sama juga berlaku masa lepas buat rawatan astma dan lepas check up semua, aku dimasukkan dalam satu bilik ini dan masa ni aku tengok riak wajah doktor cina tu garang betul, dari gaya dia, macam nak halau aku balik dan tak nak bagi aku masuk wad, tapi ini tekaan aku sajalah. Masa tengok muka doktor ini, dia macam tak nak bagi aku masuk wad dan biar aku tunggu lama dekat situ, Aku cuak juga masa ni, sebab mak aku dah balik, sebab dia ingatkan aku terus masuk wad, cuba kalau doktor tu suruh aku balik juga masa tu, tak ke pening, dahlah masih penat, lepas itu aku nak ke mana pula, lagi pun mak aku pula tak ada handphone untuk aku telefon bagi tahu apa - apa, sebab dia balik rumah dulu dan akan datang kemudian. Nasiblah dalam pukul 10 pagi macam tu aku masuk wad, masa ini ada sorang doktor cina yang mcm garang sikit dan bahasa melayunya agak pelat dan agak kelakar bila aku dengar dia bercakap tapi gayanya memang serius dan sedikt tegas. Kali ni masuk hospital, aku ada ramai pelawat yang datang tengok aku dekat hospital ini yang terdiri dari pakcik, makcik aku dan juga sepupu. Apa pun alhamdulilah dalam 2 hari macam tu, aku dah keluar hospital. Walaupun masa keluar hospital itu, aku masih rasa penat sikit, tapi bila dah lama sikit dan aku rajin makan ubat, aku dah sihat, Alhamdulilah..

Lepas 2 kali masuk hospital sebab Asthma ini aku memang berazam nak jaga kesihatan, aku juga nak kuruskan badan sebab dah comel sangat ni. Doa - doakan aku ye, semoga aku terus sihat dan berjaya untuk kurus sedikit.

Gambar di atas credit to https://pixabay.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post