3 Jun 2021

Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie



Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie, Cover Depan Novel Masih Ada Rindu, Drama Adaptasi Novel, Drama Masih Ada Rindu Slot Akasia TV3, Sinopsis Novel Masih Ada Rindu, Pelakon - Pelakon Drama Masih Ada Rindu, Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda, Aleza Shadan,

Sejujurnya dari zaman sekolah dulu, aku memang suka baca novel - novel karya Mimie Afinie ni, semuanya best - best. Novel Masih Ada Rindu ni antara novel popularlah masa aku sekolah dulu hehe. Lebih menarik bila novel ni telah diadaptasi menjadi drama bersiri 16 episod dan disiarkan di slot Akasia TV3. Pelakon Farid Kamil dan Mimi Lana akan menajdi teraju utama drama Masih Ada Rindu ini. Farid Kamil akan membawa watak sebagai Hadi dan Hakim. Manakala Mimi Lana pula akan membawa watak sebagai Nurul Syafika. Pelakon lain dalam drama ini seperti Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Aleza Shadan, Aishah Ilias dan ramai lagi. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie

Demi mengahwini Hakim, Syafika sanggup dibuang ibunya. Mujurlah keluarga mertua melayan dia dengan baik. Bersama Hakim, dia merasa erti bahagia yang sebenar-benarnya. Namun jodoh mereka tidak panjang. Saat sedang mengecap manisnya bulan madu, Hakim menemui ajalnya. Detik yang sepatutnya merakam memori terindah, menjadi kenangan terpilu buat Syafika. Pemergian mengejut Hakim sangat memberi kesan kepada Syafika. Terasa separuh jiwanya ikut pergi bersama suami tercinta. Sukar sungguh untuk terima hakikat bahawa Hakim sudah tiada. Tetapi dia sedar, itu adalah ujian buat dia. Sesukar mana pun, hidup perlu diteruskan.

Novel Masih Ada Rindu Karya Mimie Afinie, Cover Depan Novel Masih Ada Rindu, Drama Adaptasi Novel, Drama Masih Ada Rindu Slot Akasia TV3, Sinopsis Novel Masih Ada Rindu, Pelakon - Pelakon Drama Masih Ada Rindu, Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda, Aleza Shadan,
Saat menerima lamaran Hadi, hatinya berbelah bahagi. Antara cinta dan rindu yang masih ada buat Hakim dan rasa kasih yang mula hadir untuk Hadi. Akhirnya dia pilih untuk terima. Mudah-mudahan kehadiran lelaki itu akan mengisi ruang kosong yang Hakim tinggalkan. Baru hati nak belajar bahagia semula, sesuatu terjadi. Sesuatu yang menyebab-kan Syafika hilang percaya dan nekad untuk meninggalkan Hadi. Satu yang dia sedar, Hadi tidak sama seperti Hakim dan mungkin sampai bila-bila pun ianya akan kekal begitu.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Scammer Lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha (Astro Ria)

⏩ Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose (TV3)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post