30 Mac 2017

Throwback - Power Rangers First Season

Throwback - Power Rangers First Season. Pelakon Asal Powers Rangers, Power Rangers Pink, Merah, Hitam, Kuning dan Biru, Original Power Rangers, Pelakon Asal Siri TV Power Rangers, Pink Ranger, Amy Jo Johnson,
Throwback - Power Rangers First Season (Pelakon Asal Powers Rangers)

Wah dah ada Filem Power Rangers sekarang ini kan, teringat pula masa dulu - dulu ketika aku masih kecil, Power Rangers memang menjadi rancangan TV kegemaran aku ketika itu. Tak silap aku masa tu, Power Rangers disiarkan di RTM ketika hujung minggu dalam pukul 7 Malam macam tu. Gambar diatas itu adalah pelakon asal Power Rangers dan kemudian akan diganti dengan pelakon - pelakon baru. Sekarang ini, semua pelakon asal siri Power Rangers dah matang dan nampak sudah berusia, masa mereka berlakon dalam Power Rangers Musim Pertama tu mesti semuanya muda remaja lagi. Kalau perempuan biasanya sukakan Power Rangers Pink tu, comel dan cantik gitu. Ikutkan Power Rangers sebetulnya ada 5 orang, iaitu Power Rangers Pink, Yellow, Blue, Red and Black tapi di siri dan episod tertentu ada juga Power Rangers special yang lain contohnya Power Rangers Silver, Gold, Green dan lain - lain lagi. Awalnya aku memang ikut siri Power Rangers ni, tapi sampai siri ke berapa ntah, aku dah malas nak ikut lagi sirinya. Lagipun pelakonnya sentiasa bertukar - tukar dan buatkan aku jadi malas pula nak tengok. 

Masa kegemilangan siri Power Rangers ni dulu, ada banyak produk yang gunakan nama diorang, patung - patung diorang ini juga banyak dijual sama ada kecil atau besar. Keropok pun ada tau, aku ingat lagi masa aku kecil, aku memang selalu beli keropok Power Rangers itu, rasa keropok itu manis, ini ditambah lagi ada gambar / sticker Power Rangers dalam keropok itu dan ada peraduan pula tu. Dimana semua dikehendaki membeli keropok - keropok tersebut dan dapatkan sticker  kesemua Power Rangers di dalam keropok berkenaan, kemudian lekatkan kesemua sticker itu di dalam kertas yang disediakan. Pada siapa yang berjaya mengumpul kesemua warna Power Rangers dengan lengkap boleh menebus hadiah di kedai - kedai tersebut. Memang ramai kanak - kanak yang rajin membeli keropok itu dengan harapan dapat mengumpul kesemua P.Rangers itu, tapi memang susah nak menang hahaha. Selama aku try membeli keropok tersebut, tak pernah sekali pun aku berjaya mengumpul kesemuanya, balik - balik dapat warna yang sama saja. Tak pernah juga aku dengar ada yang menang pun hihi.

Apa pun memang throwback betul entry ni hehe, zaman kanak - kanak dulu memang siri - siri seperti P. Rangers, Doraemon, Sailormoon dan Dragon Ball menjadi program TV kesukaan aku dulu. Paling best siri Doraemon sampai sekarang masih disiarkan di TV tu, aku walaupun dah belajar, kadang - kadang tertengok juga Doraemon dan Shin Chan tu hahaha.

Gambar di atas credit to https://www.flickr.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

My Random Post