24 Feb 2016

Kelebihan Masuk Tingkatan 6 (STPM)

Tingkatan 6, Form 6, Kelebihan Masuk Tingkatan Enam, Kelebihan Ambil STPM, STPM, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, Universiti, Pra - U, Sekolah, Pengalaman, Kenangan,
Kelebihan Masuk Tingkatan 6 (STPM)

Aku dulu pun memang masuk Tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia). Dari pengalaman aku, memang best masuk tingkatan 6 / Form 6. Aku pun hairan kenapalah ramai pelajar sekarang dalam dilema sama ada nak masuk ke tidak form 6 itu. Macam aku dulu lepas SPM tak ada banyak pikir pun terus decide nak masuk form 6. Lagi pun aku masih nak menikmati zaman persekolahan lebih lama lagi berbanding yang lain, lagi pun zaman persekolahan inilah yang akan korang kenang sampai bila - bila, betul tak?. Alhamdulilah Result STPM aku pun okey dan lebih baik dari SPM aku, pointer pun boleh tahan. Lepas STPM terus dapat masuk Universiti Malaya (UM) dengan kos pilihan aku. Selain itu bila masuk Form 6 ini, aku lebih senang fokus pada pelajaran sebab mata pelajaran / subjek yang perlu diambil tak adalah sebanyak SPM dan walaupun subjeknya mungkin ada jugak susahnya tapi kalau ada kemahuan dan rajin mesti boleh berjaya. Kelebihan lain masuk Form 6 ini korang boleh tengok gambar dekat atas tu. Satu benda saja yang tak best bila masuk tingkatan enam ini, sebab korang masih kena berhimpun macam kanak - kanak dekat perhimpunan pagi dekat sekolah tu. Itu sajalah yang tak best, yang lain semuanya best, tapi sekarang ini Form 6 lebih baik dari dulu sebab dah ada sekolah khas untuk tingkatan enam dan korang dah tak perlu nak berpakaian sekolah, bercampur dengan budak sekolah semua. Ini bermakna tingkatan 6 sekarang dah macam ala - ala universiti, dari segi subjek mata pelajaran pun dibuat seperti ala - ala universiti. Bestnya, jadi nanti korang tak perlulah nak berada dalam dilema dah sebab form 6 sekarang dah banyak beza berbanding dulu dan lebih best.
Convocation Ceremony UM, Universiti Malaya, UM, Kenangan, Memori, STPM, Degree, Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Buku, Student UM, Tesis,
Buku Istiadat Konvokesyen UM Milik Aku, tak sangka juga dari Form 6 ke Universiti Malaya. 

5 ulasan:

  1. betul tu, bila masuk form 6 kene banyak rajin belajar :)

    BalasPadam
  2. Lama sudah tinggalkan zaman frm Six...hhuhuhu..best tu

    BalasPadam
  3. Saya pmr 8a, spm 4a, science subject tak bagus, fizik c+, bio c dan kimia d, add math c dan math a, saya betul2 nak buat medic, saya no choice nak masuk form 6 kerana nak betulkan subject science supaya boleh mencapai cita2 saya, apakah saya boleh score a apabila bagi full effort 200% dari awal kerana waktu spm di asrama penuh terlalu banyak aktiviti sedangkan aaya bukan genius cuma hard working, guru2 asrama penuh anggap semua dah pandai jadi banyak aktiviti dan kurang belajar pun boleh score, yg genius dan tahan lasak kurang tidur tak apa, tapi bukan saya tak cukup tidur dan penat, apakah saya boleh score di stpm saya...please advice as soon as poasible..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo nak ambik kos medic ek, boleh jer score a, asalkan dari lower 6 dah start study hard..sebabnya kebanyakan budak form 6, masa lower 6 diorang semua x brp nak belajar sgt, bila dh masuk upper 6 baru nak kelam kabut study hehe..so better prepare n study dari awal2..

      Padam
  4. Hiii....sy br ja ....dpt...rslt stpm..2016..1,A-,3C...APA blh sy buat...sy.ambil...kmk.& PSV...

    BalasPadam



My Random Post