30 Jul 2017

English Movie 10 Cloverfield Lane

English Movie, Filem, Movie, 10 Cloverfield Lane, Review, My Review, My Feeling, My Opinion, Sinopsis, Pelakon, John Goodman, Mary Elizabeth Winstead, John Gallagher, Suzanne Cryer,
Review & Sinopsis 10 Cloverfield Lane (English Movie)

Hari ini aku nak buat review ringkas tentang English Movie yang aku tengok baru - baru ini yang bertajuk 10 Cloverfield Lane. Filem ini dilakonkan oleh John Goodman, Mary Elizabeth Winstead, John Gallagher, Suzanne Cryer dan ramai lagi. Selepas menonton drama siri BrainDead, aku tertarik nak tengok filem - filem lakonan Mary Elizabeth Winstead ini, jadi aku pun tontonlah filem 10 Cloverfield Lane ini. Jalan cerita filem ini boleh tahan best juga, penuh suspen dan menarik. Uniknya dalam filem ini tidak perlukan ramai pelakon pun, hanya 5 hingga 6 orang pelakon saja, namun lakonan mereka memang terbaik. Selain itu tiada kisah cinta dalam filem ini sebab ianya lebih memfokuskan tentang watak Michelle yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitaran baru. Filem ini release pada 11 Mac 2016 dan diarahkan oleh Dan Trachtenberg.

Jalan cerita filem ini akan membuatkan kita tertanya - tanya apa yang akan berlaku seterusnya terutamanya untuk watak Howard Stambler. Sebab watak Howard ini agak pelik dan susah nak mempercayai segala kata - katanya. Kadangkala nampak Howard ini baik, kadangkala nampak Howard ini macam tak betul pun ada juga. Aku suka juga scene ketika mereka bertiga hidup bersama dalam keadaan tentang dan aman, namun disebabkan satu insiden, semuanya mula berubah. Selain itu aku tak sangka juga, ada Aliens di hujung filem ini. Ingatkan Howard tu mereka - reka cerita saja, tapi betul rupanya, tapi Howard itu tak patut bersikap kejam pada Emmett sampai membunuhnya. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini dibawah ye.

Sinopsis Filem 10 Cloverfield Lane

Mengisahkan Michelle yang bergaduh dengan kekasihnya lalu memutuskan untuk pergi menenangkan dirinya. Ketika dirinya sedang memandu, dia mengalami kemalangan lalu tidak sedarkan diri. Apabila dia sedar, dia mendapati dirinya telah dikurung di bilik bawah tanah, dia cuba untuk melepaskan dirinya tapi tak berjaya. Lelaki yang mengurungnya bernama Howard Stambler, dia cuba menerangkan perkara sebenar pada Michelle namun Michelle langsung tidak mempercayainya. Howard mengatakan dia telah melanggar kereta Michella tanpa dia sengaja lalu membawa Michelle ke tempat yang selamat. Setelah Michelle mulai tenang, Howard mula melepaskan Michelle supaya Michelle dapat berjalan - jalan di sekitar kubu bawah tanah tersebut dan mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku. Michelle juga telah berjumpa dengan seorang lagi lelaki yang turut tinggal dalam kubu bawah tanah itu yang bernama Emmett Dewitt. Emmett menyuruh Michelle untuk mempercayai Howard kerana semua kata - katanya itu benar.

Michella masih tidak percaya pada Howard lalu memutuskan untuk mencuri kunci dari Howard lalu membuka pintu keluar dan melihat sendiri keadaan di luar. Ketika sampai di pintu keluar, Michelle terkejut melihat seorang perempuan yang bernama Leslie menjerit serta merayu pada Michelle supaya membuka pintu dan membenarkan dirinya untuk masuk kerana dirinya sedang berada dalam bahaya. Michelle tergamam lalu mula sedar yang kemungkinan besar kata - kata Howard adalah benar, Howard kemudiannya menghalang Michelle dari membuka pintu tersebut. Akhirnya Michelle mengalah dan memutuskan untuk tinggal disitu. Sejak itu kehidupan mereka bertiga mulai aman dan tenang. Tak lama kemudian Michelle dan Emmett mula sangsi dengan Howard selepas terjumpa satu gambar budak perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini. Mereka syak Howard menipu serta ada kaitan dengan kes budak hilang itu dan kemungkinan besar Howard telah membunuh budak perempuan itu. 

Michelle dan Emmett mula membuat satu rancangan untuk keluar dari kubu bawah tanah itu, namun rancangan itu diketahui oleh Howard dan akhirnya Howard telah membunuh Emmett. Apa yang bakal berlaku pada Michelle?, dapatkah Michelle keluar dari kubu bawah tanak itu dengan selamat?. Kalau korang nak tahu kenalah tengok filem ini nanti, apa pun aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk filem 10 Cloverfield Lane ini.

1 ulasan:

  1. Mai dah tengok cerita ni... Best walaupun tak paham sgt ending, haha.

    BalasPadam



My Random Post