17 Nov 2019

Sinopsis Filem KL Vampires (2019)




KL Vampires, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem KL Vampires, KL Vampires Movie, Sinopsis KL Vampires, Malay Movie 2019, Filem Melayu 2019, Poster Filem KL Vampires, OST KL Vampires, Info Mengenai Filem KL Vampires, Senarai Pelakon Filem KL Vampires, Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Jeff Omar, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su, Azri Iskandar,
Sinopsis Filem KL Vampires Lakonan Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel dan Reen Rahim

Filem KL Vampires dah mula ditayangkan di pawagam bermula 14 November 2019 yang lalu. Antara pelakon filem KL Vampires ini adalah Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Jeff Omar, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su, Azri Iskandar dan ramai lagi. Filem yang bergenre aksi dan fiksyen ini turut menampilkan pelakon dari Indonesia iaitu Donny Alamsyah. Selain itu filem KL Vampires ini diarahkan oleh Daven Raghavan dan diterbitkan oleh Cinemaya Studios Sdn Bhd. Manakala OST KL Vampires ini dinyanyikan oleh SOG (Sekumpulan Orang Gila) featuring Shila Amzah bertajuk Pelukan Angkasa. Nampak menarik filem ini kan sebab ianya lari dari kebiasaan, lain dari yang lain dan unik. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem KL Vampires (2019)

Mengisahkan tentang dua kumpulan pontianak (vampire) yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai pengganti kepada darah. Kerajaan pontianak yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari (Raja Ilya) dan dibantu ketua komander iaitu Shah (Josiah Hogan). Manakala sebuah lagi kumpulan diketuai Argus (Donny Alamsyah) yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya yang telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu bapa kepada Ratu Citra Sari. 
KL Vampires, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem KL Vampires, KL Vampires Movie, Sinopsis KL Vampires, Malay Movie 2019, Filem Melayu 2019, Poster Filem KL Vampires, OST KL Vampires, Info Mengenai Filem KL Vampires, Senarai Pelakon Filem KL Vampires, Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Jeff Omar, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su, Azri Iskandar,
Kira-kira 200 tahun yang lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya serta bala tenteranya dengan menimbus mereka di dalam tanah menerusi manteranya. Argus cuba membangkitkan semula tentera-tentera tersebut dan ia hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa. Dalam hal yang lain Indera (Aeril Zafrel) yang merupakan ahli pasukan komander Shah bercinta dengan manusia bernama Reem Najwa (Reen Rahim) dan Reem Najwa ini pula adalah seorang wartawan. Apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post