26 Jun 2023

Drama Perempuan Itu Lakonan Mimi Lana dan Zul Ariffin



drama perempuan itu, ending drama perempuan itu, ost drama perempuan itu, perempuan itu cast, sinopsis drama perempuan itu, pelakon - pelakon drama perempuan itu, zul ariffin, mimi lana, siti hariesa, episod akhir drama perempuan itu,

Sebelum ditayangkan lagi drama ini dah ada kontroversi gitu, namun setelah ditayangkan drama ini mula popular dan menjadi bualan ramai disebabkan jalan ceritanya yang menarik. Antara pelakon drama Perempuan Itu adalah Mimi Lana, Siti Hariesa, Zul Ariffin, Amar Asyraf, Erysha Emyra, Elfriena Adros, Eman Manan, Norish Karman, Azizah Mahzan, Aleeza Kasim dan ramai lagi. Seperti drama Andai Itu Takdirnya, ramai juga yang emosi tengok drama Perempuan Itu disebabkan watak Emir yang curang tapi sedaya upaya tak nak mengaku tu, bila dah kantoi memang habislah kan. Plus si Khalish isteri Emir ni bukan perempuan sembarangan, of courselah dia tuntut cerai. Tapi tak semudah tu jugalah Emir nak menceraikannya sampai kena fight kat mahkamahlah. Bila dah jatuh talak, Emir berusaha untuk menyelamatkan rumahtangganya dalam tempoh edah yang ada. Macam - macam usaha yang dilakukan oleh Emir untuk membuat Khalish berubah fikiran. Namun tidak berjaya, Khalish tetap dengan pendiriannya.




Masa ni isteri kedua Emir iaitu Seira pula yang makan hati tengok suaminya gila talak. Khalish dah move on tapi Emir masih macam tu, stil teringatkan Khalish. 
Apa jadi seterusnya tu tak tahulah kan sebab drama ini masih in going, drama Perempuan Itu mempunyai 30 episod dan disiarkan setiap hari di portal Tonton. Lagu tema / OST drama Perempuan Itu bertajuk Perempuan nyanyian Jacklyn Victor. Lagi beberapa episod je yang tinggal, pastu habislah drama ini. Ramai yang suka denga watak Khalish yang merupakan wanita yang kuat dan bijak. Apa pun memang layannn drama ini..

Ending Drama Perempuan Itu

Tak sangka masa episod akhir drama Perempuan Itu tu macam - macam yang jadi, Khalish mengandunglah, time nak bersalin, suami pula mati, Seira pula ajak Khalish untuk bermadu dengan dia balik dan of courselah Khalish tak nak kan. Kalau nak jadi kawan saja tu bolehlaaa. Lepas tu Khalish enjoy membesarkan anak perempuannya itu dan tamatlah drama ini..

Jom BaCa Ini 👉👉  Ending Drama Andai Itu Takdirnya

👉👉 Cirkus - Hindi Movie Review

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post