8 Nov 2017

Hukum Bermain Duit Kutu

Hukum Bermain Duit Kutu
Hukum Bermain Duit Kutu

Ada tak dekat sini yang tak pernah langsung main duit kutu ini dengan kawan - kawan yang lain?. Main duit kutu ini memang terkenal di Malaysia ini, dari budak sekolah sampailah kepada orang yang dah kerja pun masih bermain duit kutu. Mungkin ada yang menganggap bahawa main duit kutu ini diibaratkan sebagai teknik menyimpan duit secara beramai - ramai mengikut giliran, namun dalam asyik bermain duit kutu ini, pastinya ada yang belum tahu tentang hukum bermain duit kutu ini kan?. Aku dulu juga pernah bermain benda ini, terutamanya di zaman persekolahan, bukan setakat budak Melayu saja yang join main duit kutu ini, malah budak India pun join sekali. First time aku main duit kutu ini masa di tingkatan 5, kawan aku yang menjadi tukang kumpul duit, tukang simpan duit dan juga tukang bagi duit tu balik nanti. Tugas aku cuma perlu membayar duit mengikut jumlah yang dipersetujui beramai - ramai. Lepas itu akan ada sesi mencabut undi untuk menentukan giliran masing - masing. Kemudian ketika di tingkatan enam pula, aku bermain sekali lagi dengan kawan - kawan sekelas, kali ini aku yang pegang duit. Ini semua terjadi akibat jealous melihat budak - budak kelas sebelah main duit kutu, so dengan kelas kami pun terjangkit sekali.



Kali ini lebih ramai yang join main duit kutu, ada yang siap main untuk dua orang sekaligus, lepas itu ada 2 budak India perempuan turut join group aku main duit kutu ini, serta seorang budak lelaki. Masa ini aku siap buat jadual dalam satu buku khas, dan mereka yang telah membayar duit perlu tandangan dalam buku tersebut untuk tiap - tiap hari bagi menyenangkan kerja - kerja mengumpul duit serta sebagai bukti yang masing - masing dah membayar. duit pada hari berkenaan. Bila bermain duit kutu ini, pastilah ada risikonya seperti akan ada orang yang sukar nak membayar duit ketika tiba giliran orang terakhir, bertambah sukar bila musim cuti, jenuh nak kena himpun duit. Kemudian bia masuk universiti pula, rasa teringin lagi nak bermain duit kutu ini lagi, bila tanya pada yang lain, semua pun okey untuk join sekali, tapi tak ada yang sanggup atau berani untuk pikul tanggungjawab sebagai tukang kutip duit dan simpan duit. Maklumlah masa ini kan semuanya tinggal di Kolej Kediaman, jadi masing - masing pun bimbang kalau duit tersebut akan kena curi mahu pun hilang. Akhir sekali memang tak main langsung duit kutu ini di zaman universiti mahu pun sekarang.

Last sekali bermain duit kutu ini ketika di Form 6 saja. Walaubagaimanapun masa itu aku memang tak tahu langsung pasal hukum bermain duit kutu ini sebab pakai main saja dan tak ambil kisah pasal benda lain. Sekarang ini baru tahu hukum sebenar bermain duit kutu ini, nasiblah masa zaman universiti dulu tak jadi main duit kutu ini, malah sampai sekarang pun memang tak main dah, tambah - tambah bila dah tahu hukum bermain duit kutu ini. Untuk penenerangan lanjut pasal hukum main duit kutu ini boleh baca di bawah ini ya, credit to Sinar. FM, selamat membaca dan moga bermanfaat pada kita semua.
Kuliah Ustaz Azhar Idrus menerangkan hukum sekiranya bermain duit kutu. 
Soalan : Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan. Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan : "Saya berhutang kepada awak semua". Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan : "Saya bayar hutang awak" Manakala jika kita adalah orang terakhir yang dalam pusingan kutu, kita perlu berkata: "Saya terima hutang awak semua kepada saya"Sekiranya semua akad-akad ini dilafazkan maka hukum bermain duit kutu adalah HARUS.**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukumnya menjadi HARAM. Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas?? Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post