18 Nov 2017

Woman Of Dignity - Korean Drama Synopsis

Sinopsis Drama Korea - Woman Of Dignity Lakonan Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah, Sinopsis Lengkap Drama Korea Woman Of Dignity, Full Synopsis Woman Of Dignity, My Favorite, Pelakon Drama Korea Woman Of Dignity, Kim Hee Sun, Kim Sun Ah,  Jung Sang Hoon, Lee Tae Im, Lee Ki Woo, Lee Chae Mi, Kim Yong Geun, Ending Woman Of Dignity,
Sinopsis Drama Korea - Woman Of Dignity Lakonan Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah

Drama Korea Woman Of Dignity memang antara Drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik serta dibarisi oleh ramai pelakon hebat. Ini ditambah lagi apabila drama ini berjaya mengandingkan 2 pelakon jelita yang berpengalaman iaitu Kim Hee Sun dan Kim Sun Ah. Manakala jalan cerita drama ini turut berkisarkan tentang dua watak mereka. Pelakon lain yang turut berlakon dalam drama Woman Of Dignity ini adalah Jung Sang Hoon, Lee Tae Im, Lee Ki Woo, Lee Chae Mi, Kim Yong Geun dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga mempunyai 20 episod, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Drama Korea - Woman Of Dignity

Mengisahkan tentang Woo Ah Jin yang merupakan menantu kepada orang kaya, isteri kepada Ahn Jae Suk, yang merupakan anak kedua hartawan Ahn Jae Dong. Woo Ah Jin juga mempunyai seorang anak perempuan yang bijak bernama Ahn Ji Hoo. Semua orang sayang dan senang dengan personaliti Woo Ah Jin yang baik hati, peramah, bijaksana dan pakar dalam menyelesaikan sebarang masalah. Konflik dalam hidupnya bermula dengan kehadiran Park Bok Ja yang bekerja sebagai pembantu dan penjaga kepada ayah mertuanya yang sakit. Konflik dalam hidup Woo Ah Jin bertambah buruk dengan kecurangan suaminya bersama dengan guru lukisan anak mereka yang bernama Yoon Sung Hee. Woo Ah Jin berasa benar - benar dikhianati kerana Yoon Sung Hee adalah pelukis yang diperkenalkannya sendiri kepada suaminya, malah dia turut menyuruh anaknya belajar melukis dengan Yoon Sung Hee itu. Awalnya Ahn Jae Suk cuba menyembunyikan kecurangannya itu, namun selepas Woo Ah Jin mengetahui akan skandalnya itu, dia makin sakan bercinta secara terbuka dengan Yoon Sung Hee. Lebih teruk apabila Ahn Jae Suk tidak mahu menceraikan Woo Ah Jin mahu pun meninggalkan perempuan simpanannya itu. Pendek kata dua - dua pun dia nak, hal ini makin melukakan hati Woo Ah Jin.




Kecurangan Ahn Jae Suk dan penceraian mereka mengejutkan semua pihak, walaubagaimanapun mujurlah Woo Ah Jin memiliki anak perempuan yang matang dari usianya serta memahami apa yang dialaminya serta menjadi penghiburnya dikala duka. Kes penceraian Woo Ah Jin diuruskan oleh seorang peguam kacak yang bernama Kang Ki Ho. Dalam diam - diam, Kang Ki Ho turut menyintai Woo Ah Jin dan sentiasa menolongnya dalam sebarang kesulitan. Selepas penceraian, Ahn Jae Suk mula berasa kehilangan Woo Ah Jin dah berusaha untuk memujuknya kembali, namun semuanya sudah terlambat. Malah hubungannya dengan perempuan simpanannya itu turut bermasalah apabila Ahn Jae Suk tergila - gilakan Woo Ah Jin semula. Di samping masalah penceraiannya itu, Woo Ah Jin turut menghadapi masalah dengan Park Bok Ja, dimana Park Bok Ja yang dikenalinya dulu mula menunjukkan perangainya yang sebenar. Park Bo Ja yang bekerja sebagai pembantu dan penjaga ayah mertua Woo Ah Jin mula menggoda ayah mertuanya itu yang bernama Ahn Jae Dong dan akhirnya berjaya menjadi isteri ayah mertuanya itu. Ahn Jae Dong benar - benar jatuh cinta dengan Park Bok Ja dan mengikut segala kemahuan Park Bok Ja itu. Hal ini membuatkan ketiga - tiga anak Ahn Jae Dong berasa tidak puas hati, marah, benci, geram dan terasa ingin membunuh Park Bok ja itu. 

Park Bok Ja kemudiannya berjaya menjawat jawatan penting dalam syarikat Ahn Jae Dong, kemudian dia juga berjaya memujuk suaminya itu untuk menjual syarikat berkenaan. Hasil jual beli syarikat itu kemudiannya diperoleh Park Bok Ja dan bertindak melarikan wang berkenaan. Namun siapa sangka, dalam diam sebenarnya Park Bok Ja sangat mengagumi Woo Ah Jin dan menganggap Woo Ah Jin itu sebagai idolanya, dia kagum dengan sikap dan personaliti Woo Ah Jin. Disebabkan hal ini juga Park Bok Ja sentiasa lembut hati dan mengikut kata - kata W.A.Jin itu, sehinggalah dia kembali semula ke pangkuan suaminya itu setelah melarikan diri bersama duit yang banyak sebelum ini. Kepulangan Park Bok Ja kali ini ikhlas dari hatinya dan berazam untuk menjaga suaminya sebaik mungkin. Woo Ah Jin juga kerap meluangkan masa berborak dengan Park Bok Ja, walaupun dia tidak begitu selesa. Selepas penceraian, Woo Ah Jin sedar yang dirinya tidak mampu hidup mewah seperti dulu lagi, tapi mujurlah rakan - rakannya sanggup membantu, ditambah dengan bakatnya dalam bidang Aksesori dan Fesyen membuatkan rekaannya laris di pasaran dan membuatkan dirinya kini menjadi wanita bekerjaya sendiri, berbanding dulu yang bergantung pada harta ayah mertuanya saja.

Walaubagaimanapun niat Park Bok Ja yang ingin menebus kesilapannya pada suaminya tidak menjadi kenyataan, apabila dirinya dibunuh di dalam rumah berkenaan. Semua anggota keluarga Ahn Jae Dong menjadi suspek pembunuhan Park Bok Ja itu. Apa yang berlaku seterusnya? Siapakah yang membunuh Park Bok Ja itu?.

Gambar diatas credit to KIYOUNG KIM at Wikimedia Commons

1 ulasan:

  1. Nadia baru start tgk sebab drama nie ada menang award . tgk trailer mcm best . tue start tgk tue . Tapi, siapa yang bunuh Pak Bok Ja tu and laki tue siapa ? hihi

    BalasPadam



My Random Post