25 Jun 2021

Episod Akhir dan Ending Drama Scammer (Astro Ria)



Episod Akhir Drama Scammer Astro Ria, Ending Drama Scammer, Sinopsis Episod Akhir Drama Scammer,

Drama Scammer yang disiarkan di Astro Ria sebanyak 20 episod ni memang antara drama favorite aku. Jalan ceritanya yang suspen, ada plot twist, pastu lain dari yang lain dan tak clisye memang tarikan utama drama ini. Barisan pelakon drama Scammer ini seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Siti Saleha,Arash Mohd, Jay Iswazir dan ramai lagi memang terbaik. Pendek kata pada yang belum menonton drama ini aku syorkan untuk korang tonton nanti. Berbalik pada episod akhir drama Scammer ini, Joe cuba yakinkan Leon yang dirinya berada di pihak Leon dan bukannya polis. Leon masih ragu - ragu dengan Joe. Dengan bantuan isterinya Nisa, Joe berjaya mendapat idea untuk menggunakan buku bagi menyeludup wang haram tersebut. Nisa dan Joe berpakat untuk perangkap Leon dan dengan bantuan polis Leon berjaya diberkas. 




Manakala Razman bapa Nisa memaksa Nisa untuk pulang ke rumahnya. Namun Nisa menggunakan peluang ini untuk merakamkan pengakuan bapaya Razman membunuh yang Kak Nab dan juga Amy. Hal tersebut membuatkan Razman ditangkap polis, namun Joe tidak terlepas sepenuhnya. Manakala ending drama Scammer ini agak menarik juga sebab Amy yang berpakaian serba hitam tiba - tiba muncul dengan memanggil nama Joe. Manakala Joe pula terkejut seolah - olah macam nampak hantu. Yelah Amy kan dah mati ni macam mana tiba - tiba boleh muncul pula, kembar dia ke haha?. Ramai juga yang minta drama ini di sambung ke musim kedua, sebab endingnya kan tergantung. Apa pun drama ni memang best okey..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post