Memaparkan catatan dengan label Nada Nur Syuhada. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nada Nur Syuhada. Papar semua catatan

24 Jul 2023

Drama Chinta Wrong Direction Di Astro Ria



Drama Chinta Wrong Direction, Sinopsis Drama Chinta Wrong Direction, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Drama Chinta Wrong Direction Cast, Pelakon - Pelakon Drama Chinta Wrong Direction, Drama Chinta Wrong Direction Episod 1 Hingga 20, Hun Haqeem,

Drama Chinta Wrong Direction sudah pun disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 26 Jun yang lalu, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Chinta Wrong Direction ini mempunyai 20 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Andai Itu Takdirnya yang telah tamat episodnya. Antara pelakon Drama Chinta Wrong Direction ini adalah Hun Haqeem, Erysha Emyra, Raff Roslee, Kimberly Chuah, Hilal Azman, Nada Nursyuhada, Zarynn Min, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Sharifah Shahora, Shaza Bae dan ramai lagi. Selain itu drama Chinta Wrong Direction ini diinspirasikan daripada novel Chinta karya novelis Norhayati Berahim. Drama ini diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Diam tak diam dah dekat nak habis dah drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon serta sinopsis drama ini di bawah okey..

Watak - Watak Pelakon Drama Chinta Wrong Direction

Hun Haqeem sebagai Raja Akid
Erysha Emyra sebagai Chinta
Raff Roslee sebagai Fuad
Kimberly Chuah sebagai Candy
Hilal Azman sebagai Kamal
Wan Nor Azlin sebagai Molek
Azhar Amir sebagai Raja Haidar
Sharifah Shahora sebagai Puan Shima
Nada Nursyuhada sebagai Zara
Auni Yusri sebagai Farah
Zarynn Min sebagai Nurseha 
Hazeeq Dean sebagai Saiful
Faris Nabil sebagai Faiz
Ikhwan Khairudin sebagai Rodin
Shaza Bae sebagai Akma
Lydiawati sebagai Yong




Sinopsis Drama Chinta Wrong Direction Lakonan Hun Haqeem dan Erysha Emyra

Menyusuri kisah Chinta dan Raja Akid yang datang dari latar belakang keluarga pincang, namun membentuk dua peribadi yang berbeza hingga mereka saling melengkapi dalam mengatasi kekurangan diri dan menjayakan rumah tangga mereka.
Chinta hidup dalam kesengsaraan bersama ayahnya yang sering menghukum dan mencari kesalahannya. Manakala Raja Akid pula mempunyai trauma terhadap golongan wanita yang berpunca daripada kesilapan ibunya dalam perhubungan. Disebabkan itu, Raja Akid sering mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita sehingga dia bertemu dengan Chinta di tempat kerjanya. Kehadiran Chinta dalam hidupnya membuatkan dia lebih selesa. Namun, Raja Akid berbelah bahagi terhadap perasaannya kepada Chinta serta kebenciannya terhadap wanita. Walaupun kedua-duanya perlu mengharungi pelbagai masalah keluarga yang rumit, keberadaan di sisi masing-masing membuatkan kehidupan mereka berasa bahagia.

Lagu Tema / OST Drama Chinta Wrong Direction

💟 Langit Yang Sama nyanyian Dalia Farhana 


Read More

8 Nov 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Takdir Cinta Dhia



Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Slot Tiara Astro Prima, Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Episod 40 Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Ending Drama Takdir Cinta Dhia, Finale Drama Takdir Cinta Dhia, Takdir Cinta Dhia Cast, Elvina, Shahz Jaszle, Aaron Aziz, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis,

Berakhir sudah drama 40 episod Takdir Cinta Dhia ini, selepas ini drama ini akan digantikan dengan Drama Jesnita lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Fikry Ibrahim, Nasha Aziz dan ramai lagi. Berbalik pada drama ini, Dhia lakonan Elvina akhirnya mengetahui kebenaran mengenai Fayyad lakonan Aaron Aziz dan benarlah seperti yang dia jangka bahawa Fayyad terlibat dalam kematian ayahnya dan ayah Huzair (Shahz Jaszle). Namun Fayyad menjelaskan yang dirinya tak berniat untuk membunuh ayah Dhia, sebaliknya ianya tidak disengajakan. Dhia pada awalnya berasa simpati pada Fayyad dan menghormatinya namun setelah mengetahui kebenaran, Dhia mmenjadi marah dan tidak mahu terlibat lagi dengan hal keluarga Fayyad. 




Walaupun begitu Dhia tidak sampai hati untuk melaporkan Fayyad pada polis kerana tahu hal ini semuanya berpunca dari ayahnya dan ayah Huzair juga. Dia juga simpati pada adik - adik Fayyad iaitu Nadia dan Tasha yang bergantung pada Fayyad. Dhia bertindak ingin menyembunyikan bukti namun Huzair berjaya menghalang Dhia dan akhirnya Fayyad ditangkap polis. Dhia berasa marah dengan tindakan Huzair dan membuatkan hubungan cinta mereka bermasalah. Keesokan harinya Dhia datang mencari Huzair namun kawan - kawan Huzair mengatakan Huzair dah pergi ke Airport. Dhia panik menyangkakan Huzair akan meninggalkan dirinya dan bergegas ke Airport untuk mencari Huzair. Apa pun ending drama Takdir Cinta Dhia ini mestilah happy ending kan. Okey tu serba sedikit sinopsis episod akhir drama Takdir Cinta Dhia.

Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Slot Tiara Astro Prima, Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Episod 40 Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Episod Akhir Drama Takdir Cinta Dhia, Ending Drama Takdir Cinta Dhia, Finale Drama Takdir Cinta Dhia, Takdir Cinta Dhia Cast, Elvina, Shahz Jaszle, Aaron Aziz, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis,
Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Sentuhan Najwa Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3

Read More

29 Sep 2022

Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40 Di Astro Prima



Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Takdir Cinta Dhia Astro Prima, Drama Slot Tiara Astro Prima, Poster Drama Takdir Cinta Dhia, Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia, Drama Takdir Cinta Dhia Episod 1 Hingga 40, Takdir Cinta Dhia Cast, Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia, Elvina Mohamad, Aaron Aziz, Shah Jaszle,

Drama Takdir Cinta Dhia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan Drama Cinta Hilang Kata yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Takdir Cinta Dhia ini adalah Dato' Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad, Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada, Nazrief Nazri, Khalida Balqis, Faez Nick, Hanis Husna dan ramai lagi. Selain itu drama Takdir Cinta Dhia ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best - best belaka, plus laku betul Shah Jaszle sekarang ni, drama dia back to back kat Astro Prima ni bermula dengan drama Cinta Hilang Kata diikuti drama ini pula. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Takdir Cinta Dhia ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Takdir Cinta Dhia

  • Dato Aaron Aziz Sebagai Fayyad
  • Datin Elvina Mohamad Sebagai Dhia Zahra
  • Shah Jaszle Sebagai Huzair
  • Nada Nur Syuhada Sebagai Natasha
  • Nazrief Nazri Sebagai Fikri
  • Khalida Balqis Sebagai Nadia
  • Faez Nick Sebagai Nick
  • Hanis Husna Sebagai Dr Intan
  • Daniel Dashuki Sebagai Darwin
  • Eddy Effrimz Sebagai Zack
  • Azri Iskandar Sebagai Ammar
  • Azhar Amir Sebagai Ruzman
  • Anuar Hamid Sebagai Imran
  • Azlina Ismail Sebagai Mak Ara




Sinopsis Drama Takdir Cinta Dhia Lakonan Aaron Aziz, Elvina dan Shah Jaszle (
Astro Prima)

Mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran, Huzair yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri, Tasha telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Lagu Tema / Lagu Sisispan/ OST Drama Takdir Cinta Dhia

👄 Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa feat Aepul Roza
👄 Angkara nyanyian Siti Nordiana
👄 Bagaimana nyanyian Muna Shahirah ft Zack Zakwan
👄 Cinta Tak Bertepi nyanyian Sufian Suhaimi
👄 Cinta Khayalan nyanyian Wany Hasrita
👄 Sepi nyanyian Aina Abdul
👄 Nadi nyanyian Rahmat Damansari
👄 Nafas Cinta nyanyian Khai Bahar ft Aina Abdul
👄 Perit nyanyian Aliff Iskandar
👄 Sekali Lagi nyanyian Siti Nordiana dan Nubhan

Tonton Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode 

Selain disiarkan secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.


👉👉 Ending Drama Takdir Cinta Dhia
Read More


My Random Post