26 Jul 2017

Sinopsis Filem Complete Unknown (English Movie)

Filem, Movie, English Movie, English Film, Complete Unknown, 2016, Misteri, Sinopsis, Pelakon, Rachel Weisz, Michael Shannon, Kathy Bates, Danny Glover, Condola Rashad, Chriss Lowell, Azita Ghanizada,
Sinopsis Filem Complete Unknown (English Movie)

Disebabkan bosan, aku tercari - cari filem manakah yang best untuk ditonton, kemudian aku buat keputusan untuk menonton English Movie yang bertajuk Complete Unknown ini. Aku tertarik dengan tajuk filem ini, tajuknya macam ala - ala misteri, jadi aku putuskan untuk menonton filem ini saja. Filem Complete Unknown ini release pada 26 Ogos 2016 dan dilakonkan oleh Rachel Weisz, Michael Shannon, Kathy Bates, Danny Glover, Condola Rashad, Chriss Lowell, Azita Ghanizada dan ramai lagi. Filem ini diarahkan oleh Joshua Marston. Bagi aku filem ini agak membosankan, tak banyak adegan suspen mahu pun  plot twist sebaliknya jalan cerita filem ini lebih memfokuskan tentang watak Alice lakonan Rachel Weisz yang suka menyamar dan mempunyai banyak identiti. Filem ini tidak ada unsur - unsur kejutan yang boleh membuatkan penonton ternanti - nanti babak yang seterusnya. Apa pun korang boleh baca sinopsis filem ini di bawah ya, selamat membaca.

Sinopsis Filem Complete Unknown (English Movie)

Mengisahkan tentang Alice yang berusia dalam lingkungan 30 tahun ke atas yang mempunyai banyak identiti serta telah melakukan banyak pekerjaan di beberapa negara. Apabila dirinya sudah berasa bosan dengan identiti serta pekerjaannya yang lama, maka dia akan berhijrah ke negara baru beserta dengan identitinya yang baru. Tak lama kemudian Alice mula berasa rindu dengan identiti asalnya dan ingin pulang ke kampung halamannya serta bertemu dengan orang yang mengenali dirinya yang asal. Alice kemudiannya memutuskan untuk berjumpa dengan Tom yang merupakan bekas teman lelakinya. Tom sudah pun berkahwin dengan Ramina namun mempunyai beberapa masalah dengan isterinya itu. Alice kemudiannya cuba mendekati kawan baik Tom iaitu Clyde untuk mencari peluang berjumpa dengan Tom. Akhirnya Clyde mengajak Alice untuk pergi ke Birthday Party Tom dan kemudian Alice dapat berjumpa dengan Tom namun berpura - pura tidak mengenalinya. Tom amat terkejut apabila melihat Alice atau nama sebenarnya Jennifer kerana mereka sudah lama tidak berjumpa.

Ketika berada di parti hari jadi Tom itu, Alice sangat disenangi oleh kawan - kawan Tom yang lain dan hal ini membuatkan Alice menceritakan serba sedikit tentang dirinya pada kawan - kawan Tom itu. Alice juga turut menceritakan tentang pertukaran namanya serta identitinya dan menyebabkan kawan - kawan Tom terkejut dan ada juga yang kagum dengan keberanian Alice itu. Akhirnya Tom mengajak semua kawan - kawannya ke Club untuk berhibur dan bersuka ria. Disana berlaku satu insiden yang menyebabkan kawan - kawan Tom mula mensyaki dan menganggap Alice ini penipu. Hal tersebut menyebabkan Alice sedih lalu keluar dari Club berkenaan dan Tom turut mengikutnya. Mereka berdua kemudiannya menolong seorang perempuan tua bernama Nina yang terseliuh kakinya. Di rumah Nina, Alice menyamar lagi dan memperkenalkan dirinya dan Tom sebagai Cardiologist dan juga doktor. Tom kemudiannya berpura - pura menjadi doktor dan memeriksa kaki Nina, dirinya berasa agak enjoy menjadi orang lain. Tom dan Alice akhirnya bergegas keluar dari rumah Nina kerana tak mahu lakonan dan penipuan mereka terbongkar.

Dalam perjalanan pulang, Tom menyuruh Alice untuk menunjukkan apa yang dilakukannya sekarang dan Alice kemudiannya membawa Tom ke tempat kerjanya. Disitu Tom dapat melihat dengan lebih dekat lagi tentang cara hidup Alice yang sering berpindah randah dan bertukar pekerjaan. Tom turut mengikut Alice pulang ke rumahnya dan melihat Alice sibuk mengemas barang - barangnya untuk berhijrah ke tempat baru di keesokan harinya. Alice turut mengajak Tom untuk pergi bersamanya, namun Tom tidak mahu dan akhirnya mereka berpisah dan membawa haluan masing - masing. Tom juga sudah berbaik - baik semula dengan isterinya dan akan berpindah ke tempat baru seperti yang diinginkan isterinya itu. Manakala Alice pula sudah pun berada di tempat baru beserta identitinya yang baru. Ending filem Complete Unknown ini memang simple dan straight to the point saja, jadi secara keseluruhannya, aku bagi 4.5 Bintang dari 10 bintang untuk filem ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post