11 Dis 2021

Drama Gila - Gila Cinta Lakonan Zaki Azeman dan Dayang Areeda (TV3)




Drama 7 episod yang bertajuk Gila - Gila Cinta akan disiarkan bagi menggantikan Drama Diari Seorang Suami yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di slot Lestary TV3 bermula 9 Disember yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Gila - Gila Cinta ini adalah Zaki Azeman, Dayang Areeda, Afiera Riana, Aziq Mukhriz, Asyraf Rozami, Hasmira Azmi, Noriza Salleh, Rosnah Idris dan ramai lagi. Selain itu drama Gila - Gila Cinta ini diarahkan oleh Emi Suffian (Pyan Screw) dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok sinopsis drama ini beserta watak - watak pelakon dalam drama Gila - Gila Cinta di bawah ini..

Zaki Azeman sebagai Carl
Dayang Areeda sebagai Diya
Aziq Mukhriz sebagai Ben
Afiera Riana sebagai Afira
Asyraf Rozami sebagai Ery
Hasmira Azmi sebagai Fina




Sinopsis Penuh Drama Gila - Gila Cinta Lakonan Zaki Azeman dan Dayang Areeda (TV3)

Mengisahkan konflik cinta antara empat pemuda iaitu Diya (Dayang Areeda), Carl (Zaki Azeman), Afira (Afiera Riana) dan Ben (Aziq Mukhriz). Afira yang bekerja sebagai ejen insurans bakal mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Ben. Ben pula bekerja membuat ‘live’ menjual pakaian dan kasut berjenama bundle yang dibantu oleh rakannya, Ery (Asyraf Rozami). Diya seorang ‘influencer’ media sosial yang mempunyai ramai pengikut. Dia gemar membuat reviu makanan di pelbagai restoran. Diya terkejut mendapat tahu bekas kekasihnya, Ben kini bercinta dengan Afira dan bakal berkahwin tidak lama lagi. Carl pula merupakan seorang penyunting video yang menjadikan rumahnya sebagai studio. Carl berjiran dengan Diya. Mereka berdua sering bergaduh atas pelbagai hal yang remeh temeh. Suatu hari, Carl diajak oleh rakannya untuk bertemu dengan ejen insurans. Carl terkejut apabila bertemu dengan Afira, bekas kekasihnya! Sejak itu, mereka selalu berjumpa. Carl mula menyukai Afira dan mahu menawan hatinya kembali. Carl dan Diya yang sedang berhadapan dengan konflik cinta telah bergabung untuk mendapatkan bekas kekasih masing-masing. Apakah strategi dan taktik mereka? Adakah misi Carl dan Diya akan berjaya? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post