6 Ogo 2020

Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (TV3)




Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3,

Drama Pink Smile adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 31 Julai 2020 yang lalu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi / diinspirasikan daripada Novel Pink Smile karya Luna Adresia. Antara pelakon drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Pink Smile ini dibawah ye beserta sinopsisnya sekali. 

Fattah Amin sebagai Areeq (Kazreeq)
Sweet Qismina sebagai Luna
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
Intan Najuwa sebagai Rysa
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol




Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (Lestary TV3)

Kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe. Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan. Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius?

Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3, Drama Baru Fattah Amin,
Lagu Tema / OST Drama Pink Smile

πŸ’‹ Hello Hello nyanyian Marsha Milan
πŸ’‹ Sekali Ini nyanyian Nyssa
πŸ’‹ Lagu Cinta Kita nyanyian Naqi dan Ayuni
πŸ’‹ Andai Nanti nyanyian Mui"zz
πŸ’‹ Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa
πŸ’‹ Jangan Pergi nyanyian Shakira

2 ulasan:



My Random Post