Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri yang disiarkan sejak 3 Januari yang lalu setiap Jumaat, jam 6 petang di Salam HD saluran 113 Unifi TV. Pelakon Amar Asyraf dan Ezzaty Abdullah akan menjadi teraju utama drama Superhero Hati ini. Amar Asyraf akan melakonkan watak sebagai Akasyah Alimin manakala Ezzaty Abdullah kan melakonkan watak sebagai Dahlia Suhana. Pelakon lain yang turut membintangi drama Superhero Hati ini adalah Nafiez Zaidi yang memegang watak sebagai Wan Daniel, Umar Dzarif sebagai Adam Zakwan, Raja Azmi sebagai Hajah Fauziah, Aishah Atan sebagai Datin Faridah, Puteri Ateeqah Ayu sebagai Suraya, Hanna Qistina sebagai Zaza, Dilla Ahmad sebagai Sarimah dan ramai lagi. Berbalik pada novel Superhero Hati ini, ianya diterbitkan pada bulan Disember 2017 oleh Anaasa Publication. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye.
Sinopsis Novel Superhero Hati Karya Wardina Aisyah
Akashah Alimin, dia duda terhangat idaman wanita. Kehilangan isteri tercinta menyebabkan dia menjadi seorang yang menyendiri. Masanya hanya dihabiskan pada kerja dan pesakit-pesakitnya. Sehingga dia tidak sedar, perbuatannya ini mengundang rasa kecewa di hati si kecil bernama Adam. Satu satunya permata hati peninggalan arwah Zahida.
"Kalau abah sayangkan Adam, abah tak mungkir janju. Abah kata nak datang awal..tapi abah tak datang pun. Kalau Adam masih ada mama..tentu mama tak biarkan Adam tunggu lama-lama kat sekolah." - Adam - Dahlia Suhana. Kenangan cinta monyet itu tak pernah dilupakan. Walau telah bertahun lamanya, lelaki pertama yang pernah dicintai dalam diam itu tetap bernafas dalam hati. Meski dirinya merupakan tunangan orang, namun si dia juga yang dinanti. Wan Daniel, dia kasanova terhebat. Tak pernah kekal dengan mana-mana wanita. Baginya cinta ibarat menukar baju. Tak perlu kekal lama. Siapa sangka, hatinya tunduk pada seorang gadis gemuk yang comel. Berbagai usaha dilakukan sehingga dia berjaya meraih hati si gadis pujaannya itu.
Namun, satu pertemuan, merubah segala-galanya.
"Saya dah lama cintakan awak. Sejak kita di bangku sekolah. Cuma saya tak berani nak luahkan isi hati saya masa tu." - Akasyah Alimin
"Kenapa mesti ada pertemuan dan perpisahan? Sungguh.. Aku tak suka semua ni!" - Dahlia Suhana
"Mungkin memang dah takdir hidup awak bersama dia dan bukannya saya. Apa pun keputusan awak, saya terima dengan hati terbuka. Cuma saya nak awak tahu, awak satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hati saya untuk berumah tangga" - Wan Daniel.
Suhana keliru. Siapa yang harus dipilih? Antara si doktor dan si juruterbang? Atau perlukah dia terus menguburkan perasaannya sendiri demi kebaikan semua orang?
Benar, kisah cinta tak seharusnya berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan. Takdir Allah itulah yang terbaik
Jom Baca Ini Juga ➔ Drama Sepasang Awan Putih Adaptasi daripada Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan