20 Dis 2021

Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)



Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,

Drama Mr Millennium adalah drama terbaru di Slot Diandra TV9 yang mula bersiaran sejak 7 Disember 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Keluarga Untuk Disewa yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Mr Millennium ini adalah Aqasha, Cristina Suzanne, Esma Daniel, Ady Mohammad, Danial Amri, Shukry Ramlee, Bard Kerdil, Amrel Norman , Zarina Zainuddin, Nu'man Salleh, Fieza Hanafie, Jay Iswazir dan ramai lagi. Selain itu drama Mr Millennium ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Azmi Hata serta diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, watak dan jalan cerita pun unik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Mr Millennium ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey.

Aqasha sebagai Jamil
Cristina Suzanne sebagai Mastora / Qistina
Esma Daniel sebagai Dato King
Ady Mohammad sebagai Man Toba
Danial Amri sebagai Badul
Shukry Ramlee sebagai Bujar
Bard Kerdil sebagai Tok Mudim
Amrel Norman sebagai Malik
Zarina Zainuddin sebagai Mak Jenab
Nu'man Salleh sebagai Pak Meon
Fieza Hanafie sebagai Mak Seha 




Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium Lakonan Aqasha dan Cristina Suzanne (TV9)

Jamil dan Mastora ialah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60an. Walaupun mereka tidak dikurniakan anak tetapi Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden! Jamil terpinga-pinga dengan infrastruktur serba moden telah menimbulkan banyak insiden lucu. Tambahan pula, Jamil jumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora waktu muda, Qistina. Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya. Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Sementara itu, Mastora juga tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu. Apa yang berlaku seterusnya?. Dapatkah Jamil dan Mastora bertemu kembali?..
Drama Mr Millennium, Info dan Sinopsis Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Sinopsis Penuh Drama Mr Millennium, Poster Drama Mr Millennium, Drama Mr Millennium Full Episode, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Christina Suzanne, Drama TV9, Slot Diandra, Drama Mr Millennium Cast, Pelakon - Pelakon Drama Mr Millennium,


Lagu Tema / OST Drama Mr Millennium

👄👄 Boom Bada Boom nyanyian Erul Omar

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

⏩⏩ Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode

👉👉 Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

1 ulasan:

  1. harap harap janganlah suami MY tersedut ke masa depan..hahaha

    BalasPadam



My Random Post