Memaparkan catatan dengan label Sharifah Rose. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sharifah Rose. Papar semua catatan

5 Ogo 2022

Drama Ku Punya Hati Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Ku Punya Hati, Drama Ku Punya Hati TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama Ku Punya Hati, Sinopsis Drama Ku Punya Hati, Drama Ku Punya Hati Full Episode, Drama Ku Punya Hati Episod 1 Hingga 28, Drama Ku Punya Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ku Punya Hati, Drama Baru Sharifah Rose, Drama Baru Nabil Aqil,

Drama Ku Punya Hati adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera, Zara Zya yang telah tamat episodnya. Drama Ku Punya Hati ini mempunyai 28 episod dan sudah bersiaran di TV3 sejak 4 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Ku Punya Hati ini adalah Nabil Aqil, Sharifah Rose, Luqman Hafidz, Alya Iman, Cahaya Nilam, Sera Melissa, Salina Saibi, Zila Bakarin, Azri Iskandar dan ramai lagi. Selain itu drama Ku Punya Hati ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, sebelum ni nampak Nabil Aqil ni banyak memegang watak sebagai pelakon pembantu, ni mungkin drama pertama dia sebagai hero. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ku Punya Hati ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Ku Punya Hati

Nabil Aqil sebagai Noah 
Sharifah Rose sebagai Rashidah
Alya Iman sebagai Trisha
Zila Bakarin sebagai Puan Faridah
Azri Iskandar sebagai Tuan Minhad
Ieda Moin sebagai Mama Hazz
Salina Saibi sebagai Intan
Luqman Hafidz sebagai Rezza
Cahaya Nilam sebagai Jess
Sera Melissa sebagai Sofea
Ainin Batrisya sebagai Airis




Sinopsis Drama Ku Punya Hati Lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Bermula sebagai seorang yang kasar dan berjiwa bebas, personaliti Rashidah dibentuk menjadi bintang media sosial dan artis dalam sekelip mata, semuanya berkat Noah. Noah telah melamar Rashidah, tetapi terpaksa merahsiakannya kerana perjanjian hubungan kontrak mereka. Apabila dia mendapati dirinya hamil, Rashidah menerima kritikan meluas daripada netizen tentang dirinya. Keluarga Noah tidak dapat menerima dia sebagai sebahagian daripada keluarga mereka, yang menyedihkan menyebabkan perpisahan mereka. Tiba-tiba suatu hari Noah hilang, dikhuatiri mati dalam keadaan misteri. Ini menyebabkan Rashidah menerima lebih banyak kritikan dan dipulaukan keluarga. Adakah dia akan mendapat ketenangan daripada kesengsaraan ini dan mengetahui apa yang berlaku pada cinta sejatinya pada akhirnya?
Drama Ku Punya Hati, Drama Ku Punya Hati TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama Ku Punya Hati, Sinopsis Drama Ku Punya Hati, Drama Ku Punya Hati Full Episode, Drama Ku Punya Hati Episod 1 Hingga 28, Drama Ku Punya Hati Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ku Punya Hati, Drama Baru Sharifah Rose, Drama Baru Nabil Aqil,

Lagu Tema / OST Drama Ku Punya Hati

👄👄 Tak Punya Hati nyanyian Ika Mustafa

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Guard Komando (TV9)


Read More

15 Apr 2022

Drama Do You Love Me Captain Episod 1 Hingga 25 Di Slot Lestary TV3



Drama Do You Love Me Captain, Drama Do You Love Me Captain Slot Lestary TV3, Poster Drama Do You Love Me Captain, Sinopsis Drama Do You Love Me Captain, Novel Do You Love Me Captain Karya Sophilea, Drama Do You Love Me Captain Full Episode, Do You Love Me Captain Cast, Pelakon - Pelakon Drama Do You Love Me Captain, Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid,

Drama Do You Love Me Captain adalah drama terbaru di slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan Drama Kerana Dia Suka yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di TV3 sejak 13 April 2022 yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Do You Love Me Captain ini adalah Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 25 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Do You Love Me Captain karya Sophilea. Selain itu drama Do You Love Me Captain ini diarahkan oleh Adam Hamid dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution. Nampak macam best je drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Do You Love Me Captain beserta sinopsisnya sekali di bawah okey..

Ali Rezark sebagai Captain Darish Dzaqrie

Sharifah Rose sebagai Captain Daneena Durra

Noniswara sebagai Dr Anis 
Faye Kusairi sebagai Harlina
Syainie Aida sebagai Zara
Hazeeq Dean sebagai Hakim
Azim Yusof sebagai Idlan
Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Kamarul
Kartina Aziz sebagai Tok Mama
Yasmin Khalid sebagai Amilia
Daniel Fong sebagai Adam




Sinopsis Drama Do You Love Me Captain - Slot Lestary TV3

Daneena melarikan diri daripada rancangan jahat mak ciknya dan menyembunyikan diri dalam sebuah rumah banglo di atas bukit miliki Darish, kapten TUDM. Demi menjaga maruah Darish dan juga menyembunyikan identiti sebenar Daneena daripada pengetahuan orang luar, mereka berdua berkahwin supaya Daneena dapat meneruskan hidupnya sebagai orang gaji di rumah itu. Berjayakah rancangan mereka?

Sinopsis Novel Do You Love Me Captain

Crash landing on you? Huh! Mimpi sajalah semua itu. “Realitinya mana ada macam itu. Tiba-tiba jodoh datang dari langit. Drama itu semua khayalan… merepek saja. Semuanya melalaikan.” Kapten Darish Dzaqrie cuma menjeling saat sahabatnya leka dengan drama yang memaparkan kehidupan tentera Korea Utara itu.
“Jangan cakap sombong Darish.. takut esok jodoh kau keluar dari almari bilik.” 
Takdir Tuhan, tatkala pulang bercuti di rumah yang dibina berhampiran pantai, seorang wanita bersembunyi di dalam almari. 
“Awak keluar dari almari ini sekarang sebelum saya heret ke balai polis!” Entah berapa lamalah agaknya gadis yang bernama Daneena Durra ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya.
“Saya minta maaf, Tuan. Jangan bawa saya ke balai polis. Saya cuma… Saya cuma tumpang berteduh. Demi Allah saya tak ambil apa-apa barang pun dekat sini kecuali makanan dalam peti ais"
Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.
Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.
“Siapa awak Daneena?”
“Siapa saya… anggap sahaja takdir yang bawa saya ke sini.”
Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…
Do you love me, Captain?
Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.
Drama Do You Love Me Captain, Drama Do You Love Me Captain Slot Lestary TV3, Poster Drama Do You Love Me Captain, Sinopsis Drama Do You Love Me Captain, Novel Do You Love Me Captain Karya Sophilea, Drama Do You Love Me Captain Full Episode, Do You Love Me Captain Cast, Pelakon - Pelakon Drama Do You Love Me Captain, Ali Reza, Sharifah Rose, Azim Yusof, Hazeeq Dean, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid,

Lagu Tema / OST Do You Love Me Captain


👄👄 Fly With Me nyanyian Firdaus Rahmat

Tonton Drama Do You Love Me Captain Full Episode

Kalau korang terlepas menonton drama ini di TV, korang boleh tonton online drama Do You Love Me Captain ini di Disney+ Hotstar

Read More

3 Mac 2022

Episod Akhir dan Ending Drama 3 Nota Cinta - Di Slot Akasia TV3



Drama 3 Nota Cinta, Drama 3 Nota Cinta Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama 3 Nota Cinta, Info dan Sinopsis Drama 3 Nota Cinta, Sinopsis Penuh Drama 3 Nota Cinta, 3 Nota Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 3 Nota Cinta, Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Drama TV3,
Drama 3 Nota Cinta Episod 1 Hingga 14 (Akhir) Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Drama 3 Nota Cinta adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bermula 14 Februari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Shakira lakonan Janna Nick, Shukri Yahaya dan Khai Bahar yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama 3 Nota Cinta ini adalah Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Afifah Nasir, Wanie Kayrie, Muaz Fitri, Zila Bakarin, Jalaludin Hassan, Aznah Hamid, Jasper Supayah, Salina Saibi dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama 3 Nota Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Ashraf Muslim sebagai Zain
Sharifah Rose sebagai Alisa
Afifah Nasir sebagai Abby
Wanie Kayrie sebagai Aini 
Zila Bakarin sebagai Sofea
Khairil Anwar Aman sebagai Razak
Jalaludin Hassan sebagai Bahar
Aznah Hamid sebagai Aminah




Sinopsis Drama 3 Nota Cinta Lakonan Ashraf Muslim dan Sharifah Rose Di Slot Akasia TV3

Mengisahkan Alisa (Sharifah Rose) sering menjadi mangsa kemarahan ibunya, Sofea (Zila Bakarin) selepas bapanya Razak (Khairil Anwar Aman) meninggalkan mereka tanpa khabar berita pada beberapa tahun lalu. Sofea terpaksa menebus fasakh sehingga terjatuh talak ketiga. Keluarga Alisa hancur dan sikap Sofea juga berubah secara drastik. Sofea menjadi pemarah dan mula mengongkong kehidupan anak-anaknya yang belum berkahwin. Hubungan Sofea dengan ibu bapanya, Bahar dan Aminah juga menjadi tegang apabila Sofea menganggap merekalah punca utama Razak bertindak meninggalkannya. Bahar mula menunjukkan tanda-tanda pelupa dan kadang-kala tidak dapat menguruskan diri. Setelah disahkan mengidap penyakit Alzheimer, nota-nota cinta yang ditulis olehnya dalam bahasa jawi menjadi memori paling indah buat Aminah. Alisa kagum dengan cinta utuh datuk dan neneknya yang masih setia bersama walaupun diuji dengan pelbagai insiden. Namun, Alisa tidak menaruh harapan dan tidak percaya akan wujudnya lelaki yang baik seakan datuknya dalam hidupnya

Satu hari, Alisa telah membawa Bahar dan Aminah makan di sebuah kedai. Dalam keadaan huru-hara untuk menguruskan Bahar, Zain (Ashraf Muslim) tampil menghulurkan bantuan. Zain cuba sedaya upaya untuk berkenalan dengan Alisa selepas pertemuan tersebut. Berdasarkan kad nama yang diberi oleh Aminah, Zain cuba mendekati Alisa dengan pertolongan Aminah, nenek Alisa. Akhirnya, Zain berjaya menghubungi Aminah dan dipelawa ke rumah. Aminah ingin menjodohkan Zain dan Alisa. Zain teruja untuk berkenalan dengan Alisa akan tetapi, Sofea mula bersikap dingin terhadap mereka. Sofea pernah memberi amaran keras kepada Alisa supaya tidak jatuh cinta pada mana-mana lelaki. Bagi Sofea, perkahwinan hanya akan membawa penderitaan. Setelah mengetahui Alisa pandai menulis puisi, Zain mengambil peluang meminta tolong Alisa meneliti lirik lagunya. Sebagai seorang pencipta lagu, Zain masih menunggu peluang untuk memperkenalkan karyanya kepada umum. Alisa menjumpai buku-buku nota milik datuknya yang mengandungi puisi dan kisah cinta Aminah dan Bahar.  Kebolehan Zain untuk membaca tulisan jawi juga menolong Alisa memahami ayat-ayat cinta nukilan datuknya. Lama-kelamaan, Alisa mula jatuh cinta dengan kebaikan Zain yang juga sangat prihatin dengan datuknya yang semakin uzur.
Drama 3 Nota Cinta, Drama 3 Nota Cinta Slot Akasia TV3, Drama Slot Akasia TV3, Poster Drama 3 Nota Cinta, Info dan Sinopsis Drama 3 Nota Cinta, Sinopsis Penuh Drama 3 Nota Cinta, 3 Nota Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama 3 Nota Cinta, Ashraf Muslim, Sharifah Rose, Drama TV3,
Aminah memujuk Alisa untuk menerima Zain sebagai suaminya. Alisa menjadi serba salah kerana bantahan keras daripada ibunya. Malahan, kakaknya Abby (Afifah Nasir) juga menaruh perasaan pada Zain dan cuba memikat lelaki itu. Akhirnya, Zain dan Alisa bakal disatukan. Dengan bantuan Aminah dan Bahar, mereka berusaha menjejaki Razak untuk memintanya menjadi wali. Kehadiran Razak di majlis nikah Alisa mencetuskan kemarahan Sofea sehingga terjadinya insiden Bahar terpaksa dikejar ke hospital. Majlis terpaksa berhenti seketika. Ayah Zain, Datuk Hashim yang tidak bersetuju dengan pilihan anaknya juga beredar dari majlis kerana beranggapan keluarga Alisa tidak setaraf dengan mereka. Malahan, pertelingkahan besar juga terjadi di antara Zain dan ayahnya. Kejadian aib dan kekecohan terjadi pada Zain dan Alisa di hadapan tetamu yang hadir. Zain memujuk Alisa untuk teruskan hidup bersama keluarga yang sedang punah di hadapan mata mereka. Pelbagai dugaan mula menerpa setelah mereka bergelar suami isteri. Apakah bakal berlaku seterusnya? 

Tonton Online Drama 3 Nota Cinta Full Episode

Selain dari Kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di perkhidmatan penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Filipina Legal Wives (TV3)


Read More

28 Mei 2021

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose (TV3)



Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Info dan Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Poster Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Full Episode, Kekasih Hati Mr Bodyguard Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Ungku Hariz,

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose Slot Lestary TV3

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Kisah Cinta Rumi yang tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di TV3 sejak 15 Mei 2021 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Kekasih Hati Mr Bodyguard karya Ateen Khalid dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Kekasih Hati Mr Bodyguard ini adalah Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin, Shasha Abedul, Ikhwan Khairudin, Ezzanie Jasny dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kekasih Hati Mr Bodyguard beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Redza Rosli sebagai Hadif Akashah
  • Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn
  • Ungku Hariz sebagai Naim
  • Fadlan Hazim sebagai Farel Rizhan
  • Lisdawati sebagai Puan Latifah
  • Shasha Abedul sebagai Najwa
  • Lana Nordin sebagai Vanida
  • Zarina Zainuddin sebagai Datin Izzah
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Yusof
  • Ikhwan Khairudin sebagai Idlan
  • Putera Karl sebagai Umar
  • Ezzanie Jasny sebagai Lola
  • Munir sebagai Nizam
  • Aishah Atan sebagai Puan Dahlia
  • Manan Suhaiman sebagai Tok Kadi
  • Sara Jasmin sebagai Fatehah




Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose Slot Lestary TV3

Hana Aralyn menjejaki Hadif Akashah, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing. 

Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Info dan Sinopsis Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Poster Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Full Episode, Kekasih Hati Mr Bodyguard Cast, Pelakon - Pelakon Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, Drama Baru Redza Rosli, Drama Baru Ungku Hariz,

Lagu Tema / OST Drama 
Kekasih Hati Mr Bodyguard

💕 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar dan Aina Abdul

Tonton Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Online -> Disney Hotstar

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Cukup Derita Itu Episod 1 Hingga Episod 40 (Full Episode) Di Slot Samarinda TV3

Read More


My Random Post