Memaparkan catatan dengan label Drama Turki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drama Turki. Papar semua catatan

8 Feb 2022

Drama Turki Astro Prima - Love Of My Life (Hayatimin Aski)



Drama Turki Love Of My Life, Drama Turki Hayatimin Aski, Turkish Drama Hayatimin Aski, Turkish Drama Love Of My Life, Drama Turki Love Of My Life Siaran Astro Prima, Poster Drama Turki Hayatimin Aski, Hayatimin Aski Cast, Hayatimin Aski Synopsis,

Turkish Drama In The House..sekarang ni setiap stesen TV mesti akan tayang satu dua drama Turki kan. Sejujurnya aku jarang tengok drama Turki ni, so nama pelakon pun memang tak kenal. Last drama Turki yang aku tengok adalah Magnificent Century hehehe, tu pun tak tengok semua episod, malas nak sambung gitu. Apa pun memang tak dinafikan para pelakon Turki memang handsome dan cantik belaka kan. So drama Turki Love Of My Life (Hayatimin Aski) ini disiarkan di Astro Prima bermula 31 Januari 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Antara pelakon drama Turki Hayatimin Aski ini adalah Hande Dogandemir, Serkan Cayoglu, Berk Hakman, Zafer Algoz, Hilal Altinbilek, Ilay Erkok, Yonca Evcimik, Zeynep Eronat dan ramai lagi. Drama Turki Hayatimin Aski / Love Of My Life ini bergenre romantik komedi dan jalan ceritanya juga tidak berbelit, simple and sweet gitu hahaha. Jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Turki Love Of My Life (Hayatimin Aski) - Astro Prima

Mengisahkan Gokce Senkal (Hande) yang sudah berusia 30-an namun masih lagi bujang. Rakan - rakannya kebanyakkannya sudah pun berkahwin mahu pun mempunyai teman lelaki. Berbeza dengan dirinya yang selesa bujang dan tak kisah pasal semua itu. Dalam masa yang sama Gokce sebenarnya ada hati dengan Demir Cerrahoglu (Serkan Cayoglu) yang merupakan bossnya serta pemilik Agensi 275 iaitu syarikat tempatnya bekerja. Ketika berjumpa dengan kawan - kawannya, dirinya dijadikan bahan sindiran dan ejekan mereka kerana dirinya masih belum berkahwin. Gokce yang berasa marah terus menipu mereka yang dirinya sudah pun mempunyai kekasih bernama Demir. 
Drama Turki Love Of My Life, Drama Turki Hayatimin Aski, Turkish Drama Hayatimin Aski, Turkish Drama Love Of My Life, Drama Turki Love Of My Life Siaran Astro Prima, Poster Drama Turki Hayatimin Aski, Hayatimin Aski Cast, Hayatimin Aski Synopsis,
Sejak dari itu Gokce berazam untuk memikat dan mengorat Demir Cerrahoglu yang juga majikannya. Walaubagaimanapun semua usaha Dokce untuk menambat hati Demir gagal. Tak lama kemudian Gokce mula rapat dengan Kaan (Berk Hakman) dan Gokce mula meminta nasihat dan tips dari Kaan untuk memikat Demir. Namun Gokce tak tahu yang Kaan juga meminati dirinya dalam diam, malah Kaan juga turut mengenali Demir. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Gokce dengan misinya untuk memikat Demir itu? apa hubungan Demir dan Kaan?, adakah Kaan akan meluahkan perasaannya pada Gokce?.



Read More

15 Jan 2022

Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)



Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Drama Turki TV3, Poster Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Info dan Sinopsis Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion) Cast, Pelakon Utama Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Siyah Beyaz Ask Full Episode,

SIYAH BEYAZ ASK (Price Of Passion), adalah sebuah drama bersiri popular Turki yang kini sedang rancak ditayangkan menerusi slot Yasemin TV3, setiap hari Sabtu, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang mula mendapat perhatian luas daripada peminat drama TV3 kerana sinematografi yang memukau, barisan pelakon yang tampan dan jelita serta jalan cerita yang semakin mendebarkan! Drama Turki Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion) lakonan oleh dua bintang Turki yang penuh dengan karisma iaitu Ibrahim Γ‡elikkol dan Bircey Akalay memperoleh rating tontonan tinggi ketika siarannya di Channel D, Turki. Drama bersiri 48 episod ini turut dicalonkan dalam anugerah yang berprestij seperti Golden Palm Awards (2018), Pantene Golden Butterfly Awards (2018) dan PRODU Awards (2019). Selain itu drama ini disiarkan selama 2 jam setiap hari Sabtu di TV3. Memang menarik drama ini kan, jadi jom baca sinopsis drama turki ini okey..




Sinopsis Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion)

SIYAH BEYAZ ASK (Price Of Passion) mengisahkan tentang pengorbanan yang dilakukan oleh Asli, seorang pakar bedah yang mendedikasikan hidupnya dalam bidang perubatan namun kini demi keselamatannya, dia terpaksa mengahwini Ferhat, seorang ketua mafia yang berhati keras dan tiada belas kasihan. Pertemuan Asli dan Ferhat bermula dengan insiden yang tidak disenangi. Asli telah diculik oleh konco-konco Ferhat untuk memberi rawatan kepada lelaki yang didakwa sebagai ayah Ferhat. Selepas mendapati lelaki yang tercedera akibat tembakan itu bukanlah ayah kepada Ferhat, Asli tidak menghabiskan pembedahan yang sepatutnya dan dia melepaskan diri. Ferhat memburu Asli kerana dia perlu mendapatkan sesuatu daripada lelaki tersebut dan dia mengarahkan Asli menyelamatkan lelaki itu. Ferhat telah mengurung Asli di kandang kuda apabila seorang anggota polis, Cem Cinar telah datang untuk mendapatkan maklumat tentang kes pembunuhan yang dalam proses siasatan.. Namun, Cem Cinar gagal memperoleh sebarang bukti. Dalam usaha untuk melarikan diri, Asli ternampak pembunuhan yang dilakukan oleh Namik, bapa saudara kepada Ferhat yang juga merupakan bos kepada Ferhat.
Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Drama Turki TV3, Poster Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Info dan Sinopsis Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion), Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion) Cast, Pelakon Utama Drama Turki TV3 Siyah Beyaz Ask (Price Of Passion),
Namik telah membunuh pesakit tersebut di depan mata Asli. Sekali lagi, Ferhat menjejaki Asli hingga ke sebuah hutan. Di situ, Ferhat telah mengacukan pistol ke arah Asli. Asli merayu kepada Ferhat supaya dilepaskan dan memberitahu bahawa Cem Cinar ialah abangnya. Oleh kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak polis, Ferhat tidak membunuh Asli. Namun, Ferhat memberikan dua pilihan kepada Asli kerana dia kini menjadi sasaran Namik. Asli boleh memilih untuk dibunuh ataupun berkahwin dengan Ferhat supaya terlepas daripada ancaman Namik. Demi meneruskan hidupnya, Asli membuat keputusan untuk berkahwin dengan lelaki yang berbahaya ini. Bermulalah perjalanan hidup seorang pakar bedah yang kini terpaksa bertarung nyawa dalam dunia mafia! Teruskan menyaksikan SIYAH BEYAZ ASK (Price Of Passion) yang penuh dengan aksi dan penceritaan romantik ini pada setiap hari Sabtu, pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang menerusi slot Yasemin di TV3.


Read More


My Random Post