Memaparkan catatan dengan label Cabaran 30 Hari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cabaran 30 Hari. Papar semua catatan

21 Sep 2014

5 Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja

People, Men, Women, Graduation, School, University, rindu, perasaan, perkara yang aku rindukan, zaman sekolah, zaman universiti, my cat, kucing, kawan, sahabat, kenangan, memori, saat - saat manis,
5 Perkara Yang Aku Rindukan..

1- Zaman Sekolah - Kalau boleh nak kembali masa sekolah dulu, rindu betul zaman sekolah. Aku paling stress masa masuk tingkatan 3 dulu, stress sebab apa? stress sebab aku masuk kelas pertama sekali, pendek katanya kelas budak pandai. Dalam kelas itu, persaingan dari segi pelajaran memang sangat sengit, ini ditambah lagi, ramai budak cina yang memang pandai tersenarai untuk masuk dalam kelas itu tetapi budak melayu sedikir saja yang masuk dalam kelas tu, memang aku tak ada kawan rapat dalam kelas tersebut. Semua kawan - kawan baik aku, tercampak kelas no 2, kalau aku tahu jadi begitu, baik masa form 2 tu aku jawab peperiksaan ala kadar saja jadi tak perlulah aku tercampak dalam kelas budak pandai ini, Lebih stress cikgu matematik masa itu sangat garang dan aku selalu yang jadi mangsanya sebab tak pandai dalam subjek matematik. Masa tingkatan 4 dan 5 memang best sebab kali ini, kelas dah ikut aliran yang kita ambil. Ramai kawan aku berada dalam satu kelas yang sama, malah ramai budak melayu dalam kelas itu. Paling tak best bila ada juga budak nakal terselit sekali dalam kelas itu jadi apa lagi, cikgu disiplin memang sayang sangatlah jawabnya sebab kelas kami semua selalu kena denda sebab bising dan lain - lain lagi. Kadang - kadang salah orang lain, tapi satu kelas yang kena denda. Form 6 pula memang best sebab masuk sekolah lain, suasana baru dan kawan baik ada sekali. Happening juga.

2- Zaman Universiti - rindu kawan - kawan masa dekat universiti dulu, rindu dekat kolej kediaman, rindu bilik dan katil aku dekat sana. Rindu rumah sewa, roommate dan housemate, rindu coursemate, rindu bilik aku dekat rumah sewa tu, rindu pensyarah, rindu bilik kuliah, library, rindu fakulti, surau dan suasana disitu, rindu tempat fotostat, Rindu nak buat assignment dan banyak lagi, memang banyak betul rindu ni.

3- Rindu kawan-kawan lama
Kawan datang dan pergi, ada yang loss contact, ada yang busy dengan family masing - masing, maklumlah semua ada tanggungjawab masing - masing kan. Alangkah seronoknya dapat jadi macam dulu - dulu. Bila zaman belajar dah berlalu, memang susah nak berkumpul dan berjumpa semula dengan kawan - kawan lama. Kalau jumpa pun mungkin sebab terserempak dan sebagainya, kalau nak berborak panjang tu memang dalam mimpilah jawabnya.

4- Rindu nak aktif baca novel macam dulu - dulu, sekarang ini dah busy, novel memang tak ada masa nak beli dah. Lagi pun banyak novel dah diadaptasi menjadi drama bersiri, jadi tonton drama di TV lagi senang.

5- Rindukan si Comel - Comel ini kucing aku, kucing betina, dia dulu kerap betul mengandung dan beranak. Jadi aku dapatlah bermain dengan anak - anak dia yang sangat cute tu, rindunya, sekarang ini comel dah hilang, dia tak balik ke rumah pun, dekat rumah aku ini, hanya ada kucing jantan saja, jadi tak dapat nak tengok anak - anak kucing yang baru lahir yang comel - comel tu..

Banyak yang tertinggal dah untuk cabaran 30 hari ini, tak apa, slow - slow buat entry, janji dapat selesaikan cabaran ini betul tak?. Selamat Membaca..

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

11 Sep 2014

Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak


Kenangan, Memori, Zaman Kanak - Kanak, Mengaji, Sekolah, Kawan, Permainan 90-an, Game, Surau, Nakal, Lawak, Sisters, Girls, Summer, Fun, Children Playing, Siblings,
Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Masa aku kecil dulu, aku bersekolah waktu petang, jadi waktu pagi aku akan pergi mengaji. So ramai kawan - kawan satu sekolah aku, mengaji di tempat yang sama. Ustaz kami ini memang sangat baik, cool dan spoting, jarang nak marah - marah, cuma kadang - kadang, bila mood dia tak berapa okey baru dia marah, selalunya dia sporting saja. Masa waktu mengaji ini kami semua ada diberikan waktu rehat. Dalam waktu rehat inilah yang kami boleh pergi makan kalau nak makan atau pun nak bermain dengan kawan - lawan. Selalunya kami akan makan dulu kemudian bermain.

Macam - macam permainan yang kami main, batu serembanlah, main masak - masak, main lompat getah, main polis dan pencuri dan banyak lagi. Dalam game polis dan pencuri, budak perempuan akan main game ini bersama - sama dengan budak lelaki, kami semua sering berlari - lari di keliling surau. Kebiasaannya kami akan main masak - masak, kami kemudiannya akan berkumpul ramai - ramai untuk tentukan siapa yang akan jadi kakak pertama, kakak kedua, adik, mak semua. Belakang surau akan jadi tempat kami bermain, habislah segala daun-daun pokok kami ambil untuk dijadikan bahan memasak itu, buah - buah kecil yang ada di belakang surau pun kami ambil juga. Kemudian gate surau itu kami jadikan sebagai pintu rumah kami semua. Kemudian adik lelaki kawan aku yang masih kecil itu kami kahwinkan dia dengan budak lperempuan yang lagi kecik dari kami semua. Lepas itu bermulalah perarakan perkahwinan tu, siap duduk bersanding lagi. Daun - daun yang kami ambil itu kami baling - baling dan taburkan ke arah budak - budak kecil yang bersanding itu.

Sampailah ustaz jerit masuk semua, baru kami semua berhenti dan masuk semula ke surau. Lepas habis mengaji kami semua terus balik ke rumah sebab nak bersiap-siap untuk ke sekolah pula. Itu cerita masa mengaji di waktu pagi kan. Ini pula masa sekolah pagi dan mengaji di waktu petang. Masa ini dah besar sikit, maybe dalam darjah 4 atau 5, jadi dah tak main masak - masak semua ni. Lepas habis mengaji, kami semua dalam 4 hingga 5 orang suka masuk ke dalam surau di tingkat atas di bahagian tempat solat perempuan. Lepas itu kami duduk dekat situ dan sembang - sembang. Lagi pun waktu petang memang tak ramai orang dalam surau itu. Entah macam mana ustaz kami tu boleh tahu kami semua ada dalam surau tu, mungkin sebab kami bising jadi dia tahu ada orang dekat situ. Apa lagi ustaz tu suruh kami semua balik rumah masing - masing dan jangan bermain - main dalam surau tu dah.

Tapi kami semua jenis tak tahu nak serik, masih tetap curi - curi masuk ke dalam surau itu. Kadang - kadang bila dengar ustaz tu naik tangga surau, terus kami cepat - cepat sembunyi di belakang tirai besar.  Tapi ustaz itu tahu kami sembunyi disitu jadi mission tak begitu berjaya. Itu antara kenangan masa zaman kanak - kanak aku. Zaman sekarang ini, budak - budak asyik habiskan masa dengan bermain handphone masing - masing saja dah tak sama macam dulu.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com
Read More

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Man, Business, Cartoon, Businessman, Business Man, Ciri - Ciri Lelaki Idaman, Jenis Lelaki Yang Perempuan Suka, 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku, Lelaki Penyayang dan Penyabar, Lelaki Tidak Merokok, Beriman, Kemas, Soal Lelaki, Jodoh, Cinta,
5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Miss Mulan

- Lelaki yang penyayang dan penyabar, susah nak cari lelaki jenis penyabar ini di zaman sekarang. Ada tu memang ada tapi biasalah susah nak jumpa kan, yang jenis panas baran dan ego memang ramai. Kalau lelaki itu jenis yang sukakan kucing lagilah bagus, baru betul penyayang, betul tak?. Lelaki yang memelihara kucing memang senang disukai oleh wanita.

-Lelaki Yang Tidak Merokok, Aku memang kurang gemar dengan lelaki - lelaki yang merokok ini, dah tahu rokok itu membahayakan kesihatan tapi masih nak hisap juga. Tambah - tambah aku ada Asthma, memang aku tak boleh dekat dengan orang yang merokok ni. Zaman sekarang ni memang ramai lelaki merokok, tak tahulah apa puncanya kaum lelaki mula merokok, adakah sebab tekanan, sebab ikut kawan - kawan, atau sebab nak mencuba sesuatu yang baru. Plus harga rokok juga semakin mahal, tapi masih ada lelaki yang tak kisah soal harga rokok ini, mahal atau murah, mereka tetap akan beli, membazir betul. Dekat universiti dulu, aku dah tengok ramai lelaki merokok, pernah dulu, ketika aku baru masuk universiti, di tahun pertama, aku tersuka pada seorang abang senior ini yang merupakan ketua pembantu mahasiswa. Aku suka tengok personaliti dia yang friendly, peramah dan kelakar itu. Akhirnya aku terdengar perbualan kakak senior yang mengatakan abang tersebut merokok, jadi lepas itu, perasaan suka pada abang senior itu mula berkurang dan aku tersuka pula dekat abang senior yang lain yang lebih comel hehe.

-Lelaki yang tidak kedekut, maknanya lelaki yang tidak terlampau kedekut atau tangkai jering. Nak berjimat pun biarlah berpada-pada, yang penting biar semuanya serba sederhana. Rasanya semua wanita akan stress dengan personaliti lelaki yang kedekut ini.

-Lelaki Yang kemas, maksud aku kemas seadanya dari segi pemakaian dan penjagaan muka bukannya serabai. Contohnya misai, jambang tidak bercukur, aku suka tengok lelaki yang kemas atau dalam erti kata lain, wajahnya bersih dari segala misai, jambang dan sebagainya.

-Ini yang paling penting sekali, iaitu Lelaki yang Beriman, kalau dia beriman insyaallah dia boleh bimbing org - orang disekelilingnya juga.

Gambar diatas credit to https://pixabay.com

Read More

5 Sep 2014

Koleksi Buku Kegemaran Aku

Koleksi Buku Kegemaran Aku

Dulu masa kecil aku suka beli dan baca Komik Doraemon, aku ada banyak koleksi komik Doraemon itu, sampai sekarang ada lagi komik - komik itu, tapi aku tak pernah baca dah. Komik - komik itu semua masih tersimpan dalam almari yang tak pernah aku buka, tak tahulah apa yang jadi dengan komik - komik itu semua entah - entah dah kena gigit dengan tikus agaknya. Selain komik Doraemon, aku juga ada beli dan mempunyai banyak koleksi komik Anak - Anak Sidek. Bila dah besar, tak silap aku masa aku form 4, aku suruh mak aku belikan novel untuk aku sebagai hadiah sebab aku dapat nombor satu dalam kelas. Novel itu masa tu harganya dalam RM55.00 sebab tebal, sekarang ini harganya mungkin dah murah sedikit berbanding dulu. Novel yang paling aku suka adalah novel tulisan Ahadiat Akashah yg bertajuk Hikayat Cinderella. Aku ini memang jenis yang suka baca novel tebal - tebal ni.
Book, Read, Literature, Book Pages, Paper, Spring, koleksi, buku, hobi, membaca, kegemaran, kesukaan, novel, komik, buku sejarah, novelis ahadiat akashah, novel hikayat cinderella, komik doraemon, komik anak - anak sidek,
Banyak novel - novel tulisan Ahadiat Akashah yang aku baca dan novel itu ada dalam koleksi simpanan aku contohnya macam Lagenda Budak Setan 1,2 & 3, Pilot Cafe, Dilema Salina, Untuk 3 Hari, dan banyak lagi. Jadi tu semua antara buku kegemaran aku. Selain novel - novel tersebut, ada banyak lagi novel tulisan novelis lain yang aku ada. Dulu aku memang kerap beli novel di Popular Book, tapi sekarang ini aku dah jarang beli novel. Selain Novel, aku juga gemar baca buku - buku tentang sejarah. Dari sekolah lagi aku memang suka subjek Sejarah dan suka baca buku mengenai sejarah, jadi buku - buku berunsurkan sejarah memang antara kegemaran aku. Banyak ilmu dan pengajaran yang boleh kita dapat bila baca buku Sejarah ni. 

Gambar diatas ini credit to https://pixabay.com
Read More


My Random Post