10 Nov 2017

Sinopsis Reunited Worlds (Korean Drama)

Sinopsis Drama Korea Reunited Worlds, Pelakon Drama Reunited Worlds, Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Ahn Kil Kang, Yoon Sun Woo, Kwang Dong Yeon, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Synopsis, Ending Drama Reunited Worlds, Genre, Fantasi, Misteri,
Sinopsis Drama Korea Reunited Worlds

Hari ini seperti biasa, aku nak share sinopsis drama Korea yang bertajuk Reunited Worlds. Antara Pelakon Drama Reunited Worlds ini adalah Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Ahn Kil Kang, Yoon Sun Woo, Kwang Dong Yeon dan ramai lagi. Drama Reunited Worlds ini kira drama baru juga sebab baru disiarkan di TV pada bulan Julai hingga September 2017 yang lalu. Jalan cerita drama ini boleh tahan best juga, ditambah lagi ada Yeo Jin Goo yang berlakon pula tu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ya, Selamat Membaca..

Sinopsis Korean Drama Reunited Worlds

Mengisahkan Sung Hae Sung yang merupakan seorang remaja yang ceria dan berkawan baik dengan Jung Won serta menyukainya dalam diam. Sung Hae Sung juga merupakan abang yang bertanggungjawab dan mempunyai 4 orang adik – beradik. Segalanya mula berubah apabila Hae Sung mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah lalu mati. Malah selepas kematiannya, Hae Sung juga turut dituduh sebagai pembunuh rakan sekelasnya. Hal ini membuatkan seluruh kawan Hae Sung terutamanya Jung Won serta adik – beradiknya hidup dalam keadaan sedih. Jung Won menyalahkan dirinya atas kematian Hae Sung itu. Setelah 12 tahun berlalu, Hae Sung tiba – tiba hidup semula dan berada di atas rooftop sekolahnya. Hae Sung mula binggung dan keliru apabila mengetahui dia kini berada dalam tahun 2017 dan bukannya tahun 2005 lagi. Dia juga turut ke rumah lamanya untuk mencari neneknya serta adik – beradiknya namun rumah tersebut telah diduduki oleh penyewa baru. Hae Sung akhirnya berada di balai polis, dan secara tidak sengaja terserempak dengan kawan sekolahnya yang kini bekerja sebagai polis iaitu Shin Ho Bang.

 

Muka Hae Sung yang langsung tidak berubah seperti dulu, serta kemunculan Sung Hae Sung secara tiba – tiba benar –benar mengejutkan Shin Ho Bang. Setelah beberapa lama, barulah Shin Ho Bang dapat berfikir secara rasional dan tidak takut pada Hae Sung lagi. Kemudian S.Ho Bang cuba membantu Hae Sung untuk berjumpa semula dengan Jung Jung Won yang kini bekerja sebagai pembantu Chef di sebuah restoran. Shin Ho Bang juga turut memberitahu pada kawan – kawan yang lain tentang kemunculan Hae Sung itu. Jung Won amat terkejut tapi gembira dengan kemunculan Hae Sung itu, malah Hae Sung turut tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Selepas itu, Hae Sung cuba menjejaki adik – beradiknya yang lain iaitu Hae Cheol, Young Joon, Young In dan juga Soo Ji. Walaubagaimanapun hanya Young Joon saja yang tidak mahu ada kaitan dengan Hae Sung lagi. Selain itu Hae Sung turut mendapati dia turut mempunyai kuasa luar biasa, seperti lebih kuat serta dapat mendengar perbualan orang lain dari jauh dan lain – lain lagi. Hae Sung juga turut mengenali seorang pakcik yang bernama Ahn Tae Bok yang juga senasib dengannya. 
Sinopsis Drama Korea Reunited Worlds, Pelakon Drama Reunited Worlds, Yeo Jin Goo, Lee Yeon Hee, Ahn Jae Hyeon, Lee Si Un, Kim Jin Woo, Ahn Kil Kang, Yoon Sun Woo, Kwang Dong Yeon, Drama Korea, Korean Drama, Korean Drama Synopsis, Ending Drama Reunited Worlds, Genre, Fantasi, Misteri,
Di samping itu, Hae Sung dan Ho Bang mula menyiasat tentang misteri kematian Hae Sung itu dan juga ingin tahu siapa yang melanggar Hae Sung sehingga mati pada malam kejadian. Mereka juga ingin mengetahui siapa dan kenapa Hae Sung dituduh sebagai pembunuh rakan sekelasnya. Walaubagaimanapun, tak lama kemudian, Hae Sung mengetahui yang dirinya tidak dapat hidup lama, kerana pada hakikatnya dia sudah pun mati. Hae Sung perlu menyelesaikan segala perkara yang belum selesai dan akhirnya dia akan lenyap. Hae Sung tidak mengetahui bila masanya dia akan lenyap, dan cuba melakukan sesuatu untuk membantu hidup adik – adiknya dan juga Jung Won. Dalam masa yang singkat itu, Hae Sung turut mengenali Chef Cha Min Joon yang amat baik padanya. Selain itu Hae Sung juga mengalami kesukaran untuk memberitahu perkara sebenar tentang dirinya yang akan lenyap pada bila – bila masa itu pada Jung Won dan juga kawan – kawan yang lain mahu pun adik – beradiknya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?. Ending Drama Reunited Worlds ini memang agak sedih juga tapi dah boleh dijangka endingnya sebegitu.

Gambar - Gambar di atas credit to Marie Claire Korea at Wikimedia Commons

2 ulasan:

  1. dah masuk list nak tengok. tapi still xtengok2 lagi. hehe. jom singgah blog sy https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    BalasPadam



My Random Post