Filem Dua Garis Biru adalah filem Indonesia yang release di Malaysia pada 3 Oktober 2019 yang lalu. Filem ini mendapat sambutan hangat dari penonton kerana jalan ceritanya yang dekat dengan realiti masyarakat kini. Antara pelakon filem Dua Garis Biru ini adalah Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine dan Ligwina Hananto dan ramai lagi. Selain itu filem Dua Garis Biru ini diarahkan oleh Gina. S. Noer dan filem ini mengangkat isu remaja yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah. Barisan pelakon filem ini juga kena dan serasi dengan watak masing - masing. Jalan cerita filem Dua Garis Biru ini bermula dengan Bima (lakonan Angga Aldi Yunanda) dan Dara (Zara) yang berusia 17 tahun dan merupakan pelajar sekolah. Mereka sekelas dan rapat, Dara merupakan pelajar pintar berbanding Bima.
Konflik filem ini bermula bila mereka berdua terlanjur dan Dara kemudian mendapati dirinya mengandung. Reaksi Bima ketika dapat tahu Dara mengandung memang sudah dijangka, dia awalnya terkejut dan cuba menjauhkan dirinya daripada Dara tapi nasiblah dia sedar yang dia tak patut buat Dara macam tu, sebaliknya perlu bersama - sama dengan Dara untuk menyelesaikan masalah mereka. Dara dan Bima awalnya sepakat ingin mengugurkan kandungan Dara itu, tapi Dara kemudiannya mengubah keputusannya itu. Bima dan Dara kemudian sepakat untuk menyembunyikan kehamilan Dara dari semua orang. Namun diorang kantoi dekat sekolah bila Dara terlepas cakap masa dia rasa sakit kat bahagian perutnya itu dan guru diorang terus call mak bapa Bima dan Dara untuk datang ke sekolah.
Scene ni memang epik bila mak bapa Bima dan Dara terkejut gila bila dapat tahu Dara mengandung dan diorang mengamuk kat situ, especially mak Dara. Bima pula nekad nak bertanggungjawab atas Dara.
Selepas itu Dara dan Bima perlu memikul tanggungjawab besar di usia muda. Mak bapa Dara cuba mencari alternatif lain dengan menyarankan Dara untuk menyerahkan anaknya nanti pada pakcik dan makciknya yang masih belum ada anak. Namun Bima tak begitu setuju dengan hal itu. Apa yang berlaku seterusnya? Ingatkan lepas Dara bersalin dah selesailah masalah, tapi boleh pula ada komplikasi lain. Ending filem Dua Garis Biru ini memang aku tak jangka sebenarnya. Bagi aku endingnya agak tergantung juga, hope ada sambungannya nanti. Nak tahu apa jadi dengan Dara, Bima dan anak mereka lepas tu. Aku rasa kalau ada sambungan mesti lagi best, cabaran yang diorang hadapi nak besarkan anak, pastu nak kejar cita - cita lagi.
Jom Baca Ini juga ➔ My Korean Drama List 2019
~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
berat juga movie ni tapi heroin tu comel la..hehe
BalasPadam