19 Sep 2018

Drama Vila Ghazara Lakonan Shukri Yahaya & Azira Shafinaz




Vila Ghazara, Drama Vila Ghazara, TV3, Slot Akasia, Drama Terbaru Slot Akasia, Drama Melayu, Sinopsis Drama Vila Ghazara, Vila Ghazara Cast, Pelakon Drama Vila Ghazara, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz (De Fam), Mustapha Kamal. Haleeda, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Tunku Hanis, Zarynn Min, Cik Manggis (De Fam), Poster,  Drama 40 Episod, 2018,
Drama Vila Ghazara Slot Akasia TV3

Rasanya ini kali pertama drama terbaru di slot Akasia TV3 mempunyai lebih dari 30 episod, selalunya setakat 28 episod saja. Drama terbaru di slot akasia tv3 iaitu drama Vila Ghazara ini mempunyai 40 episod dan dilakonkan oleh ramai pelakon hebat serta sudah mula bersiaran sejak 17 September 2018 yang lalu. Barisan pelakon drama Vila Ghazara ini terdiri daripada Shukri Yahaya, Azira Shafinaz (De Fam), Mustapha Kamal. Haleeda, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Tunku Hanis, Zarynn Min, Cik Manggis (De Fam) dan ramai lagi. Dari sinopsis drama Vila Ghazara ini, memang nampak menarik jalan ceritanya tentang sebuah keluarga besar yang kaya raya serta nampak sempurna di mata masyarakat tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Aku dah tengok juga episod awal drama Vila Ghazara ini, memang nampak best drama ni, mungkin drama ini juga akan jadi fenomena seperti drama - drama lain di slot Akasia itu.

Watak Pelakon Dalam Drama Vila Ghazara TV3

Shukri Yahaya sebagai Hariz
Azira Shafinaz sebagai Ariana
Mustapha Kamal sebagai Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
Syed Aiman sebaga Zarul
Aidil Aziz sebagai Adrian
Hafeez Mikail sebagai Dazrin
Amirul Faqeem sebagai Azrel
Elly Mazlein sebagai Maria
Tunku Hanis sebagai Sofea




Sinopsis Drama Vila Ghazara - Akasia TV3

Mengisahkan tentang sebuah keluarga iaitu Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz) dan juga isterinya Zaharah (Zara) yang mempunyai 5 orang anak lelaki iaitu Zarul, Adrian, Hariz, Dazrin dan Azrel. Mereka semua tinggal di Vila Ghazara yang dinamakan sempena nama pemiliknya iaitu gabungan nama Ghaz dan Zara. Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju 5 orang anak lelakinya itu. Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria. Maria sentiasa cemburu melihat suaminya itu sentiasa melebihkan isteri pertamanya itu, Maria juga tidak berpuas hati kerana Dr Ghaz terus - terusan mahu merahsiakan perkahwinan mereka dari semua orang. 
Vila Ghazara, Drama Vila Ghazara, TV3, Slot Akasia, Drama Terbaru Slot Akasia, Drama Melayu, Sinopsis Drama Vila Ghazara, Vila Ghazara Cast, Pelakon Drama Vila Ghazara, Shukri Yahaya, Azira Shafinaz (De Fam), Mustapha Kamal. Haleeda, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Tunku Hanis, Zarynn Min, Cik Manggis (De Fam), Poster,  Drama 40 Episod, 2018,
Sikap Dr. Ghaz yang terlalu menginginkan kesempurnaan dan sentiasa mengongkong kehidupan anak - anaknya itu membuatkan Hariz nekad meninggalkan Vila Ghazara. Tindakan Hariz itu membuatkan Dr Ghaz marah dan tidak mengaku Hariz adalah anaknya lagi. Selepas 15 tahun, Hariz kembali ke Vila Ghazara, namun Dr Ghaz tidak mempedulikan Hariz, baginya kepulangan Hariz tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain. Seperti mana dia pernah merancang kehidupan anak-anaknya dulu, Dr Ghaz kini mula menyusun perancangan untuk cucu tunggalnya iaitu Alisha yang kini tinggal bersama mereka setelah anaknya, Adrian yang juga seorang juruterbang, diberhentikan kerja. Sejak dibuang kerja, Adrian dan isterinya, Sofea sering bertengkar dan mengabaikan Alisha.
Dr. Ghaz kemudiannya mengupah Arianna graduan bidang perguruan yang terdesak mencari pekerjaan untuk menjadi guru tuisyen dan mengajar Alisha di rumah. Rupa-rupanya, Arianna dan Hariz saling mengenali. Hariz membenci Arianna kerana Arianna pernah menyebabkan Hariz terlepas penerbangannya ke London suatu ketika dahulu. Kerana itu juga, sepanjang Arianna berada di Villa Ghazara, mereka sering berselisih faham. Apa yang berlaku seterusnya?.

3 ulasan:

  1. Drama ni nampak mcm best sbb ada SY ni...
    smalam tgk sekejap ya..cuti² nnt baru marathon :)

    BalasPadam
  2. dah lama tak layan drama hehe. singgah BW

    BalasPadam
  3. Xprnah tinggal lagi tgok cite ni...?? Mmg cite yg menarik...

    BalasPadam



My Random Post