Memaparkan catatan dengan label Aliff Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aliff Aziz. Papar semua catatan

11 Jan 2023

Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail dan Nad Zainal (Astro Ria)



Drama Cina Buta, Drama Cina Buta Astro Ria, Poster Drama Cina Buta, Sinopsis Drama Cina Buta, Cina Buta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishah, Aliff Aziz, Drama Cina Buta Full Episode, Drama Cina Buta Episod 1 Hingga 18,
Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah (Astro Ria)

Drama Cina Buta ini sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 19 Disember 2022 yang lalu dan mempunyai 18 episod. Sepatutnya drama ini disiarkan lebih awal tapi asyik tertangguh saja. membawa penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan. Antara pelakon drama Cina Buta ini adalah Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah, Norreen Iman, Anas Ridzuan, Aman Aziz, Didie Alias, Azhan Rani dan ramai lagi. Penggunaan istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga. 

Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cina Buta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Cina Buta

Nad Zainal sebagai Mia Sara
Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
Aliff Aziz sebagai Aliff
Puteri Aishah sebagai Habibah
Norreen Iman sebagai Norreen
Anas Ridzuan sebagai Ajis
Aman Aziz sebagai Umar
Didie Alias sebagai Datin Sri
Azhan Rani sebagai Tan Sri
Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik




Sinopsis 
Drama Cina Buta Lakonan Ungku Ismail, Nad Zainal, Aliff Aziz dan Puteri Aishah (Astro Ria)

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga. Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 
Drama Cina Buta, Drama Cina Buta Astro Ria, Poster Drama Cina Buta, Sinopsis Drama Cina Buta, Cina Buta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Cina Buta, Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishah, Aliff Aziz, Drama Cina Buta Full Episode, Drama Cina Buta Episod 1 Hingga 18,
Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Lagu Tema / OST Drama Cina Buta

👄👄 Pari Purna nyanyian Amylea



Read More

9 Ogo 2022

Episod Akhir Drama Jodohku Babysitter



Ending Drama Jodohku Babysitter, Episod Akhir Drama Jodohku Babysitter, Episod 20 Drama Jodohku Babysitter, Drama Jodohku Babysitter Full Episode, Sinopsis Drama Jodohku Babysitter, Drama Baru Aliff Aziz, Drama Baru Intan Najuwa,

Episod akhir iaitu episod 28 drama Jodohku Babysitter telah pun melabuhkan tirtainya, selepas ini drama baru bertajuk Ash dan Aish akan menggantikan drama ini. Berbalik pada drama Jodohku Babysitter ini, Intan Najuwa dan Aliff Aziz yang menjdi teraju utama drama ini.  ramai yang tak sabar nak tahu ending drama ini macam mana kan. Mesti happy ending kan betul tak? Dalam episod 28 drama Jodohku Babysitter ini menyaksikan Atikah telah mengetahui segala kebenaran mengenai kehidupannya. Dia bertindak melulu dan menyerang Adel di rumah Adam dan menyebabkan Adib tercedera dalam pergelutan tersebut. Apa yang berlaku seterusnya??.. tu diaa sinopsis ringkas drama Jodohku Babysitter ini.  Jadi selamat menonton di Astro Ria yaa...   



Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Mahligai Belum Terbakar (TV2)


👉👉 Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana Di TV9


👄👄 Drama Guard Komando Lakonan Shamsul Ghau Ghau, Fendy Bakry, Mark Adam dan Jiggy Masin di Slot Diandra TV9                                                                                                                                                                                     

Read More

13 Jul 2022

Baca Online Novel Jodohku Babysitter



Novel Jodohku Babysitter, Novel Jodohku Babysitter Karya Nureen Ahmad, Cover Depan Novel Jodohku Babysittter, Drama Adaptasi Novel Jodohku Babysitter, Jodohku Babysitter Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jodohku Babysitter, Novel Online Jodohku Babysitter, Baca Online Novel Jodohku Babysitter Bab 1 Hingga 12,

Novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod yang kini tengah hangat disiarkan di Astro Ria. Manakala Aliff Aziz dan Intan Najuwa menjadi teraju utama / pelakon utama drama Jodohku Babysitter ini. Aliff Aziz akan memegang watak sebagai Adam Farhan manakala Intan Najuwa pula akan memegang watak sebagai Adelia Faranisa. Berbalik pada novel ini, ianya diterbitkan pada tahun 2009 dan merupakan terbitan Dear Novels. Apa pun aku suka tengok cover depan novel Jodohku Babysitter ni sebab nampak cute dan comel gitu. Siapa - siapa yang rajin nak baca versi novelnya bolehlah baca di wattpad, kat situ ada bab 1 hingga bab 11.

Novel Jodohku Babysitter, Novel Jodohku Babysitter Karya Nureen Ahmad, Cover Depan Novel Jodohku Babysittter, Drama Adaptasi Novel Jodohku Babysitter, Jodohku Babysitter Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jodohku Babysitter, Novel Online Jodohku Babysitter, Baca Online Novel Jodohku Babysitter Bab 1 Hingga 12,




Jom Baca Ini Juga 👉👉 Sinopsis Drama The Maid 2 (Astro Ria)


Read More

29 Mei 2022

Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra)



Telefilem Sekolah Sampah, Telefilem Astro Citra, Telemovie Sekolah Sampah (Astro Citra), Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah (Astro Citra), Aliff Aziz Telemovie,

Telefilem Sekolah Sampah telah pun disiarkan pada hari Sabtu, 29 Mei 2022 yang lalu, jam 9:00 malam. Antara pelakon telefilem Sekolah Sampah ini adalah Aliff Aziz, Bella Astillah, Aidil Astillah, Pasqueletta Joan, Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting, Jaipin Leggau dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sekolah Sampah ini diarahkan oleh Ebi Kornelis dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Nampak menarik kan telemovie Sekolah Sampah ni kan, penuh dengan pengajaran gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra)

Mengisahkan Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 
Bagi memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut.



Read More

24 Jan 2022

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza Musim Kelapan (GV8)



Aliff Aziz, Bella Astillah, Aliff Aziz Menang GV8, Keputusan Pemenang Gegar Vaganza Musim Kelapan, Senarai Pemenang GV8, Juara GV8 Milik Aliff Aziz,

Walaupun konsisten dalam kedudukan top 3 atau top 4 dalam setiap konsert GV8, ramai yang tidak menyangka Aliff Aziz akan muncul Juara GV8. Selepas beraksi cemerlang di konsert separuh akhir GV8, nama Aweera mula menjadi sebutan peminat untuk menjadi juara. Nama Nikki dan Suki turut disebut - sebut untuk menjadi juara kerana sentiasa konsisten dan memberi saingan sengit. Namun seperti yang dikatakan dalam sidang media selepas konsert, pemilihan lagu yang salah menjadi punca para peserta mendapat markah yang rendah daripada juri. Semua lagu sebenarnya dipilih oleh peserta dan dipersetujui oleh pihak Astro. Berbalik pada kemenangan Aliff Aziz ni, awalnya aku menyangka Nikki akan menjadi juara. 




Namun rezeki memihak pada Aliff. Aliff Aziz menyanyikan lagu Dealova, duet bersama Hafiz Suip kemudian menyanyikan lagu solo bertajuk Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir. Memang tak dinafikan kedua - dua lagu tersebut memang kena dengan suara Aliff. Kemudian dalam pusingan Battle pula Aliff Aziz akan berentap dengan Aweera menyampaikan lagu Bangun. Dalam battle round ni pun memang nampak Aliff lebih menyerlah sikit dari Aweera. Walaubagaimanapun dalam segmen battle tu aku lebih suka tengok battle di antara Adibah Noor dan Azan Scan menyanyikan lagu Kami Rappers nyanyian asal kumpulan 4U2C dan juga battle lagu Oppa Gangnam Style nyanyian Suki dan Nikki. Apa pun semua peserta all out malam ini, tahniah untuk semua finalis GV8.

Keputusan Pemenang GV8 

Juara - Aliff Aziz
Naib Juara - Nikki
Tempat Ketiga - Suki
Tempat Keempat - Adibah Noor
Tempat Kelima - Azan Scan
Tempat Keenam - Aweera



Read More


My Random Post