27 Nov 2019

Baca Online Novel Rindu Yang Terlarang Karya Umie Nadzimah




Rindu Yang Terlarang, Drama Bersiri Astro Ria, 2019, Novel Rindu Yang Terlarang, Drama Rindu Yang Terlarang, Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2018, Drama Baru Zahirah Macwilson, Senarai Pelakon Drama Rindu Yang Terlarang, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan, Cover Depan Novel Rindu Yang Terlarang,

Novel Rindu Yang Terlarang Karya Umie Nadzimah sudah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 20 episod dan akan disiarkan di slot DramaVaganza, Astro Ria, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Fikri Ibrahim dan Zahirah Macwilson akan menjadi hero dan heroin drama Rindu Yang Terlarang ini. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan dan ramai lagi. Fikri Ibrahim akan memegang watak sebagai Faith (Fariz) manakala Zahirah Macwilson pula akan memegang watak sebagai Ainnura. Jalil Hamid sebagai Tok Wan, Sahronizam Noor sebagai Adnan,
Amyza Aznan pula sebagai Puan Ilah, Mat Over sebagai Encik Fazlan, Kartina Aziz sebagai Puan Rohana. Jadi sambil - sambil tengok versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel Rindu Yang Terlarang ini secara online saja.

Caranya korang hanya perlu klik link dibawah tu ye, tapi tak semua bablah ada kan, sikit je ada, kalau nak baca full novel ini, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Apa pun sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye




Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang

Cinta sembunyi-sembunyi mereka tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.
“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” PUAN ROHANA
Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.
“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH
“Tapi… Macam maa?” – AINNURA
Atas dasar simpati, percaya dan inginkan cucunya bahagia, tok wan Ainnura akhirnya menikahkan mereka secara rahsia. 
                                         Rindu Yang Terlarang, Drama Bersiri Astro Ria, 2019, Novel Rindu Yang Terlarang, Drama Rindu Yang Terlarang, Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2018, Drama Baru Zahirah Macwilson, Senarai Pelakon Drama Rindu Yang Terlarang, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan, Poster Drama Rindu Yang Terlarang,
Yeah… Nikmat berumah tangga bagaikan syurga dunia. Sayang sekali hanya seketika cuma. Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan. Beberapa tahun berlalu, walaupun sangat berjaya dalam kerjaya, perasaan Faith tetap kosong dan beku. Tiba-tiba dia rasa bernyawa semula apabila bertemu kembali Ainnura. Sedangkan hati Ainnura telah menjadi keras dan trauma dengan tragedi lalu. Maka bermulalah misi si duda memikat sijandanya…

                        Rindu Yang Terlarang, Drama Bersiri Astro Ria, 2019, Novel Rindu Yang Terlarang, Drama Rindu Yang Terlarang, Sinopsis Novel Rindu Yang Terlarang, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Melayu Astro 2018, Drama Baru Zahirah Macwilson, Senarai Pelakon Drama Rindu Yang Terlarang, Jalil Hamid, Amyza Aznan, Sahronizam Noor, Sulaiman Yassin (Mat Over), Kartina Aziz, Putri Hanan, Poster Drama Rindu Yang Terlarang, Drama Adaptasi Novel,
“Orang rindu Ain sangat…” – FAITH

“Rindu kita… Rindu terlarang!” – AINNURA

Bersatu semula, sedangkan keluarga mereka masih bermusuhan, bukanlah satu rancangan yang bijak untuk mencari bahagia. Ainnura menolak, tidak mahu mengulang kisah lama. Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan. 
~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post